Salam dears… Ini kali ke-2 Mama ke Kenanga Wholesale City (KWC) untuk beli minyak wangi murah. Kalau korang jenis yang macam Mama, suka pakai minyak wangi dan tak kisah ianya bukan yang original, maka korang konpem akan meroyan macam Mama juga…sebab banyak pilihan dan murah! Tapi ingat… ini bukan yang original tau 😉
Mama suka pakai minyak wangi tak kira masa dan dimana, jadi minyak wangi Mama memang selalu cepat habis. Sebab itu lah Mama suka beli yang ‘inspired’ atau ‘imitation’ je untuk buat pakai hari hari. Minyak wangi original yang Mama ada, simpan pakai untuk pergi kenduri ke atau apa apa majlis istimewa. Sayang punya pasal…mahal kan…hehehe
Yang tak original ni beli murah, sembur lah berapa kali sehari pun tak rasa sayang sangat kan? Mama tak kisah sangat baunya 100% sama dengan yang original atau pun tidak, asalkan wangi dan sedap aii ok dah.
Minyak Wangi Murah di Kenanga Wholesale City
Kalau korang nak ke Kenanga Wholesale City ni, boleh naik LRT je. Turun di stesen Hang Tuah, keluar belok ke kiri dan jalan kaki dalam 5-10 minit dah sampai. Tak jauh mana pun. Mama beli minyak wangi murah kat kedai di tingkat 7, berdekatan dengan medan selera.
Ada banyak pilihan minyak wangi lelaki dan wanita kat sini. Konpem rambang mata dan hidung…semua nak cuba bau hehehe
Harga memang murah! Sebotol RM30 saja, kalau beli 2 botol RM50. Nak lagi murah, beli 5 botol harga jadi RM100 saja! Mau tak meroyan? Hehehe
Kena GST jugak…jadi total harga 5 botol RM106
Yang ni minyak wangi original katanya, tapi yang ‘original tester’. Kalau tak silap, harga RM100 sebotol. Mama cuba bau ‘tester’ Marc Jacobs Daisy Dream yang ada kat sini, memang sama dengan original yang Mama ada kat rumah. Bila ada bajet lebih nanti nak beli yang ni plak lah.
Boleh campur campur jadi Mama dan Ayah kongsi laa beli. Mama beli 3 botol dan Ayah plak 2 botol. Gembiranya rasa dapat beli minyak wangi banyak banyak camni *joget joget*
Ini kegemaran Mama. Dah 3 botol ulang guna tau. Baunya ‘sweet’ dan lembut ja. Setakat Mama dok pakai, baunya tahan lama juga. Tapi tak tahulah kalau orang lain pakai tahan ke tak. Minyak wangi ikut bau badan gak kan, setiap orang pasti berbeza.
Masa Mama nak post gambar kedai minyak wangi murah ni kat Instagram kan, Ayah dengan muka pelik kata “Ehhh awak nak upload gambar ni ke? Perfume tipu je kot…”. Mama terus jawab “Apsal? Malu ke orang tahu kita pakai yang tak original?”. Sebabnya Mama tak kisah dan tak rasa segan pun. Apa salahnya pakai benda ikut kemampuan dan citarasa kita kan?
Lagipun…bukannya ada orang nak tegur “ehhh ko pakai perfume tak ori lah!” hehehe. Hmm kalau produk penjagaan kulit muka, Mama akan pastikan original baru beli. Tapi…untuk minyak wangi, Mama tak kisah sangat. Yang original simpan untuk majlis istimewa, yang tak ori ni buat pakai hari hari. Asalkan murah, wangi dan tahan lama, guna je lah, kan? 😉
12,361 total views, 1 views today
ori x ori janji bau sedapkan..
betul betul betul! hehe
Wow. Menarik gila kak. Hayooo bab hasut..
YB Shehan recently posted…INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM : TRAVEL PACK COSMODERM
Pergi laa Shehan…pergi laa…. (hasut ni) hahahha
wah berbaloi tu harga camtu
raihanah recently posted…Peluang Jalani Hidup Lebih Baik Walaupun Sakit Buah Pinggang Tahap 4
Memang berbaloi 🙂
plan tengahari ni nak pergi…tp nak cari benda lain..dah baca ni..nak usha-usha gaklah.
Sila sila buat lawatan ke situ hehe
kalau ada peluang nak usha dan amik bau dulu..
Kerja Sendiri recently posted…86 idea perniagaan
Yup, cuba laa dulu kot kot berkenan
Sekarang dah banyak pun inspired perfume…tgok je Dxandra kan…tp mahal..hahahaha….
Suria Amanda recently posted…Bekal Hari Ni Kari Ikan Siakap
Ni lagi murah hehe
minyak wangi Channel Allure Sport ada x? Berapa harga ye?
Tak pasti plak ada ke tak. Masa pergi tu rm30 sebotol