Salam dears… “Nak tidur dalam kontena?!” terbeliak biji mata Ayah masa Mama bagitau nak booking bilik kat Homestay Kontena Melaka. “Tak sempit ke? Tak bising ke? Kita anak ramai ni…”. Hmm Mama terfikir gak bab tu, tapi disebabkan teringin sangat nak merasa tidur dalam kontena, Mama buat pekak je dengar Ayah dok ngomel itu ini. Aii nak pergi jugak jugak! Sanggup booking dari bulan Ogos lagi dan hujung minggu lepas baru dapat pergi tau, yayyy!
Dan…Mama gembira telah ambil tindakan yang betul! Sebabnya sebaik saja sampai kat sana, Ayah yang teruja sakan dok snap gambar pastu Whatsapp kat kawan kawan dan famili dia. Mengalahkan blogger je gayanya buat ‘live update’ gitu hahaha. Si kembar ni pula tak payah cakap lah, nampak je kolam terus jerit “nak mandi kolam!”.
Homestay Kontena Melaka Cantik dan Selesa
Ada empat buah kontena yang telah diubahsuai jadi macam bilik hotel di Homestay Kontena Melaka ni, siap dengan tandas dan bilik air dalam kontena tu tau. Deko memang lawa lah, moden, ringkas dan kemas. Dan yang penting, bersih! Meh nak tayang pics banyak banyak meh…
Serius cantikkk! Mama suka warnanya yang ceria
Masa kitorang sampai tu, cuaca elok…langit cerah dan angin bertiup sepoi sepoi bahasa.
Ada dua tingkat. Kitorang dapat bilik tingkat bawah kat hujung sana tu.
Tangga bahagian depan ni agak curam, kalau bawa anak hati hati ye
Nak bawa beg naik atas elok guna tangga kat belakang ni. tak curam.
Tingkat atas
Bilik yang cantik dan selesa! Ada katil saiz queen, sofa bed dan penghawa dingin (aircond).
Ada TV flat screen dan Astro. Peti ais je tak ada. Tapi ok je sebab kalau nak minum air kosong sejuk, kat tingkat atas ada water dispenser.
Bilik air selesa dan bersih. Lengkap dengan water heater
Ada sofa bed, tak perlu nak bawa toto
Sejadah dan senaskah Yassin pun ada
Telekung pun disediakan
Haaa cantik kan, kan? Serius macam tak percaya je itu adalah kontena. Bak kata Ayah, memang hebat betul owner ni ubahsuai dari kontena buruk sampai jadi secantik tu, terbaik lah!
Pelbagai Kemudahan di Homestay Kontena Melaka
Ada pelbagai kemudahan kat sini sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga dan bawa anak anak. Paling menarik di homestay ni tentulah kolam renang. Air nya tak tinggi sangat, sekerat pinggang si kembar ni je jadi sesuai untuk kanak kanak.
Budak b udak kalau dah terjun swimming pool, memang enjoy sakan lah
Bapak budak pun enjoy juga hahaha
Yup, opkos Mama pun terjun juga. Rugi laa wehh kalau tak join sekali kan? hehe
Ada macam air terjun sikit, best duduk bawah air tu
Seronok tengok anak anak happy 🙂
Pelampung ni semua boleh guna secara percuma je. Tapi kalau korang ada pelampung sendiri, bawa je lah tak perlu nak berebut ngan budak budak lain kan.
Kat sebelah kolam ada buaian dan mini-slide
Sambil anak anak dok enjoy mandi kolam, mak pak makcik pakcik atuk nenek boleh melepak borak borak kat buai ni. Kalau ada buah pelam, pakat dok menyicah bawah pokok pun best juga. Ehh mana datang buah pelam plak dah? Hahaha angan angan je ni hehe. Malam malam boleh buat barbecue. Kemudahan barbecue dah ada kat sini, cuma bawa makanan sendiri je.
Nak terjun kolam malam malam pun boleh. Cuma owner nya pesan jangan bising ja, kang ganggu orang lain nak tidur.
Haaa kalau tak nak mandi kolam, boleh juga berbasikal sebab owner dah sediakan beberapa buah basikal untuk pengunjung guna secara percuma. Ada untuk kanak kanak dan juga orang dewasa. Boleh lah naik basikal tu ronda keliling kampung, atau setakat dalam kawasan laman homestay ni pun dah cukup luas dah untuk budak budak.
Pelanggan homestay ni boleh menggunakan basikal ni secara percuma
Si kembar ni bangun pagi dengan tak mandi terus main basikal dulu hehe
Kat tingkat atas ada ruang santai juga. Nak main carrom ke lepak borak borak kat sini sesuai ni.
Kat situ juga ada water dispenser dan seterika
Kat sebelah bilik bawah pun ada tempat lepak santai juga
Kawasan Luas dan Suasana Kampung Yang Tenang
Mama suka sangat suasana kampung kat sini – tenang, luas dan bebas. Menjadikan satu pengalaman yang unik dan berbeza daripada menginap kat hotel biasa. Buka pintu je nampak kolam dan pokok pokok hijau. Dan boleh dengar bunyi air pancut dari kolam tu, rasa macam duduk tepi sungai pun ada.
Ohh yaa Homestay Kontena Melaka ni dalam kawasan berpagar (gated area) dan ada lagi satu studio homestay kat dalam kawasan ni. Owner yang sama punya juga. Jadi kalau nak datang ramai ramai dengan famili atau kawan kawan berkumpul kat sini pun sesuai.
Kawasan luas, seronok budak budak bebas lari sana sini. Kat belakang homestay kontena tu pula adalah rumah owner, jadi kalau ada apa apa senang je nak cari ownernya
Pintu masuk ke Homestay Kontena Melaka ni ada pagar automatik dan pelanggan diberi kunci pagar tu. Ni Mama buka pintu sebab nak keluar ambil gambar. Biasa la Mamarazzi kan, kalau boleh setiap sudut nak ambil gambar hehe
Ada 2 unit Homestay Studio, kalau famili besar boleh menginap disini
Berdekatan Kedai Makan
Bab makan minum ni lagi satu benda best kat sini, sebab kedai makan dekat je. Keluar belok ke kiri ada satu restoran, jalan kaki pun boleh sampai dah. Kalau malas nak keluar boleh telefon order dan diorang akan hantar ke homestay, macam room service kat hotel pula. Tapi malam tu kitorang keluar pergi makan kat restoran tu sebab lepas makan nak ronda ronda bandar Melaka. Makanan kat situ sedap juga, harga pun tak mahal.
Hmm overall kitorang memang puas hati sangat menginap kat Homestay Kontena Melaka ni. Harga berpatutan, tempat cantik, selesa, bersih dan ownernya pun mesra. Senang nak berurusan. InsyaAllah tahun depan kitorang rancang nak pergi lagi. Budak budak ni dah ajak dah ni.
Kalau ada rezeki lebih, nak duduk 3 hari 2 malam pula. Biar si kembar ni puas berkubang mandi kolam dan boleh luangkan lebih banyak masa ronda ronda Melaka. Banyak lagi tempat menarik kat sana yang kitorang belum jelajah lagi ni. Okeh…mari menabung dari sekarang! Tahun depan nak tidur dalam kontena lagi ni hehe 😉
Maklumat lanjut:
Website: Homestay Kontena Melaka
Facebook: Homestay Kontena Melaka
Instagram: homestaykontenamelaka
Telefon: 0133627077
Antara kemudahan yang terdapat di dalam setiap unit Homestay Kontena :
1. Katil Queen
2. Sofa Bed
3. Toilet & Water Heater
4. Aircond
5. TV
6. DVD Player
7. Astro Beyond
8. Wifi
28,327 total views, 6 views today
Cantik jugakk ya. Mujur ada ekon.. duk byg dlm kontena ni panas hehehe
Shiqeen sattar recently posted…Jawatan Kosong 2016 Dan Temuduga Terbuka 2016
Tak terasa langsung panas SS, pastu petang petang angin syiok jaa kat situ
menariknya hotel kontena ni
Memang menarik & kreatif
Ada tgk di fb..pemiliknya bumioutra yang hebat jugak. Terinspirasi dengan mereka yang berani dan bijak ini.
umminani recently posted…Pengedar Shaklee di Kuantan
Yup owner muda lagi, pakar hartanah & rumah lelong. Memang respek!
rumah sebelah tu owner dia ker? kira ada baper bilik in total?
azni recently posted…Suramnya Akademi Fantasia 2016
Yg kat belakang tu rumah owner. Total bilik kontena ada 4, pastu ada studio homestay 1
Menarik sgt ni. Tringin nak pegi gak. Kakak, jom plan go together next year. Sure havoc! #rushingoffkeIGhomestaykontenamelaka 😉
Dalila recently posted…Pengedar Shaklee di Kuantan
Menarik sgt ni. Tringin nak pi. Kakak, jom plan go together soon. Hehehe… sure havoc nnt! 😉
#rushingoffkeIGhomestaykontenamelaka
Siap hastag dah hahahahha
mmg full utilities ek kat sini,
semua ada,
dh mcm duk umah dah.
boleh dh book homestay ni.
Lagi lawa drpd umah Mama ada lah haha
memang menarik!
tq nani share info, nanti pi melaka memang akan pilih homestay ni! byk betul kemudahan dia, selesa dan tak crowded sangat!
mas saari recently posted…Hari Sukan Negara KKM 2016
Yup tak crowded tu yg best
Panas tak kalau tgh hari ? Sbb dr kontena…mana tau panas ke
Lisa recently posted…iPhone Jatuh Dalam Jamban !
Tak panas lisa, dlm kontena aircond sejuk elok
Memang cantik sgt hotel kontena ni…nak pi 😉
Juju hotel hunter wajib pi ni, Qaiser mesti suka
Bestnya kak….
Allene recently posted…Punca anak demam campak dan Chicken Pox
Memang best!
menarik la rumah kontena camni, berbaloi
raihanah recently posted…Pengedar Terbaik Shaklee Bagi Kawasan Gombak, Batu Caves, Hulu Kelang
Yup mmg berbaloi & puas hati
wow kak. memang complete betul. nak kena bookmark tempat ni.. tq info
YB Shehan recently posted…“TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!
Bookmark Shehan, puas hati dok sini
Actually mmg teringin nak dok kat kontena, some places harga agak tinggi. Yg ni reasonable dan kemudahan yg ada, eventhough small thing tapi convenient. Spt water dispenser, pelampung, sejadah… Yg paling cute ‘telefon order’ service! Mmg kena check out this place next holiday!
Yes all the small things but really matters, telekung & sejadah tu memudahkan Muslim guests
salam..
memang menarik..
tapi kalo yaya ni mmg xssuai la p dgn fmly semua..besau2..huhu
Wsalam. Kalau famili besar boleh sewa yg homestay studio tu gak
bestnya..lagi2 swimming pool dia..dalam kontena tu pun cantik dalam dia
Best Nad, kalau bawa Fariza mesti dis syok main air tu
Shafie Bustad aka Pai2020 punya homestay ni… memang best..
anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Yup betul betul, Shafie yg punya homestay ni
Ha ini nak baca, tgk kat fb je smalam.. menarik..
yanieyusuf recently posted…Warung Mee Jawa Sungai Lembing Memukau Pelanggan
Yanie ajak hubby pi yanie, pastu leh jln jln melaka
menarik eh tmpt nii…dlm x npk cm duk dlm kontena..hihi..siap ade kolam lg
nurul fatin adiana recently posted…Cara Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat
Kannn… tak sangka itu kontena kan
salam mama kembar 3.. wah menariknya tempat ni. bagus jgak entry ni sebab memang tengah mencari homestay area melaka..tQ for the info..
Wsalam & welcome 🙂
Bestnyaa, lagi best daripada kat Johor punyaa….
takde kolam renang….cuma dekat dengan Jusco jelaa, haha~
ni yg kt Johor
http://nonasani.blogspot.my/2016/02/oh-bangkok-village-ada-di-malaysiaaa.html
nona recently posted…MOVIE BARU : ALIF DALAM 7 DIMENSI
Kolam renang ni plus point bila bawa anak anak ni
Sangat cantik dan berwarna warni.. meriah.. kat muar pun ada juga.
Yup cantik 🙂
Mama.. Nk tanye homestay kontena ni kt kawasan mane yer.. Macam mane nk bookingf
Area Bukit Katil, berdekatan Rumah Melaka. Waze homestay kontena melaka, InsyaAllah jumpa. Utk booking boleh contact tel no 013 3627077
boleh tahu nombor owner
Boleh call atau whatsapp no tel 0133627077
Assalamualaikum, mama yg rumah kat luar pakai tu homestay kontena punya jugak ke.
Wsalam. Yg dalam pagar tu under owner homestay ni
1 malam berape tu??
Bilik kontena yang Mama duduk tu weekend RM180, weekdays RM150. Tapi better you tengok kat isntagram diorang kot kot ada harga promosi https://www.instagram.com/homestaykontenamelaka/
mcm homestay shafiee ke bukan?
Yup betul