Salam dears… Mama dah beberapa hari tak sihat. Dari minggu lepas lagi sebenarnya ‘on off’ demam, pastu batuk dan semput. Dah ambil ubat semua, tapi semput makin menjadi jadi. Dan akhirnya…semalam terpaksa juga masuk wad huhuhu. Doktor kata ada jangkitan kuman kat paru paru, tu yang jadi semput teruk. Sampai nak bercakap pun susah. Alhamdulilah hari ni dah makin ok.
Dan…hari ni Mama dapat ‘teman sebilik’…si Faris pula masuk wad! Dia pun batuk dan semput gak. So duduk laa kami dua beranak kat wad ni haa. Nasib baik lah dapat mintak pindah kongsi satu bilik, senang sikit nak urus. Semalam bilik semua penuh, Mama duduk bilik yang 6 katil, agak tak selesa lah kalau ada budak kecik ni sekali, dia bukannya reti duduk diam hehe. Ni kami berdua ja dalam bilik yang 2 katil, Alhamdulillah selesa 😃
Nasib Baik Ada Insurans Perubatan
Syukur sangat Mama bekerja dengan syarikat yang sediakan insurans perubatan, dapat laa duduk hospital swasta. Bukannya hospital kerajaan tak bagus, tapi hospital swasta yang kitorang masuk ni paling dekat dengan rumah. Senang untuk Ayah nak berulang alik ke sini sambil uruskan si Fahmi dan Fauzi. Pendek kata, senang daripada pelbagai segi lah.
Hmm dah lama Mama dok berkira kira nak ambil insuran perubatan untuk famili kitorang. Walaupun dah ada insurans dari syarikat, tapi rasa lebih terjamin kalau ada insurans sendiri. Maklumlah syarikat boleh ubah polisi dan kelayakan pekerja pada bila bila masa je kan?
Tahun lepas Mama dah ambil insurans Takaful Saver (perlindungan insuran + pendidikan) untuk si kembar. Mungkin boleh ‘top-up’ sikit premium untuk dapatkan perlindungan perubatan gak kot. Nak kena tanya si Wan Mohd Zulqhairi atau nama manjanya Que, ajen yang Mama guna tu lah. Kalau korang pun nak survey gak boleh je tanya dia juga, InsyaAllah dia layan ok. No. tel dia 013-519 0233.
Yang Mama paling suka berurusan dengan dia ialah dia penyabar, tanya laa berpuluh kali pun dia releks je melayan. Dan dia jenis yang tak memaksa, dia bagi cadangan pastu biar je Mama pilih plan ikut bajet. Kalau agen insuran yang jenis memaksa maksa tu, huishhh Mama alergik sikit…100 km aii melarikan diri kot hahahaha 😉
Hmm nak kena terus amalkan Minyak Herba Asmak lah setiap hari camni. Mama baca ramai yang kata ianya penawar asma, tak salah usaha guna kan? Ohh yaa…doakan moga Ayah, Fahmi dan Fauzi akan terus sihat ye. Jangan laa sampai satu famili terus masuk wad hehehe
Pssttt…jom baca tentang cara merawat penyakit kulit pada bayi.
8,709 total views, 1 views today
semoga cepat sembuh =)
Amin… TQ 😃
Faris jaga mama…mama jaga Faris..sama2 saling menjaga…moga mama dan Faris cepat sihat ya…
Amin… TQ PC 😃
Semoga mama dan Faris lekas sembuh.. banyakkanberehat..
anuar recently posted…Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Amin. Terima kasih 🙂
Semoga cepat sembuh kak nani dan keluarga !
🙂
Thank you Ubai 🙂
get well soon utk ibu & anak…
betoi tu…better ada insurans yg cover semua…zaman sekarang ni semua kena bersedia
ieda recently posted…KUIH KERIA ANTARABANGSA MELAKA
Thank u Ieda. Yup, kalau tak ada insuran, mengagau juga nak cari duit bayar kos hospital swasta bukannya murah huhu.
awareness itu la saya pun baru beli utk my son, medical + insurance + education. takut case yang tiba tiba kena admit ni lah.
Yup sekurang kurangnya tak lah perit nak keluarkan duit banyak sekaligus kalau kena admit
Dugaan sungguh bila anak beranak warded. Moga akak dengan Faris dah makin sihat 🙂 Insurans memang penting tambah pulak bila waktu tak diduga macam ni
Inani Hazwani recently posted…Dapatkan Promosi Percutian Hujung Tahun di Traveloka!
Tu laa…sakit kita tak jangka bila akan kena, jadi elok lah ada persediaan