Salam dears… “Penuh rambut awak dalam vakum ni!”. “Apa banyak sangat rambut kat lantai ni?”. Haaa itulah antara rungutan yang selalu sangat keluar dari mulut Ayah. Dia pantang betul kalau pijak lantai ada rambut! Selalunya Mama buat buat tak dengar je Ayah membebel tu. Tapi sebenarnya Mama pun rimas dan risau memikirkan kenapa laa banyak sangat rambut gugur ni? Risau kang tetiba botak pula!
Lebih kurang macam ni lah setiap kali Mama sikat rambut, kadang kadang lebih banyak lagi tau (pinjam pic dari Google je, rambut sendiri tak leh tunjuk kan hehe). Selain daripada rambut gugur, masalah Mama ialah kelemumur dan kulit kepala berkeruping. Selalu rasa gatal gatal, terutama sekali lepas dah seharian bertudung sampaikan kadang kadang tu Mama terpikir “aku ni ada kutu ke?”. Hoihhh stress tau!
Dah banyak kali Mama cuba tukar shampoo bermacam jenama. Tapi tak ada satu pun yang dapat selesaikan masalah Mama. Nasib baik lah baru baru ni terbaca blog Saidila pasal shampoo Tyzara. Selain daripada masalah rambut gugur dan anti-kelemumur, shampoo ni juga sesuai untuk rambut yang terlalu berminyak atau kering, memulihkan kulit kepala dan menguatkan akar rambut. Terus Mama cuba guna Tyzara dan hasilnya, Mama puas hati, yayyy!
Shampoo Tyzara penyelesaian untuk masalah rambut gugur
Rawat Rambut Gugur Dengan Shampoo Tyzara
Kali pertama Mama guna shampoo Tyzara ni Mama hairan juga, kenapa macam tak ada buih pun? Aku letak sikit sangat ke ni? Tapi lepas tu teringat yang Saidila ada kata shampoo berubat memang kurang buih, jadi Mama teruskan guna setiap hari. Kalau ikut arahan kat botol, dicadangkan guna dua kali sehari. Tapi aii is pemalas nak basuh rambut pagi pagi sebab kang kelam kabut nak keringkan rambut sebelum pergi kerja semua kan, so Mama basuh rambut setiap malam saja. Tapi Alhamdulillah dah ada hasil yang positif, yayyy! 🙂
Tengok warna biru mesti terbayang sejuk kan? Iyaa memang pun bila lumur shampoo Tyzara ni kat kepala terasa sejuk dan nyaman je. Bau pun best, lembut harum bunga gitu. Sebab salah satu kandungan Tyzara ialah Trifolium Pretense iaitu ekstrak daripada bunga Clover, sejenis bunga yang fungsinya ialah untuk menguatkan akar rambut. Jadi rambut tak mudah putus dan tak mudah gugur.
Gosok gosok sampai berbuih sikit lepas tu sapukan kat rambut dan urut urut urut kulit kepala juga. Fuhhh sejuk nyaman je rasa tau.
Untuk masalah rambut gugur yang agak ketara atau kronik macam Mama ni, sekali sikat tu segenggam rambut gugur, seeloknya seminggu sekali guna Tyzara macam tonik rambut juga. Caranya masa rambut kering, tuang sikit shampoo Tyzara dan urut urut kat kulit kepala. Pastu balut laa kepala dengan towel ke kain apa ke, tapi Mama pakai shower cap je pastu tidur. Esok pagi cuci sampai bersih. Buat macam ni untuk kuatkan akar rambut. Bila akar dah kuat, rambut pun kurang lah gugur kan?
Haa lagi satu istimewanya Tyzara ialah rasa sejuk dan nyaman shampoo ni boleh membantu merawat migrain juga katanya. Caranya ialah bila rasa sakit kepala tu, lumur dan urut urutkan Tyzara di kulit kepala dan tidur. Boleh laa cuba kalau kena migrain nanti kan.
Kesan Selepas Menggunakan Shampoo Tyzara
Setelah menggunakan shampoo Tyzara Mama perasan rambut gugur memang dah berkurangan sangat lah. Kalau dulu sekali sikat segenggam rambut dalam tangan, sekarang ni hanya beberapa helai saja. Kalau sikat rambut masa rambut basah pun, senang je tak lah tersangkut sangkut kat sikat tu sampai terputus rambut. Ehh tak tahu laa macam mana nak terangkan, tapi korang faham lah kot? Hehehe.
Selain daripada tu, gatal gatal dan keruping kat kulit kepala dah mula hilang. Kelemumur pun dah bye bye! Hehehe. Serius legaaa sangat bila pakai tudung rasa selesa je. Pastu rambut semakin mudah diurus, tak kusut macam dulu. Rambut lembut ja walaupun tak pakai conditioner. Best! Best!
Alhamdulillah Mama memang puas hati lah dengan Tyzara. Harap harap dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, akan hilang terus semua masalah rambut Mama ni. Bila rambut tak ada masalah, baru lah best nak simpan rambut panjang dan keyakinan diri pun bertambah. Tak lah rasa malu nak buka tudung depan kawan kawan kat surau tu ke kan? Hehehe.
Mama dah jumpa shampoo terbaik untuk masalah rambut Mama, korang pula macam mana? 😉
Ohh yaa kalau korang nak cuba Tyzara, boleh Whatsapp Kod Promo “TZ MK3” ke 0192944799 untuk dapatkan diskaun. Tengah ada diskaun ni laa elok cuba kan, kan? Dah…pergi contact nombor tu, tanya je apa korang nak tahu tentang Tyzara ni, InsyaAllah yang jawab tu tak makan orang punya hehehe 😉
Maklumat lanjut:
Website : www.tyzara.com
6,847 total views, 2 views today
menarik juga produk nih..
Cuba laa, best 🙂
best sangat produk ni..kita suka..hehee
nadia johari recently posted…5 KELEBIHAN SUAMI ISTERI TIDUR BERPELUKAN SETIAP HARI
memang best shampoo ni..sejuk je bila pakai
nadia johari recently posted…5 KELEBIHAN SUAMI ISTERI TIDUR BERPELUKAN SETIAP HARI
Yup rasa sedap ke kulit kepala
Mcm best je mama….bape harga ni? Rambut kita pun klu kumpul2 dah bole buat penyapu…hahhahaha
Whatsapp ke no tel kat atas tu ye, ada harga promo sekarang
masalah bonde adalah rambut gugur… teruja pula rasa nak cuba
Bonde Zaidallifah recently posted…CARA-CARA NAK DAFTAR SEBAGAI PEMANDU GRABCAR
Try laa, mana tau berkesan untuk Bonde juga
Bagus tyzara ni boleh kurang rambut gugur
JULIA JOHARI recently posted…Jom teroka hutan batu dan Hotel in Kuala Lumpur !
Alhamdulillah 🙂
Inshaallah boleh cuba. Tiba-tiba je rambut makin gugur sekarang
Ana recently posted…Hello world!