Salam dears… Sebelum ni Mama pernah ceritakan tentang kasut sekolah Pallas Jazz untuk si kembar pakai bila masuk darjah 3 nanti kan. Lepas tu, ada kawan yang bertanya kenapa nak order kasut sekolah online? Ok ke? Macam mana tahu saiz kasut yang sesuai bla…bla..bla… Banyak pula soalnya hehehe. Mungkin sebab orang jarang beli kasut sekolah online kan, Mama pun baru pertama kali cuba. Nasib baik ok, si kembar boleh pakai dengan elok. Legaaa 🙂
Sebenarnyakan, untuk kitorang ni memang lebih mudah lah order kasut sekolah online saja. Sebabnya bila bawa si kembar pergi kedai, selalu jadi kelam kabut! Diorang tak reti duduk diam, berlari kesana kemari buat bising dalam kedai je sampai nak suruh cuba kasut pun susah tau huhuhu.
Lagi satu, dah jenuh pilih design dan cuba saiz semua, tup tup jurujual cakap tak cukup tiga pasanglah kak! Adoyaiii…selalu sangat jadi macam tu tau. Penat nak kena menapak pergi cari kat kedai lain pula. Stress mak tiap kali bawa diorang beli kasut huhu. Itu pasal Mama sekarang ni rasa order online je lagi senang, sebab boleh tengok terus ada stok ke tidak.
Beli Kasut Sekolah Online
Haa alang alang kasut Pallas Jazz tu muat elok untuk si kembar ni, meh nak cerita sikit macam mana Mama buat untuk order kasut tu secara online dari laman web Pallas.
1) Daftar ahli di laman web Pallas
Daftar sebagai ahli agar lebih senang nak membeli belah nanti. Bila dah pilih kasut boleh terus masuk dalam ‘Wishlist’ atau ‘Shopping Cart’. Dan bila nak buat bayaran pun lebih senang sebab semua maklumat untuk penghantaran dah direkodkan masa pendaftaran.
2) Ukur saiz tapak kaki
Mama ikut je arahan yang ada di ‘Pallas Size Guide’ ni. Caranya mudah saja. Ambil sekeping kertas, suruh anak pijak atas kertas tu dan tandakan kat kertas di hujung ibu jari kaki sampailah ke hujung tumit kaki tu.
Lepas tu suruh anak alihkan kaki dari kertas dan korang ukurlah berapa panjangnya dalam cm. Tak perlu nak ukur kedua dua belah kaki, pilih kaki belah mana yang lebih besar. Kalau biasanya anak korang kaki belah kanan lebih besar, maka ukur guna kaki kanan sebagai contoh.
Bila dah siap ukur tu, masa nak pilih saiz kasut, tambahkan 1 cm kepada ukuran asalnya. Panjang tapak kaki si kembar (dari hujung ibu jari sampai tumit) ialah 22 cm. Jadi Mama pilih saiz yang panjang lebih 1 cm daripada ukuran sebenar tapak kaki si kembar ni. Mama ambil saiz 3. Tapi kena tengok betul betul tau ukuran kasut tu, sebab lain design / model, mungkin berbeza ukurannya walaupun saiz sama.
3) Pilih model/design dan saiz dengan betul
Ada banyak pilihan kasut sekolah di website Pallas tu. Tapi yang Mama berkenan ada dua, jadi Mama buat perbandingan antara kedua duanya saja iaitu model 307-0186 dan 307-0181.
Kalau korang perasan, walaupun kedua dua model ni Mama ambil saiz 3 tapi model 307-0181 ukurannya 23.4 cm, lebih besar sikit dari model 307-0186 (22.6 cm). Tapi Alhamdulillah kedua duanya si kembar boleh pakai. Yang model 307-0186 memang ‘fit fit’ ja orang kata, yang 307-0181 tu pula bila guna stokin muat elok. Tak lah nak tercabut ke apa ke bila berlari, si kembar ni dah cuba try test lari keliling rumah dah pun hehehe.
Jadi kalau kaki anak korang jenis yang gemuk lebar sikit tu, Mama rasa lebih baik ambil yang saiz besar lebih 1cm keatas. Kalau ambil yang beza 0.5 cm je takut ketat plak bila pakai stokin kan.
Ohh yaa kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi design kasut tu semua, boleh je scroll kat atas gambar untuk besarkan, boleh tengok kasut tu dari beberapa sudut berbeza. Baru puas hati tahu macam mana rupa kasut tu sebenarnya kan?
Kalau nak buat perbandingan antara kasut kasut idaman hati korang pun boleh. Klik je kat ‘Add to Compare’ tu, yang ada kat bawah page tu haa. Nanti akan keluar page macam ni…
Maklumat tentang harga, saiz, ciri ciri kasut semua ada. ‘Availability’ berapa pasang yang ada dalam stok pun ada juga. Tak payah nak duduk menunggu jurujual pergi ke stor tengok stok bagai. Senang!
4) Buat bayaran online
Bila dah buat keputusan muktamad kasut mana yang nak dibeli, pergilah ke ‘Shopping Cart’ dan tekan ‘Checkout’.
Semak dulu betul tak semua maklumat yang dipaparkan. Pastu isi maklumat untuk ‘Estimate Shipping & Taxes’ tu. Mama kena RM36 untuk kos pos. Mahal? Hmm bila dikira kos pos tu sebenarnya hanya RM6 saja sepasang. Bagi Mama ianya berbaloi. Sebab kalau pergi beli kat kedai pun, kira duit minyak dan parking…pastu campur tersinggah makan ke tersinggah kedai lain plak, pi mai pi mai tang tu, sama juga keluar duitnya.
Maklumlah, kalau keluar membeli belah dengan anak anak ni, bukannya boleh pergi kedai 5 minit dah siap kan? Konpem tersinggah beli itu ini kan, kan? Hahaha. Tu belum kira buang masa pusing cari parking, pastu kematu montot menunggu jurujual cari stok kasut lagi kan? Dan stress terjerit terpekik suruh si kembar ni duduk diam lagi… Huishh untuk elak itu semua, aii rela bayar kos pos tu! 😉
Okeh…sambung cerita. Lepas dah tekan ‘Checkout’, nanti akan keluar page baru macam ni…
Masukkan balik maklumat dekat ‘Returning Customer’ dan ‘Login’
Pilih alamat untuk penghantaran
Periksa balik semua maklumat tu betul tak? Kalau semua ok, tekan ‘Confirm Order’
Pilih medium untuk buat bayaran samada nak guna Kad Kredit ke ‘Online Banking’ ke apa ke. Korang ikut je arahan yang dipaparkan sampailah transaksi selesai. Dah siap!
Pastu tunggu je lah parcel kasut sekolah yang korang order tu sampai. Penghantaran ambil masa lebih kurang seminggu macam tu. Kalau ada apa apa masalah atau pertanyaan, boleh je hubungi Pallas di talian 1-800-88-7328 atau isi ‘Contact Us’ di website Pallas.
Haa macam tu lah caranya nak order beli kasut sekolah online. Bangun pagi dengan tak mandi, tak gosok gigi pun dah boleh belikan kasut untuk anak anak dah hehehe. Senang kan? Happy shopping 😉
8,616 total views, 1 views today
Hari Sabtu bari ni saya dah beli 2 pasang kasut sorang untuk 2 orang hero saya..
Kebetulan AEON ada buat jualan murah…
Setakat ni belum pernah lagi beli kasut secara online…
Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Lain kali boleh la cuba
suka baca entri2 mama. sangat infomative..
dorsett pink recently posted…Lombok Trip : The 1st Day – Bukit Meresek
Alhamdulillah TQ 😃
tak pernah beli kasut sekolah online..mudah juga ye caranya..nanti boleh cuba ..
diana recently posted…TESTIMONI SELEPAS 10 HARI MENGGUNAKAN SECRET CORREA
Yup senang ja 😃
Beli online Mudah nya…. tak yah bersesak! tQ info
Nina Mirza recently posted…Korang tau tak tauhu banyak khasiat ? Meh ambik tahu..
Betul, shopping dari rumah selesa je
good sharing
cik nor recently posted…Korang tau tak tauhu banyak khasiat ? Meh ambik tahu..
Thank you 🙂
Belum pernah beli kasut sekolah secara online. Tapi bila tengok Mama try, nampak macam best dan senang juga 🙂
Best sbb boleh shopping dari rumah, bila bila masa hehe
Mudahnya kak nani…just ukur kaki anak dgn pembaris dan tambah sikit masa nak set size wowwwww lg mudah…tq sis ajarkan mcm mana nk order online yey
JULIA JOHARI recently posted…Tabiat Berjimat ‘Tahap Dewa’ Bukan Bakhil
Yup senang je Juju
Menarik ni kak… Mmg kalau ke kedai haruk ngn perangai anak2… Lin anak tak kembar pun pening…
Allene recently posted…Tabiat Berjimat ‘Tahap Dewa’ Bukan Bakhil
Beli online je Allene, tak yah pening pening
wahhh bagus ni. memang tgh survey kasut sekolah anak²
mas saari recently posted…Tabiat Berjimat ‘Tahap Dewa’ Bukan Bakhil
Kasut Pallas best Mas
Baru tau boleh beli kasut sekolah secara online… Jimat masa, takyah keluar ke kedai.
Jimat tenaga gak hehe
Wahhhh. Senang je sekarang. Klik2 dah sampai depan mata even kasut sekolah.
Afiq Halid recently posted…Tabiat Berjimat ‘Tahap Dewa’ Bukan Bakhil
Yup menyenangkan parents yg bz, tgh malam pun boleh beli kasut sekolah anak hehe
Senang sekarang nie ya beli online aja..tak yah sesak-sesak kat kedai..
Itu yg best tu kak
Gilerr canggih betul skrg beli kasut sek kt on9 jer… npe zmn ss dlu xder
shiqeen sattar recently posted…Kesian Qaireen Dah Lama Teringin Play Doh
Pasni SS leh beli untuk anak anak SS
Lisa pun suka beli kasut online . tapi kalau beli luar negara kena btul2 tgk size . hehehehe….,
senang je sebenarnya kalau beli online ni . tak penat
Lisa recently posted…Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan
Yup kena tengok saiz betul betul
Boleh elakkan kesibukan di kedai kan.. memudahkan skrg ni
Yup betul betul
Mudah sungguh.. bab kasut mmg tak reti nak online bagai… Kena g kedai kasut gak..
Maria Firdz recently posted…15 TIP MUDAH UNTUK RUANG TAMU NAMPAK LUAS
Mula mula je tak reti, nanti rasa senang beli online