Salam dears… Dalam tahun ni dah beberapa kali kitorang ke Melaka. Dan setiap kali itulah Mama dok sebut kat Ayah…nak singgah Freeport A’Famosa Melaka Premium Outlet, nak tengok apa ada kat sana. Dok tengok gambar nampak lawa betul tempatnya, Mama dah siap berangan nak ambil gambar kat kincir air kat situ hehe. Akhirnya, minggu lepas tercapai juga hasrat nak jejak kaki kat sana, yay!
Tapi…yang tak berapa nak bestnya ialah…kitorang sampai sana dah malam! Jadi ambik gambar pun tak lawa dah…gelap je semua huhuhu. Tapi takpa, aii tak patah semangat…snap juga lah sekeping dua, buat kenangan kan. Kalau pergi waktu siang, konpem lagi banyak gambar Mama ambil. Sebab tempat tu memang cantik.

Freeport A’Famosa Melaka Premium Outlet
Kincir angin ni port wajib bergambar bila datang sini. Feeling dok obersea gitu hehe. Kalau waktu siang mesti lagi cantik.
Best ke Freeport A’Famosa Melaka Premium Outlet?
Hmm…Mama ni bukan jenis yang selalu beli barang barang berjenama yang mahal mahal ni, jadi tak tahu nak cakap samada barangan kat sini betul betul murah atau tidak. Tapi memang kiri kanan tengok tanda sales merata, diskaun sampai 70% berlambak! Diantara jenama yang Mama nampak ialah Nike, Puma, Dr. Cardin, Clarks, Cotton On, Forever 21, Victoria Secret, Crocs dan banyak lagi lah, Mama pun dah lupa. Cumanya kalau dibandingkan dengan Johor Premium Outlet (JPO) dan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, yang kat Melaka ni kecil sikit rasanya.
Sana sini Sale! Sale! Nasib baik lah masa hari tu Mama tak berapa sihat, jadi tak larat sangat nak berjalan keluar masuk kedai tu semua. Ikut Ayah je sebab Ayah nak beli baju kemeja kerja.
Hasil bershopping di Melaka Premium Outlet. Jeans Kickers tu RM35 saja, Ayah kata murah giler! Baju kemeja jenama Daniel Hechter tu sehelai RM59, Mama rasa itu berbaloi sebab materialnya cotton yang sedap dipakai dan tak panas. Bekas pensel Ben10 tu RM5 je satu, opkos laa aii rembat, murah kan hehe
Tapikan…rasanya kena belek betul betul juga samada diskaun tu benar benar berbaloi atau tidak. Sebabnya kan…ada laa satu kedai kasut yang Mama singgah tu, harga agak pelik sikit. Bukan apa, Mama dah biasa tengok sandal jenama tu, biasa Mama tengok harga sebelum diskaun dalam RM60-70 sepasang. Tapi kat situ hari tu, ditulisnya harga asal RM100++, lepas diskaun jadi RM50++.
Yup memang masih murah berbanding biasa. Tapi tak lah banyak sangat diskaunnya tu kan, kalau dah dinaikkan harga asal lepas tu dikata diskaun 50%? Hmm mungkin ini taktik biasa sebenarnyakan? Nak bagi nampak kata diskaun giler giler punya. So kena pandai pandai lah memilih, kalau rasa berbaloi beli je lah.
Bab makan pula, hari tu kitorang makan malam di food court kat situ juga. Tak tahu lah samada sebab dah lewat banyak kedai dah tutup, atau memang belum banyak yang dah dibuka, jadi tak banyak pilihan makanan. Tapi kitorang ok je, asalkan ada nasi lemak si kembar ni dah puas hati dah, janji perut kenyang! Harga mahal ke murah tu Mama tak tahu sebab Ayah yang bayar hehehe
Carousel kuda ni adalah benda yang paling best bagi Mama di Melaka Premium Outlet ni, sebab percuma! Si kembar ni pulun naik sampai 4 kali tak nak turun hehe. Mama pun biar je lah, dah benda free kan. Tapi…bila diorang mula buat perangai berdiri atas kuda tu…haaa terus semua kena tempik “turun sekarangggg!” hehehe
Hmm kalau alang alang dah ke Melaka tu, apa kata singgah je lah kat Melaka Premium Outlet ni. Kalau tak membeli belah pun, boleh je cuci mata tengok tengok barang dan berposing ambil gambar kat situ kan? 🙂
16,108 total views, 1 views today
tak pernah sampai lagi kat melaka ni.. alaa macam best jer
Cuti sekolah nanti bawa laa fmili jalan jalan melaka, best!
kalau pernah ke Johor Premium Outlet, maybe tak puas kalau shopping kat melaka freeport outlet ni sebab kat JPO lebih banyak pilihan barangan berjenama dan berdiskaun 🙂
Yup JPO lebih besar n banyak kedai
dah pergi juga. memang betul ada yg murah betul2 murah, tapi ada juga yg sale tapi harga sama je dgn butik. kami pergi 2 kali sebab penat nak berjalan hahaha.. tido kat a famosa, dekat je la nak ulang alik. tapi aida tak jumpa foodcourt tu kat belah mana mama? dekat dgn kfc ke?
Foodcourt dkt belakang sikit, dekat Auntie Anne’s & Marry Brown. KFC tak sure kat mana, sbb tak nampak pun hari tu
oo blkg lagi.. tak sampai la tu kot, kfc kat depan skali. kena pergi lagi ni.. hahaha
aida recently posted…Semua naik harga
Haaa alasan nak kena pi lagi tu hahaha
teringin nak singgah sekali. nak p bulan 12 nnt boleh la singgah
Singgah laa…tgk tgk tempat pun jd lah hehe
Julia suka pi situ kak…seronok tgk kincir angin tu…seronok situ kak sebab ia kedai sederet je x mcm JPO beritngkat2…takpe nanti next lagi boleh pi waktu siang ye sis
JULIA JOHARI recently posted…Lazada One Revolution – My Parcel of Joy !
Tu laa kat kincir angin tu lawa kan
Sеveraⅼ of thᥱ hapрenings have actually requirᥱd clinical intᥱrest.
A 9rd party inspection has actually revealeⅾ that the latching system is not reliable, postսring a danger foг small childгen, rеgardless of accepted exams to relevant ϲriteгia.
http://www.givendream201312.com recently posted…http://www.givendream201312.com