“Aku nak pergi beli mainan dan handbag“. Itulah yang Mama fikir selepas baca pasal kedai Jalan Jalan Japan ni di blog AyueJean. Mama memang jenis yang tak kisah beli dan guna barangan terpakai atau ‘preloved’. Bila baca Ayue kata barang kat sana murah murah, masih elok dan tidak berbau, huhhh lagi laa semangat berkobar kobar nak pergi! Siap paksa Ayah suruh tengok blog Ayue…dan Ayah pun terjebak terus setuju ok jom pergi, yahooo! *joget*joget*

Kedai barangan terpakai Jalan Jalan Japan

Pesanan penaja 😉
Dah namanya barangan terpakai atau ‘preloved’ kan, jadi biasa lah kalau barang tu tak 100% sempurna macam baru. Ada calar ke comot ke sikit tu biasalah. Setakat barang barang yang Mama tengok hari tu, ianya masih dalam keadaan elok dan berbaloi dengan harga. Cuma kena pandai pilih dan belek betul betul sebelum beli. Tapikan…bila memikirkan harga murahnya tu, serius rasa macam nak meroyan beli segala benda!
Mainan Kanak Kanak
Masuk je kedai, kitorang terus tuju ke bahagian mainan kanak-kanak. Si kembar ni jadi tak keruan, sana sini nak tengok! Kecoh dengan suara diorang je dok terjerit jerit kat dalam tu. Mana tak nya, memang banyak laa mainan patung Masked Rider lah, Ultraman lah, Pokemon lah… ngan entah apa benda lagi monster segala. Kereta, motor dan keretapi pun banyak.

Berderet deret mainan
Ayah ngan anak sama naik kusyuk memilih. Kat sini rata rata sepeket RM3-RM6 jer kot. Jadi Mama tak risau nak biar diorang pilih. Tapi Mama pesan lah, boleh belanja seorang RM10 saja jadi pilih betul betul nak yang mana.
Patung ni kebanyakannya harga dalam RM6-10 saja. Meroyan aii tengok! Si kembar lagi lah, angkat letak angkat letak angkat letak…sebab Mama kata boleh ambil seorang satu saja. Kesian diorang jenuh nak buat keputusan hahaha 😉
Satu bungkus RM20 saja. Murah kan?
Kat sini Mama tak tengok sangat, maklumlah anak dah besar kan. Setakat ambil gambar saja, harga tak tengok plak.
Budak perempuan konpem rambang mata kat sini! Berlambak lambak!
Pinggan Mangkuk
Peminat pinggan mangkuk boleh laa jenguk sini. Mama tak minat jadi setakat tengok sikit sikit dan ambil gambar je lah. Nampak macam pinggan kaca je semua. Kemungkinan benda tak cukup set tu ada, maklumlah ‘preloved’ kan. Kalau nak beli pandai pandai lah pilih.
Pakaian Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak
Pakaian adalah benda yang paling banyak ada kat kedai Jalan Jalan Japan ni. Baju ‘bundle’ kan…jadi pilih apa yang ada kat situ je lah, tak ada nya saiz lain ke kaler lain ke. Kalau jumpa yang berkenan, baik terus grab sebelum orang lain ambil.
Berderet deret baju!
Pakaian wanita paling banyak kat sini. Setakat yang Mama tengok, keadaannya masih elok dan harga pun murah. Macam skirt dan blouse kat atas tu, hanya RM10 setiap satu. Ok sangat lah kan?
Baju kanak-kanak. Mama terlupa plak nak belek belek tengok berapa harganya.
Baju sejuk ada kat tingkat atas. Tapi masa Mama pergi tu dah tak banyak sangat. Mungkin dah habis dirembat sebelum tu kot.
Blazer ni RM30 saja! Keadaan masih elok lagi. Kalau dah seterika, mesti cantik macam baru. Nasib baik lah tak ada saiz, kalau tak memang aii dah angkut satu hehehe
Beg dan Kasut
Ini kawasan yang buat Mama tak senang duduk! Walaupun dah kurang pilihan masa tu, tetap buat Mama teruja yang amat sebab murah! Beg RM10 banyak yang masih elok laa bagi Mama. Beg yang saiz kecil, harga RM5 je pun ada! Memang pergi balik ntah berapa kali lah Mama dok pusing kat sini, membelek beg satu demi satu hehehe

Kasut wanita

Kasut lelaki

Kasut kanak-kanak
Alat Sukan
Ini kawasan yang Ayah suka. Mama setakat ambil gambar saja sebab kepala otak dok pikir nak tengok handbag je masa tu hahaha
Kayu golf tu RM20 saja. Ayah kata murah ni
Beg golf
Alat memancing
Raket
Stroller dan Car Seat
Banyak juga pilihan stroller dan car seat kat sini. Harga berpatutan bagi Mama. Stroller MacLaren yang si Fahmi duduk tu kalau baru tak silap Mama harganya dalam RM800-900. Tapi ‘preloved’ kat sini RM200 je. Yang MacLaren sebelah Fahmi tu pula RM100++, giler murah! Untuk ibubapa yang nak berjimat, memang sesuai sangat lah beli kat sini kan.
Car seat pun banyak. Harga Mama tak pasti, terlupa nak tengok.
Kemudahan
Ada bilik menyusu dan ruang untuk kanak-kanak berehat. Tapi Mama tak pasti ada lif atau tidak, sebab tak nampak pula lif. Jadi kalau pelanggan yang menggunakan tongkat, kerusi roda atau bawa stroller tu Mama tak tahu lah macam mana nak naik ke tingkat atas tu.
Kaum bapa yang kepenatan boleh laa ajak anak anak berehat kat sini hehe
Apa Yang Kitorang Beli di Jalan Jalan Japan?
Haaa part ni yang paling best! Jumlah kitorang berbelanja RM179 saja tapi dapat beli banyak benda untuk seisi keluarga! Meh nak tayang apa yang dibeli…
Ayah dan anak anak sama naik ja beli mainan hehe
Yang besar RM10, yang kecil RM6 setiap satu. Murahhh! Patung yang kecil tu kalau beli baru dalam RM20-30 juga harganya. Ikut hati nak bagi je si kembar angkut banyak lagi. Tapi sabar…sabar…tunggu dapat gaji kita pergi lagi naaa…
Ini Ayah punya. Sebaik saja Ayah nampak patung Megatron ni dia pegang tak nak lepas dah! Mengalahkan budak budak je perangainya hehe. Mama bila tengok harganya RM60, terjegil gak laa bijik mata. Tapi Ayah kata ini sangat berbaloi, harga asal beratus ringgit kot sebab ianya model yang dibuat khas untuk pasaran Jepun saja. Tambah plak, patung ni dalam keadaan sangat elok, memang nampak macam baru. Mama angguk je laa apa Ayah cakap tu sambil fikir “cepat laa…orang nak pi tengok handbag plak ni!” hehehehe
Ini Ayah punya juga, RM15 saja
Hokeyyy ini pula hasil tangkapan seorang mak budak. Sampai 3 beg terus aii angkut. Tapi jangan risau…tiga beg ni baru RM50 saja! Beg warna gold tu RM10, beg hitam tu pun RM10 dan beg putih tu RM30. Haaa #hargagiler murah kannn? Sila lah jeles hehe 😉
Setelah dibelek belek, ini saja yang cacat pada beg tu semua. Calar dan comot sikit je kot. Bahagian dalam beg, tali beg semua elok lagi. Bersih dan tak ada bau busuk ke hapak ke. Untuk harga yang Mama bayar tu, serius sangat puas hati!
Stok Baru Setiap Minggu
Ohh yaa hari tu kitorang pergi dah petang, sampai sana dalam pukul 2 camtu. Jadi barang ada yang dah kurang sebenarnya. Mama sempat berborak dengan sorang pelanggan yang ada kat sana, katanya sehari sebelum tu barang lagi banyak yang best best. Disebabkan tu, dia ulang datang lagi sekali…nak shopping lagi.
Katanya barang kat Jalan Jalan Japan ni akan selalu ada stok baru, kalau tak silap setiap minggu ada ‘shipment’ kot. Jadi dia siap pesan kat kitorang rajin rajin lah datang tengok, dan seeloknya pergi awal pagi masa kedai baru buka dah terpacak kat depan pintu. Supaya dapat memilih barang yang elok sebelum orang lain rembat. Ishhh kalau lah rumah dekat memang setiap minggu Mama terjah sana tau.
Hmm si kembar dok pesan dah “lain kali nak pergi lagi tau Mama, kita nak beli mainan lagi dua!”. Mama pun dah jeling jeling kat Ayah dah. Ayah plak kata “nasib baik laaa rumah kita jauh, kalau tak tiap tiap hari awak nak pergi!”. Eh ehh…memang sah dia kenal sangat dah bini dia ni hahaha
Ishhh tak kira…lepas dapat gaji nanti aii harus terjah Jalan Jalan Japan lagi! Alaaa…bukannya Mama pakai duit Ayah pun, suruh dia jadi drebar je. Tak kan tak boleh kot bang? hehehe 😉
Jalan Jalan Japan
Alamat: 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya
Waktu operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
Facebook: JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram: jalanjalanjapanmy
11,039 total views, 1 views today
Kedai best ni kat OneCity?? Tak jauh dari rumah sy ni. Nak pi, nak pi! 😁
Sila sila…selamat bershopping!
menarik part ultraman tu. anak mesti suka
raihanah recently posted…Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes
Mesti rambang mata anak nak memilih nanti hehe
sama jue g sana ritu pun tak tahan nepsu ni.. nasib duk gendong baby kalo tak macam2 lagi hangkut. hahahha
jueliza recently posted…Shopping Online Di Motherhood & Bayar Secara MOLPay Cash Di 7-Eleven
Baby tu jadi penyelamat ibunya hahahaha
Wahhh.. bestnya dapat shopping kat kedai nie
Amin Hakim recently posted…Senarai Lokasi WiFi Selangorku Percuma
Memang best 🙂
kuat shopping tu. hehhe
http://datoksirkronik.blogspot.my/
Datoksir recently posted…184 Qari – Bacaan Quran Online
Tu laa hehe
Wah siapa ada action figure kamen rider tu
.
Ini kalau suami saya pun jadi kalah anak anak
.
hehe
Mazni happy family recently posted…5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee
Bapak ngan anak mesti sama naik je hehe