Salam dears… Dah hujung tahun ni mesti ramai ibubapa yang berkira kira nak beli barang sekolah anak dah kan? Untuk yang ada anak baru nak masuk darjah satu tahun depan, Mama nak cadangkan beli baju sekolah murah murah je…murah tapi berkualiti. Tak semestinya kena beli jenama yang mahal sampai berpuluh ringgit sehelai tu. Sebabnya budak kecil ni pakai baju sekolah hari hari cepat je kotor.
Dah namanya pun budak kan, bukannya pandai sangat nak jaga baju tu. Mungkin akan kotor tertumpah makanan lah, terconteng dengan crayon lah, pensil warna lah…pen lah. Itu belum kira bab terkoyak atau tergunting baju lagi tu. Hoihhh stress oii bila anak balik sekolah, tengok tengok baju dah koyak! Rasa nak bertukar jadi raksaksa gorgon masa tu juga tau hahaha
Jadi…Mama rasa beli yang mahal berjenama pun rugi je kalau baju tiba tiba rosak dan kena ganti yang baru pula kan? Sebab itu lah bagi Mama, bila anak anak dah besar dan dah pandai jaga baju, barulah belikan yang jenama mahal tu. Yang anak masih kecil darjah satu, dua, tiga ni…beli yang murah murah sudah.
Cuma pilihlah baju sekolah murah tapi berkualiti. Cari yang jenis kainnya elok, tak panas, mudah gosok dan selesa untuk anak pakai. Setakat ni Mama beli baju sekolah Hari Hari jenama Jony&Jeny, walaupun murah tapi kainnya ok dan selesa dipakai. Harga bajunya ikut saiz. Lagi besar saiz maka lagi besarlah harganya.

Faris jadi model untuk cuba saiz baju sekolah ni. Sorang cuba, semua konpem boleh pakai dah hehe.
Harga baju sekolah Hari Hari jenama Jony&Jeny, ikut saiz yang si kembar ni pakai:
Uniform sekolah rendah:
- Baju kemeja putih lengan pendek saiz 16 – harga RM16.90 sehelai. Sebenarnya ada 3 jenis kain untuk baju sekolah kat Hari Hari – kain cotton, kain polyester nipis dan lagi satu kain polyester tebal sikit. Harga setiap jenis tentulah berbeza. Mama beli yang kain 100% polyester nipis. Tapi ada tersesat sehelai yang polyester tebal mahal tu (RM26.90 sehelai), agaknya jurujual tersalah ambil. Mama pun silap tak periksa dulu sebelum bayar huhu.
- Seluar panjang saiz 26 – harga RM17.90 sehelai. Ni Mama ambil yang ada label ‘Best Value’, kain jenis 65% Polyester dan 35% cotton. Kalau nak yang elok lagi pun ada, kainnya tebal sikit daripada yang Mama beli tu. Harga pun lebih lah, kalau tak silap Mama RM26.90 kot.

Mama beli uniform sekolah 3 pasang setiap seorang
Uniform sekolah agama:
- Baju sekolah agama saiz 32 – harga RM33.90 sepasang. Material kain 100% polyester.
- Kain sampin sekolah agama warna hijau saiz 32 – RM9.90 sehelai. Material kain Mama tak pasti sebab tak ada tulis kat label. Tapi rasanya Polyester gak ni.

Unifom sekolah agama dan kain sampin
Lain-lain:
- Tali pinggang saiz 90 – RM3.90 setiap satu.
- Stokin putih yang pendek setakat buku lali – RM7.50 sepeket, ada 3 pasang.

Tali pinggang dan stokin murah je
Semua sekali Mama beli 9 helai baju kemeja, 9 helai seluar, 6 pasang baju sekolah agama, 6 helai sampin, 3 tali pinggang dan 2 peket stokin. Jumlah harga semua tu ialah RM612.70. Walaupun ni kira perbelanjaan bajet dah, tapi fuhh peluh tiak gak laa nak membayarnya hehehe. Ni harga masa Mama beli hari ni, kalau lepas ni harga berubah tak tahu lah ye.

Harga bajet dah ni
Baju Sekolah Mudah Gosok
Selain daripada baju sekolah Hari Hari, Mama pernah juga beli baju sekolah jenama Matari. Yang ni pun Mama suka sebab kain jenis licin dan lembut. Sejuk bila dipakai, kurang berkedut dan mudah digosok. Harga lebih beberapa ringgit je daripada Jony&Jeny dan tidak lah semahal jenama yang popular ittew. Uniform sekolah Matari ni boleh dibeli ‘online’.
Tapi…kalau korang memang ada bajet nak beli uniform sekolah yang berjenama mahal berpuluh ringgit sehelai tu, silakanlah. Ikut kemampuan poket dan citarasa masing masing lah kan. Ikut poket Mama ni…aii suka beli baju sekolah murah murah dan mudah gosok je. Pastu pandai pandai lah basuh dengan cara yang akan putihkan baju sekolah tu agar boleh dipakai sepanjang tahun. Lebih jimat dan berbaloi gitu.
Buat Persediaan Awal
Ohh yaa…seeloknya buat persiapan beli barang persekolahan anak awal awal ye. Rasanya sekarang ni dah ada jualan murah dan promosi pakaian sekolah dah kan. Buat bajet siap siap jadi dapat gaji nanti boleh la terus beli. Kalau lambat beli takut susah nak dapat apa yang kita nak, kot saiz tak ada atau stok tak cukup ke. Pastu nanti nak ‘alter’ seluar bagi pendek ke, nak jahit lencana lagi…kang kelam kabut jadinya. So baik beli awal awal, kan?
Hmm…beg dan kasut sekolah si kembar ni pun dah siap. Tinggal nak beli baju sukan, buku dan alat tulis je. Mahu beratus ringgit lagi belanja tu huhuhu…. *lap peluh*
15,914 total views, 2 views today
Wah dah beli baju sekolah. Betul buat psediaan awal .
Yanieyusuf recently posted…Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Tak suka kelam kabut last minit
Reen setuju tentang bila dah besar barulah bagi mereka pakai pakaian yang mahal.. Berjenama dan tahan lama.
Sekarang ni kalau beli yang berjenama, macam tak worth it sebab anak-anak.. Pada dorg asalkan ada pakaian dan selesa pun dah cukup
Betul, asalkan selesa dan nampak kemas cukuplah
SS dulu suka beli kain baju sekolah jenis licin. selalunya budak pompuan yg suka…. tapi betullah kata hanani yg penting senang gosok. kain licin susah sikit
shiqeen sattar recently posted…Batuk Hilang Selepas 2 Jam Sapu Minyak Herba Asmak
I suka kain licin, si kembar ni ikut je apa mamanya pilih hehe
betul yg penting senang nak gosok… jenuh sekali 3 pasang gosok huhu
shiqeen sattar recently posted…Batuk Hilang Selepas 2 Jam Sapu Minyak Herba Asmak
Sekali gosok 9 pasang baju sek + 6 pasang baju sek agama. Berpeluh! Hehe
jony jeny ni setaraf canggih gak……ada beli baju sekolah agama…memang tahan lasak…..
saidila@kak long recently posted…DIY Resipi Jus Detox Hijau Jimat Kos Yang Mudah Dan Murah
Yup ok je tahan lasak walaupun murah
my girl darjah 1 thn dpn..tunggu dpt gaji ujong bln ni br bleh soping keperluan sekolah dia.terpaksa pejam mata kos lebih sket tempah baju skolah sbb dia montel.kalo beli siap, sure kena alter.cuma bab buku2 & yuran skolah ni blur sket.xtau nk refer kat mana
Sek keb tak ada yuran, cuma mungkin kena bayar yuran PIBG RM50 tapi ikut sekolah lah. Buku tulis & buku latihan bajet dlm RM150 camtu InsyaAllah cukup. Buku teks dapat free. Nanti baju sukan pun akan kena beli, harga ikut sekolah. Cuba tengok entry ni, boleh laa buat rujukan bajet: http://mamakembartiga.com/2014/11/bajet-persekolahan-anak-masuk-darjah-satu.html/
assalamualaikum puan, sy berminat nak beli baju sekolah matari tu. baju tu ok ke puan. tahan lama tak?
Wsalam. Bagi saya ok, si kembar pakai sepanjang tahun ni masih ok. Nampak laa kesan dah dipakai, tapi kainnya masih elok tak koyak.
Alhamdulillah. Thank you Puan… banyak membantu
Sama sama 🙂
belanja murah cara mudah dan dapatkan penawarana sekarang di masariklaten.com
http://masariklaten.com/ recently posted…http://masariklaten.com/