Salam dears… Si kembar tiga ni kan ada asma. Sejak kecil lagi diorang dah biasa guna ubat inhaler Ventolin, yang pam/puff warna biru tu. Tapi diorang tak pandai nak koordinasikan tekan-dan-sedut ubat serentak. Jadi diorang kena guna corong AeroChamber setiap kali nak ambil puff Ventolin tu. Bila guna AeroChamber, tak perlu nak sedut dan tahan nafas bagai, boleh bernafas macam biasa pun ubat masuk gak. Jadi senang laa untuk budak budak kan.
Cara guna AeroChamber
Tapi….lepas si Faris keluar wad, doktor ada bagi satu ubat baru untuk Faris iaitu Easyhaler. Korang pernah dengar tak pasal Easyhaler ni? Mama yang dah bertahun ada penyakit asma ni pun baru pertama kali tahu dan tengok bendalah tu. Pastu rasa teruja sebab sangat senang digunakan, tu yang sampai nak cerita kat blog ni hehehe. Kot kot lah ada diantara korang yang tak tahu juga kan.
Doktor kata Easyhaler tu ubatnya sama saja macam inhaler yang biasa. Cuma rekabentuk alatnya je yang berbeza. Kalau inhaler biasa tu, ubat dalam bentuk gas. Tapi Easyhaler ni ubat serbuk.
Cara Guna Inhaler
Cara guna inhaler biasa kan kita kena tekan puff tu dan tarik nafas serentak agar ubat gas masuk ke paru paru. Kalau tekan dulu, pastu terlambat nak sedut, maka ubat tu meresap dalam udara dan tak masuk semualah. Kiranya agak leceh sikit kan untuk budak budak?
Cara guna Inhaler. Kena tekan dan sedut serentak.
Cara Guna Easyhaler
Tapi dengan Easyhaler ni, boleh tekan dulu pastu baru sedut pun takpa. Tak perlu buat serentak. Lepas dah sedut, akan ada rasa manis sikit jadi kita tahu ubat dah masuk. Lebih mudah untuk budak budak nak guna. Pastu disebabkan senang guna, tak perlulah nak usung Aerochamber ke hulu kehilir dah. Jimat ruang kan?
Cara guna Easyhaler
Memandangkan ini kali pertama Mama tengok bendalah Easyhaler ni, jadi Mama pun tak tahu kat mana nak beli dan berapa harganya. Yang ni doktor kat hospital yang bagi. Mungkin ada jual kat farmasi atau klinik biasa juga kot? Mama mengGoogle tapi tak jumpa pula ada jual kat farmasi biasa atau tidak. Korang tahu tak kat mana nak beli dan berapa harganya?
21,698 total views, 1 views today
cuba try call alpha pharmacy, saya duduk kota damansara mmg beli ubat kat situ, ada discount utk member, nk jadi member pun senang je. http://farmasi-alpha.com/
Okeh, harap harap ada. Thank you Farah 🙂
Baru firstime tahu tentang Easyhaler ni… Nampak lebih memudahkan penggunaannya berbanding Inhaler …
Terima kasih di atas perkongsian info..
Anuar recently posted…Homestay Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang
Memang lebih mudah, tu nak cari tu
Ohh kecik skit eh. Lagi senang nak bawak ke mana2 ni. Tak pernah dengar gak. First time tau. Slalu anak sedara pakai chamber tu gak.
Yup, lebih senang nak bawa kemana sebab tak payah guna aerochamber tu dah
First time ema dengar…Susan hati bila anak ada Asma…moga anak mama sihat sentiasa.
Yup bila anak kena asma, mak tidoq pun tak lena huhu
rasanya dekat farmasi ada benda2 macam ni .. kena riki2
lisa recently posted…Promosi Percutian Akhir Tahun Murah
Tu lah nak cuba survey cari, senang ada benda ni
Macam2 jenama inhaler sekarang nie.. mesti harga makin murah sekarang nie
Amin Hakim recently posted…Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017
Tak tahu lah nak cakap, sekarang benda semua makin mahal huhu
Mama ummi send doa semoga mama dan anak-anak sentiasa sihat.Amin
umminani recently posted…Best Sangat Menu Baru Kenny Rogers Roasters
Amin. TQ ummi