Salam dears… Mencabar sungguh lah semalam… mencabar kesabaran! Memandangkan si Faris dan Fauzi dah sihat, tak ada muntah atau cirit lagi, Mama pun nak balik lah ke KL. Nak naik bas dari stesen Penang Sentral di Butterworth ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Lepas beli tiket dah rasa pelik sikit dah “aku mintak Plusliner, awat dia bagi Transnasional?”. Tapi disebabkan dah jauh dari kaunter tiket dan malas nak patah balik, Mama ingat takpa lah…naik je lah bas ni. Ok je kot… Tapi sangkaan Mama salah sama sekali!
Patutnya bas bertolak pukul 11.15 pagi. Tapi tunggu punya tunggu, pukul 12.30 tengah hari baru bas sampai. Masa tu Mama dah rasa stress dah, maklumlah menunggu kat platform terbuka ja. Panas dan tak selesa dengan asap bas semua, mana tak stress kan?
Boring punya pasal, selfie dan upload kat Instagram. Camni lah perangai blogger hehehe 😉
Sebaik saja bas sampai, Mama cepat cepat naik dan duduk kat kerusi ikut nombor tiket. Tup tup ada orang lain datang dan kata itu tempat dia. Tengok tiket kami, dua dua tulis nombor yang sama! Dah sudah…Mama tak nak tukar tempat, sebab memang mintak ‘single seat’.
Nasib baik lah budak tu kata takpa lah, dia duduk tempat lain. Dan nasib baik lah ada tempat duduk yang kosong, kalau tak…salah sorang nak kena turun ke? Ishhh tak tahu lah kenapa jadi camtu, mungkin sebab bas lambat jadi diorang gabungkan semua penumpang dalam satu bas je kot. Hmm entah lah…
Dah selesai bab berebut tempat duduk, Mama pun cubalah nak jatuhkan/rendahkan tempat sandar kerusi tu…tapi tak boleh! Kerusi rosak agaknya. Sudahnya terpaksalah duduk tegak sepanjang 7 jam perjalanan dari Butterworth ke TBS! Serius sakit pinggang, sakit montot aii tau huhuhu
Biasanya perjalanan ambil masa dalam 5 jam saja. Tak tahu lah kenapa kali ni sampai 7 jam! Mungkin sebab beberapa kali gak berhenti, dan berhenti lama. Pastu sampai kat Jalan Duta dalam pukul 6.50 petang camtu, waktu orang balik keja. Memang laa jalan sesak yang amat. Dalam pukul 7.30 malam baru sampai kat TBS. Fuhhh 7 jam dalam bas, kematu montot! Hehehe
Dah sampai TBS, kena tunggu tren komuter pula. Pastu singgah kedai makan malam dulu, perut berkeroncong sakan dah masa tu. Sudahnya dalam pukul 9.30 malam baru sampai rumah. Fuhhh letih yang amat! Mandi, solat, telefon anak anak….pastu sapu losyen panas Deep Heat Lotion Cosmoderm kat pinggang, bahu dan lutut…terus tidur Zzzzzz!

Nasib baik lah ada Deep Heat Lotion Cosmoderm ni, lega rasa sakit pinggang tu. Dapat laa tidur lena.
Apa pun syukur sampai juga ke rumah dengan selamat, Alhamdulillah. Cumanya…aii is serik dah naik bas tu. Lain kali nak cuba naik bas ekspress syarikat lain pula, harap harap tak terkena macam ni lagi dah laa.
Korang yang biasa naik bas ekspress, cer cadangkan bas syarikat mana yang bagus?
6,466 total views, 1 views today
Menunggu tu memang stress dpla mama..baik baik happy jadi bad mood..
Tu laa pasal huhu
memang penat kala naik bas, satu hal kerusi rosak..nasib ade cosmodrrm legakan badan
nadia johari recently posted…GLAMOROUS DEVOTION : KOLEKSI TERKINI ZACHEELA PENUH GAYA
Yup lega, masa tu terus rasa nak restok Deep Heat Lotion tu hahaha
Kalau SA memang dah amukan ablasa dah tu..sanggup pi tukar tiket bas lain…kita sebagai pengguna mesti la nak keselesaan…
Nasib baik bukan SA yg terkena huhu
Sy mmng x suka naik bas. Dulu naik bas sek je la. Nk g memana naik transport sndiri. Pnh naik bas ipoh-kl je. Smpai kl muntah2. Mabuk. Xtahan. Start tu serikkk..
Ada orang memang macam tu kan, tak tahan naik bas. Tambah kalau duduk seat belakang, rasa terhuyung hayang tu buat loya
Salam mama first time comment sllu jd silent rider je hehehehe…sy klo g utara sllu naik inter city ok gak… ada single seat (penting utk kita yg pmpuan ni kn) ada plug point leh charge hp ke laptop ke,wifi yg kdg2 berfungsi kdg2 krik krik…nk bwk moto naik bas pon leh mama 🙂
Wahh thank u bagi infor ni. Lain kali boleh laa naik Intercity plak