Salam dears…“Nani, tolong check balance cuti aku ada berapa hari lagi?”. “Nani…you dah proses cuti I ke belum?”. “Nani, aku nak pergi bercuti bersama keluarga nanti, cuti gantian aku hang dah masukkan ke belum? Cuti aku tak cukup ni!”.
Huarghhh stress jugak hoiii kerja jadi tukang jaga cuti orang lain ni! Asal hujung tahun je macam ni laa gayanya, masing masing nak pergi bercuti ke sana sini. Ramai kawan kawan Mama yang dok bercerita tentang rancangan percutian akhir tahun masing masing. Pakat nak bawa anak anak berjalan laa tu sempena cuti sekolah bulan Disember nanti. Yang nak pergi Bali lah, Phuket lah…Paris lah…Perth lah…wahhh kemain lagi kan.
Yang tukang proses cuti ni, tak pergi mana pun ka? Tak leh jadi laa macam ni! Mama pun nak bawa si kembar bercuti jalan jalan juga! Mama saja saja laa tengok tengok promosi hujung tahun yang ada kat website Traveloka ni. Ada diskaun yang menarik untuk hampir 100 hotel di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura!
Tapi Mama nak bercuti dalam negara je laa kot, aii is bajet kurang hehehe. Lagipun bulan Disember ni si kembar akan balik ke kampung Mama di Kedah. Jadi nak jalan jalan belah utara je lah jawabnya.
Banyak diskaun menarik untuk hotel dan tiket penerbangan di Traveloka
Boleh muat turun ‘Traveloka App’ ni, senang nak belek belek segala promosi yang ada kat handphone je. Sambil dalam tren komuter pun boleh pasang angan angan nak pergi bercuti ke mana hehehe.
Hmm kalau pergi Perak pun best juga kan, banyak tempat menarik di Perak. Ada Bukit Merah Lake Town, Lost World of Tambun, boleh jalan jalan cari makan kat Ipoh, berposing di Funtasy Art Museum, pergi ‘cuci mata’ kat Pasar Karat dan ehhh macam macam lagi lah.
Mama search Traveloka untuk promosi hotel saja, sebab ingat nak memandu kereta sendiri je. Mama cari hotel yang harga bilik untuk satu malam bawah RM300. Nampak banyak juga pilihan hotel di Perak dengan harga ikut bajet Mama ni.
Hmm kalau pergi bermalam di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut pun best juga. Ada kolam renang dan bermacam macam aktiviti ‘watersports’ yang boleh dibuat kat sana. Nampak macam tempat yang sesuai sangat untuk bercuti bersama keluarga. Sebenarnyakan, si kembar ni dapat duduk hotel dan berkubang mandi kolam dari pagi sampai malam pun dah cukup teruja dah tu. Mama Ayah pun boleh join sekaki gak hehehe.
Nampak macam best je kolam renang kat Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ni kan? (Sumber gambar)
Atau nak duduk hotel di Ipoh dan jalan jalan sekitar bandar Ipoh je ehh? Hotel murah murah banyak je kat Traveloka ni. Yang bajet sebilik harga bawah RM150 pun boleh dapat dah.
Banyak pilihan bilik ikut bajet Mama ni…
Bagusnya kat Traveloka ni ialah harga yang dipaparkan tu dah termasuk tax semua. Jadi terus nampak harga sebenar yang kena bayar.
Kalau nak tahu hotel tu okay ke tidak, boleh je rujuk kat ‘Traveloka traveler reviews’ dan tengok macam mana pengunjung sebelum ni menilai hotel tu. Jadi boleh laa dapat gambaran tentang kualiti hotel. Maklumlah, bila nak bercuti bersama keluarga ni kita tentulah kena ambil kira tentang aspek kebersihan dan keselesaan hotel tu kan.
Ada ‘traveler reviews’ untuk rujukan, bagus kan macam ni.
Pergi berposing di Funtasy Art Museum Ipoh ni pun menarik gak (Sumber gambar)
Hmm selain daripada Perak, kalau jalan jalan ke Pulau Pinang pun best juga. Banyak tempat menarik di Pulau Pinang tu. Walaupun Mama dah biasa ke sana sebelum ni, tapi aii ok je kalau nak ronda pulau lagi sekali. Bab makan minum kat Penang tu tak payah cakap laa kan, memang ‘syurga makanan’! Haaa boleh naik ke Bukit Bendara lagi sekali, makan ais kacang paling sedap aii pernah rasa kat sana. Uishhh terliuq sudah hahaha
Sedapnya Ais Kacang kat medan selera di Bukit Bendera tu…
Tengok kat Traveloka, hotel di Pulau Pinang tak lah mahal pun. Mama search yang harga bawah RM200 satu malam. Banyak pilihan ada….
Ishhh tiba tiba macam konpius pula tak tahu nak pergi bercuti bersama keluarga ke mana nanti. Dah ada banyak pilihan menarik kat Traveloka yang dalam bajet ni. Jadi…nak pergi mana? Oohh hang nak pi mana? Nak pi mana oiii? Hahaha 😉
8,175 total views, 1 views today
Wow… spoilt for choice. Byk pilihan kat Traveloka. Mana nak pi nnt ni??😂
Tu la pasai.. fenin terus haha
Memang gempak best kann promosi percutian hujung tahun Traveloka ni..!!
Nina pun dok belek-belek tak tau lagi nak pi mana…
Macam nak pi pantai Timur kot
Nina Mirza recently posted…Sedap lah Mama Tauhu Kukus Goreng ni… Kawan suh bawak lagi esok!
Kalau nak dekat, repeat Melaka pun best kan nina
tak pernah lagi book hotel guna traveloka.. biasa guna agoda atau booking.com! nanti nak cubalah, nampak menarik..
Try laa. Kdg date yg sama dah full kat site lain, boleh tgk Traveloka jugak
Timing tepat… mmg nak gi cuti2 nih!
Haa sila guna Traveloka hehe
Thank you mama sharing info… boleh try guna traveloka
umminani recently posted…Best Sangat Menu Baru Kenny Rogers Roasters
Welcome ummi 😃
Best dapat bcuti.. bagus guna traveloka boleh dapatkan hotel yg murah…
Yanieyusuf recently posted…Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Yup, boleh pilih ikut bajet
Macam best je traveloka nie..boleh cuba nanti..Swiss Garden Beach Resort Damai Laut memang best..
Tu laa teringin nak pi swiss garden tu
Funtasy art kat ipoh tu best tau…tak rugi pegi..entrance fee pun murah je tapi i is lupa..hahaha
Tu laa teringin sangat nak pi, cuti sekolah ni nak terjah lah