Salam dears… Masa mula mula dapat set Deeja Cosmetic ni, benda yang buat Mama teruja ialah saiznya yang kecil comel tu. “Kalau serasi boleh laa terus guna ni, senang nak bawa travel” fikir Mama. Yup, Mama kalau travel ke mana mana memang akan bawa semua barang dalam set penjagaan muka. Dari sabun, toner, krim siang, krim malam semua bawa lah. Penuh dan berat beg dengan benda tu ja. Maklumlah, bila usia semakin meningkat ni kena lah rajin jaga kulit wajah agar sentiasa cantik dan ayu gitu kan?
Set Deeja Cosmetic yang comel, senang nak bawa ke mana mana. Kecil kecil cili padi, walaupun kecil tapi boleh tahan lama tau ni. Sebabnya guna sikit je pun dah cukup.
Hmm dah dua minggu lebih guna Deeja Cosmetic ni dan Mama boleh katakan yang Mama sudah ‘jatuh cinta’! Bukan sekadar terpikat dengan saiz kecil molek tu, tapi sebab Deeja Cosmetic ni memang best dan serasi dengan kulit Mama. Kenapa Mama suka? Haa meh nak cerita meh…
Set Lengkap Deeja Cosmetic 5-Dalam-1
Set lengkap Deeja Cosmetic 5-dalam-1 ni ada Sabun Pembersih Muka, Toner Nano, Krim Siang, Krim Malam dan Krim Nano (Malam). Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Dibuat daripada bahan Halal dan boleh dibawa solat.
1) Sabun Pembersih Muka
Sabun ni wangi! Mungkin sebab kandungan utamanya ialah air mawar, beras dan karot. Lepas cuci muka, kulit terasa lembut dan licin je. Rasa tegang, tapi tak mengeringkan kulit. Satu ketul tu Mama potong jadi 4 ketulan kecil – 1 guna, lagi 3 asingkan dan simpan dulu. Basahkan muka, basahkan tangan, calit sikit sabun ni, gosok sampai berbuih dan cuci muka. Pastu bilas bersih. Guna sikit je pun dah cukup tau, jimat.
Vitamin A dan antioksidan yang terkandung dalam sabun ni membantu untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari, menghalang jerawat, mengatasi kulit kering dan kedutan pra-matang.
2) Toner Nano
Toner Nano ni pun wangiii! Patutnya guna kapas untuk sapu toner kat muka, tapi Mama tuang je sikit kat tangan dan ratakan keseluruh muka. Pastu tepuk tepuk pipi kengkonon nak segarkan sel sel kulit hehehe. Saja ‘feeling’ macam buat ‘facial’ haha. Tapi serius lepas tu kulit rasa segar dan lembut. Dah laa wangi, saya suka!
Kandungan utama Toner Nano ni ialah air mawar dan aloe vera. Bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengekalkan kesegaran kulit wajah, mengatasi masalah kulit kering, mengecilkan liang pori dan mencerahkan wajah yang kusam.
3) Krim Siang
Masa pertama kali guna Krim Siang ni, Mama rasa macam ehh agak melekit lah. Tapi kan, lepas tu Mama suka…sebab tak berminyak! Ada sesetengah krim atau losyen ni kan…kalau lambat tepek bedak lepas dah sapu krim, muka rasa macam berair, berpeluh atau berminyak. Ishh tak tahulah macam mana nak terangkan hehe.
Tapi…dengan Krim Siang Deeja Cosmetic ni tak macam tu. Malah lepas dah sapu, rasa kulit licin dan cerah sekata. Dulu Mama mesti pakai samada BB krim, CC krim atau alas bedak lepas sapu losyen. Tapi sekarang, lepas sapu Krim Siang ni, terus tepek bedak pun nampak cantik je. Jimat lagi kat situ, yayy!
Krim Siang ni ada Vitamin E dan SPF 35 untuk perlindungan daripada sinaran UV. Bahan utamanya ialah biji almond, biji tomato dan aloe vera.
Ni kulit ‘fresh’ tanpa mekap. Sebelum pakai Krim Siang, nampak tak jerawat yang menonjol tu? Selepas dah sapu Krim Siang, jerawat dan parut dah tak nampak jelas dah kan? Padahal Mama calitkan sikit nipis je dan belum tepek bedak pun. Lepas dah berbedak, lagi laa nampak ‘flawless’ kulit aii hehehe 😉
4) Krim Malam
Ini lagi satu krim yang wangi! Krim Malam ni teksturnya lembut dan ringan. Calitkan sikit je pada wajah dan gosok perlahan-lahan sampai meresap dalam kulit. Ia membantu merawat kulit yang rosak, mencegah jerawat dan memudarkan jeragat, serta memulihkan cela pada kulit agar kulit kembali berseri dan remaja gitu hehe.
Krim Malam ni mengandungi AHA (Alpha Hidroxy Acid), Vitamin E, Retiniod Acid dan Gliserin.
5) Krim Nano
Tengok warna kuning Krim Nano ni dah boleh agak kandungannya mesti ada kunyit kan? Ya betul! Kunyit memang banyak khasiat dalam merawat masalah kulit berjerawat dan pigmentasi, kulit berminyak dan juga menaikkan seri wajah yang kusam.
Krim Nano ni pakai sikit je dah cukup tau. Kalau tenyeh banyak banyak kang kuning ang ang terkejut laki korang ingat hantu kunyit hehehe
Kesan Penggunaan Deeja Cosmetic
Okeh…secara kesimpulannya lepas dua minggu lebih menggunakan set Deeja Cosmetic ni, kesan yang Mama rasai ialah:
– Kulit makin lembut, licin, gebu dan cerah sekata. Rasa syiok pula usap usap kulit pipi sendiri, sebab rasa macam gebu je hehehe
– Kulit kurang berminyak. Bukan tak berminyak langsung, tapi memang berbezalah daripada dulu. Lepas seharian tak cuci muka pun, bedak tak ‘crack’ atau nampak bergaris garis.
– Parut jerawat makin pudar. Harap harap dengan penggunaan yang berterusan dan konsisten, parut akan hilang terus, InsyaAllah.
– Tak perlu guna BB /CC Krim atau alas bedak pun kulit nampak licin dan sekata bila pakai bedak.
Hmm kalau korang sedang tercari cari set penjagaan kulit wajah yang lengkap, apa kata korang cuba Deeja Cosmetic ni? Harga pun tak mahal. Halal dan boleh pakai ketika solat pula tu. Memang best! 🙂
Maklumat lanjut:
Facebook: Deeja Cosmetic HQ
Instagram: Deeja_Cosmetic_Hq
Call/Whatsapp: 019-6945950
Harga DEEJA COSMETIC SET 5-dalam-1
WM : RM 85.00 EM : RM 90.00
7,623 total views, 5 views today
mama, keep it up. makin berseri2 la lepas ni. Yg merah hari tu masih continue ker
umminani recently posted…Makan dalam talam, apa kebaikkannya?
Sekarang ni guna Deeja Cosmetic je, tak campur yang lain. Sebab nak tahu kesan Deeja…dan dah tersuka plak hehe 🙂
Nina pun pakai Deeja cosmetic
Paling suka sabun dan krim siang dia!
Nina Mirza recently posted…Deeja Cosmetic : Aduyai…. Nina pun dah terjebak!
Sama! Suka lepas pakai Krim Siang tu tak yah pakai BB krim dah
samalah ss pun dh tersuka dgn deeja cosmetic. huhuhu…
Kita geng! Cuba pastu terus tersuka haha
lelaki pun boleh pakai set deeja cosmetic. tu yg syok. boleh share ngn isteri hehehe
Yup jimat kan?
Makin flawless laa kakak pasni. 😃 Set simple, boleh try nnt. 👍😉
Harapannya begitulah hehe. Try jgn tak try..
lsia pun pakai deeja. suka sabun tu .. rasa macam licin je muka .aahahaha
lisa recently posted…Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati
Yup lepas cuci feeling kulit licin macam telur dikupas gitu 😉
sedap pakai Deeja Cosmetic. senang buang whitehead 🙂
lynda recently posted…4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi
Tak perasan bab whitehead, balik kang nak belek muka lah hehehe
Tengah cari toner …wah kandungan air mawar tu menarik la kak…perghhhh semakin ramai mencuba deeja
Best tau toner Deeja Cosmetic ni juju, cuba laa
Kulit saya serasi guna deeja cosmetic ni, maklumla … kalau berjerawat dan berminyak ni memang sensitif sikit kan hehe.
Yup, untuk kulit sensitif mmg susah cari yg serasi. Dah jumpa, teruskan guna
Alhamdulillah nampaknya mama serasi dengan produk ni..teruskan ya untuk kesan baik jangka panjang..
InsyaAllah PC 🙂
wahh nampak jerawat mengecut.. bagus betul.. review yang baik
Akupenghibur recently posted…Passion Dtox Membantu Membuang Toksin Dalam Badan Secara Sihat
Thank u 🙂
Wah nampak perubahan kulit wajah nani…makin cantik…
Alhamdulillah 😃
Bertambah seri wajah gini.. Muka pun dah cerah mama…
Alhamdulillah…harap pasni makin berseri haha
mama. ni entry iklan ke atau ni entry ikhlas dari mama?
dorsett pink recently posted…OOTD Tudung Jalan TAR
Job review yg ikhlas. Mmg dah guna dan betul betul suka, kesan yg Mama rasa mmg mcm yg tulis dlm entry. Especially sabun muka dan krim siang tu, Alhamdulillah serasi sgt 🙂
Wah..banyak betul perubahan tu ha…bagus dan sesuai dengan kulit mama….
Suria Amanda recently posted…Spray 8 Spray Penjagaan Luka Semulajadi Keluaran Furley Bioextracts
Alhamdulillah serasi 🙂
mmg suka. makin seri la akak pasni
YB Shehan recently posted…ETHISSA : KEDAI ONLINE BARANGAN BAYI YANG AWESOME!
Harapnya begitulah hehe
Lelaki wanita dua2 blh guna.. Itu bestnye.. Bau mmg harum je..
Yup boleh kongsi kongsi guna hehe
Saya masuk 2 minggu consume deeja cosmetic…baru2 ni kulit terkena cahaya matahari agak lama..sampi rumah muke jadik merah sgt99999 menggelupas dan sunburn teruk..normal ke gitu?
sekarang jadik takt nk teruskan…
Tak pasti plak, mungkin ikut jenis kulit. Better you tanya dengan HQ Deeja, mungkin diorang boleh advise camna