Salam dears…. Shopping, shopping, shopping! Masa 11.11 hari tu penuh di timeline Facebook Mama dengan status kawan kawan yang mengatakan diorang sakan bershopping di Lazada! Yang kata nak ‘unfriend’ sesiapa yang bercerita pasal tu pun ada, sebab takut tergoda nak membeli belah juga hehehe. Ni jenis yang ‘shopaholic’ macam Mama lah ni, tak kuat untuk menahan nafsu haha!
Cumanya masa 11.11 hari tu Mama tak sempat nak bershopping. Sebab masa tu kan Mama masuk wad dan tak ada laptop. Walaupun boleh je nak memilih barang guna handphone, tapi tak boleh nak buat bayaran sebab Mama tak daftar untuk ‘mobile banking’ huhu

Masa tu teringin nak beli juicer macam ni. Akibat terpengaruh dengan geng KBBA lah ni, diorang asyik bercerita pasal detoks dengan minum jus sayur dan buah buahan je.
Beria ia Mama pesan kat Ayah suruh bawa laptop ke wad Mama tau masa tu, tapi tak sempat! Sebab hari tu Ayah sibuk dok ulang alik uruskan si Faris masuk wad juga. Pastu urus Fahmi dan Fauzi lagi. Sudahnya dah lepas pukul 10 malam baru Ayah datang ke wad bawa laptop. Malangnya masa tu Mama dah terlalu mengantuk dan penat, tak daya dah nak menahan mata untuk membeli belah. Maklumlah, badan tengah tak sihat kan…
Membeli Belah Dengan Lazada Voucher
Tapikan…walaupun ‘Sale Online Revolution 11.11’ dah habis, Mama tetap gatal tangan nak tengok tengok gak barang kat Lazada. Lepas tu teringat pula yang Mama pernah baca kat blog Anil pasal laman web Paylesser yang ada menawarkan kupon dan voucher diskaun untuk laman web ‘online shopping’. Lazada voucher pun ada juga.

Lazada voucher yang ada sekarang. Rasanya voucher diskaun ni semua akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebab masa Mama tengok dulu voucher lain. Jadi nampak gayanya kena rajin rajin laa singgah tengok apa yang ada kat sini kan.
Tak Sabar Tunggu 12.12 Online Sale Malaysia Pula!
Dalam dok tengok tengok website Paylesser tu, ternampak pula yang nanti akan ada lagi promosi jualan murah dalam bulan Disember, iaitu 12.12 Online Sale Malaysia! Yayyy ada peluang lah nak bershopping nanti *joget*joget* hehehe


Wahhh diskaun sehingga 80% tu! Bukan setakat Lazada, Zalora pun ada tu haa. Kalau tengok kat Paylesser tu, Qoo10, Althea and Sephora pun rakan niaga diorang juga. Harap harap masa 12.12 Online Sale Malaysia nanti, akan bertambah banyaklah laman web yang turut serta. Ishh tak sabarnya nak tunggu 12 Disember!
Nak Beli Juicer dan Telefon Bimbit lah…
Selain daripada mesin juicer, Mama dok teringin nak beli telefon bimbit juga. Sekarang ni Mama guna Xiaomi Redmi Note 4G. Telefon ni ok…cuma ‘internal memory’ yang kecil sangat agak tak syiok bagi Mama.
Sebenarnya Mama suka telefon Xiaomi sebab kameranya…gambar cantik dan terang. Tapi tu lah…telefon Xiaomi ni bila muat turun apa apa aplikasi, akan disimpan dalam ‘internal memory’ saja. Baru muat turun beberapa aplikasi je, dah penuh dah handphone.
Tahu saja lah bloggers kan, nak ada Instagram lah…aplikasi edit gambar, edit video dan macam macam lagi lah. Jadi bila handphone cepat penuh, boleh buat stress juga. Nak muat turun aplikasi WordPress untuk blog pun dah tak boleh dah huhu.
Tu yang Mama ingat nak beli handphone baru. Tambah plak Ayah pun baru je beli handphone…uishhh lagi membuak buak laa rasa nak beli juga hehe. Tengok kat Lazada, macam ok juga harganya.

Mama berkenan handphone Xiaomi Redmi Note 3 ni. Sama macam yang Ayah baru beli tu. Tapi Mama nak tunggu 12.12 Online Sale Malaysia nanti lah. Nak tengok berapa harga masa tu nanti. Harap harap akan ada diskaun harga runtuh giler giler lah nanti.
Hmm korang pun, ‘save the date’ lah ye. Kita sama sama tunggu untuk bershopping sakan masa 12.12 Online Sale Malaysia nanti tau. Tak sabarnyaaa hehehe. Harap harap dapat lah Mama beli handphone murah masa tu kan…
9,722 total views, 2 views today



Cam best jeeee..
Opkos..tambah plak masa tgh diskaun 😉
Jangan bagi wife nampak nie. Kalau tak mahu terbang fulus…hahahaha
Ehh masa tgh sale laa patut shopping, dpt jimat hehe
Wahhhh. Rambang mata tengok ni aihhh. Hahaha.
Tau takpa! Hehe
Huh.. godaan apakah ini. Mmg xle shopping ms tu sbb tgh ada luar malaysia. Wuhuuuu. X jimat jugak la kekdahnya.. hmm
YB Shehan recently posted…LIRIK DIRGAHAYU – FAIZAL TAHIR & DATO CT (OST LARA AISHAH)
Kat mana pun boleh shopping shehan…segalanya di hujung jari saja *hasutan hahaha*
Haaa xiaomi.. ai pun minat gak. Leh tukar dengan hp lenovo skrg
Sohoque recently posted…BoboiBoy Galaxy – Pengembaraan Galaxy Bermula
I suka xiaomi, tukar laa bamhoq…leh geng hehe
Ok set the date..tk sabar nk tunggu..Tp nk beli apa lah ni….hehehe…
Dah tgk nanti konpem akan ada yg terbeli hahaha
Wow! 12.12 nanti akan ada online sale lagi?? Yay! Nak shopping lah nanti. Let’s save the date! 😃
Ingat tarikh tu tau
Wow! 80% off gitu! Mau terjebak ni huhu
Tu laa…80% off tu menggoda
hahahaha adakah terpengaruh ngan ai jugak…… best ada juicer sendiri…..
sehari sebelum tarikh 12.12 tu nanti jgn lupa remind balik…mana tahu kot ada bajet lebih . boleh usha2 barang
saidila@kak long recently posted…Kenapa Setiap Rumah Perlu Ada Minyak Herba Asmak ?
Yup kak long & the geng lah ni, pengaruh kuat betul hahaa
sale sale sale… wuuu tergoda kita . Hahah nasib baik dalam chart lagi aritu. tk sempat beli.. ermmm tgu 12.12 nti laa
lisa recently posted…Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Tungguuuu hehehe
Satu kelebihan lazada bayar selepas trrima barang.. itu ss suka
Yup, dan penghantaran pun cepat
Best beli dgn lazada sbb byr tunai masa brg sampai..
itu laa pasal merata alam ada sale sana sini.. rasa tercabar jugak laa.. hahaha..
husna zahidi recently posted…Hadiahkan Rumah Baru Untuk Anak-Anak Bulus
Jenuh kena menahan diri kannnn
ehh kenapa Kak So boleh jer beli barang guna handset.. sebab nanti dia buka laman web macam laptop jer.. sebab dia hantar no tac gak…
mungkin Kak So silap hahahhaa
pengaruh lazada ni memang kuat… setiap hari jenguk kejap kat situ kot2 ada tawaran menarik ke
Ohh ya ka? Ingatkan kena ada mobile banking. Abih laa….siap laa pasni shopping dgn jayanya hahaha
Mama. Beli jer iphone7.hihi
Erkkk…tak cukup bajet hehe
Semalam ada beli speaker. tak sabar tunggu sampai. hahaha
Bahrain recently posted…Tips Percutian ke Batu Ferringhi Hotels
Sabar…sabar…Lazada selalu cepat ja hantar hehe