Salam dears… Setelah beberapa hari di wad, akhirnya petang semalam kitorang anak beranak dapat keluar dah, yayyy! Fuhh kali ni masuk wad di hospital agak lama juga, sampai nak naik boring wehh. Tapi kan, tak lah boring sangat sebab ada si Faris masa tu haa. Jadi peneman, lawan gaduh dan juga tukang buat Mama dia penat! Hahaha
Kalau nak diikutkan, bab duduk hospital di Mama dah terror dah. Masa mengandungkan si kembar, Mama ‘menginap’ di hospital selama dua bulan lamanya! Lepas melahirkan si kembar pula, tahun pertama tu memang kerap sangat keluar masuk wad. Boleh dikatakan tiap tiap bulan lah sampai pekerja kat hospital pun kenal sangat muka kitorang ni.
Aktiviti Untuk Isi Masa Lapang di Hospital
Jadi, bila sekali sekala kena masuk wad balik ni, Mama dah tahu apa nak bawa atau buat untuk isi masa lapang di hospital. Antaranya ialah:
- Menonton TV. Kalau ada TV dalam wad tu untunglah, boleh laa layan gak tengok TV. Atau ada bilik menonton (TV room) ke kan. Tapi, macam Mama ni tak larat lah nak layan TV sampai seharian. Tengok Astro pun pi mai pi mai dok ulang cerita yang sama je bosan juga. Itu pasal kena ada plan benda lain untuk dibuat.
- Bawa buku dan bahan bacaan. Tak kisah laa Al-Quran ke, surah Yaasin ke, majalah ke buku ilmiah ke, asalkan ada benda untuk dibaca. Lebih baik daripada dok melangut tengok TV je kan? Dapat juga isi masa lapang di hospital dengan benda yang berfaedah.
- Untuk anak anak pula elok laa bawa buku mewarna atau buku tulis, pensil dan alat mewarna juga. Nak bawa buku latihan untuk anak buat pun ok je. Tapi budak budak ni cepat boring, mana laa sanggup nak mengadap buat buku latihan je kan. Dah laa tengah sakit, kesian laa plak nak paksa belajar je. Jadi bila anak dapat menconteng dan melukis tu, hilang laa sikit kebosanan dia.
- Mainan untuk anak. Kalau budak budak masuk wad, memang kena bawa juga sikit mainan kegemaran dia. Tapi jangan laa bawa sampai sekotak besar plak, atau mainan yang jenis ada bunyi kuat kuat tu. Bukan duduk rumah sendiri yer, kang ganggu jiran satu wad tu pula. Dan…anak patung atau bantal busuk kesayangan jangan dilupa yaa. Kang ada budak tu tak tidur malam dok cari bantal busuk plak kang hehehe
- Melayari internet dan blogwalking. Ini salah satu aktiviti favourite kot hehe. Kalau hospital ada wifi percuma memang syiok sangat lah. Kalau tak, guna je lah ‘data plan’ sendiri. Dapat juga ambil tahu perkembangan semasa dan macam macam cerita aktiviti kawan kawan bloggers kan. Tak lah rasa terperap macam katak bawah terpurung je. Tapi kan…boleh menimbulkan rasa jeles hoihh dikala baca blog kawan kawan pergi berjalan sana sini hahaha. Takpa takpa, masuk ‘bookmark plan’ untuk kemana lepas keluar wad nanti. Salah satunya…Mama nak bawa si kembar ni pergi ke KL Tower Mini Zoo tu, nampak macam best sangat!
Dok hospital pun tetap ‘window shopping’ hahaha
- Menulis blog. Dah namanya blogger kan, opkos laa gatal tangan nak menulis di blog juga. Tetap ada rasa nak berkongsi cerita hehe. Tapi bila badan tak berapa sihat ni, update blog cerita benda yang santai je ok lah. Nak tulis benda yang serius atau kerja…errr…otak Mama jammed sikit huhuhu. Maklumlah, badan tak betul betul sihat, tak berapa mampu nak memerah otak tulis benda yang susah susah…
- Menonton cerita kat handphone/laptop/tab. Kalau nak layan wayang ke apa drama bersiri ke Youtube ke kan, sila pastikan anda bawa earphone/headphone juga tau! Bukan apa, takut menggangu jiran katil sebelah pula. Dah laa orang tengah sakit kan, boleh jadi bertambah sakit terpaksa dengar bunyi bising cerita yang korang dok layan tengok tu…sakit hati hokey! hehehe
- Bawa duit juga tau. Walaupun duduk wad ni makan minum disediakan, tapi seeloknya bawa juga duit lebih. Mana laa tau lapar masa tak ada makanan ke masa tengah bosan tu, boleh juga turun jalan jalan pergi lepak minum kejap kat kafe hospital. Tambah pula kalau dengan budak budak, lagi laa kerap diajak turun nak beli itu ini.
- Jalan jalan keliling wad/hospital. Tak kan nak duduk terperap kat katil je kan? Kalau boleh bangun berjalan tu, buat laa sikit aktiviti ‘melawat kawasan’ kat keliling hospital tu. Kalau ada ruang tempat permainan kanak kanak, bawa anak kesitu untuk bermain kejap. Tapi tanya dulu lah kat doktor atau nurse sebelum keluar merayap tu. Kot kot memang kena kuarantin tak boleh keluar, atau kalau keluar tu akan jadi lagi melarat sakitnya…baik tak payah lah.
Hmm tu je kot yang Mama selalu buat untuk isi masa lapang di hospital. Kalau korang, selalu buat apa bila kena duduk wad?
10,132 total views, 2 views today
Alhamdulillah dah discaj. 🙂
Hmm, saya mmg suka surf internet and layan tgk movie laa kalau warded sorang2. Kalau boleh jalan2, jalan2 amik angin sekeliling. 🙂
Kalau time anak sakit, time diaorg kecik dulu, melayan pesakit ja laa. Pesakit tdo, mama pun tdo. Hehehe
Sama laa kita hehe
kalau jaga orang sakit boleh, kalau masa lepas bersalin duk hospital tengok anak jela..tak sempat tgk telefon
nadia johari recently posted…REAKSI ANAK MELIHAT HAIWAN DI KL TOWER MINI ZOO KUALA LUMPUR
Yup betul gak tu, jaga baby tak sempat nak buat benda lain.
masa saya admit, asyik tidur je. hahaha. lali ubat kot..
YB Shehan recently posted…SUKANYA HANNAH MENARI DI ROCKSTAR GYM!!
Mungkin jugak tu, ada ubat yg kesan mengantuk sangat
Alhamdulillah dah sihat… Pandai mamanyaa manfaatkan masa 😄
Alhamdulillah 🙂
Kalau saya – baca majalah or novel. hehe
Ok laa tu, ada gak aktiviti