Salam dears… Semalam kitorang sekeluarga keluar jalan jalan. Dah cuti panjang ni nak duduk rumah saja boring plak kan? So bawa lah si kembar tiga pergi tengok wayang. Lepas tu saja laa jalan jalan pusing dalam shopping mall tu. Kebetulan lalu depan satu spa ni, Mama pun sebutlah teringinnya nak pergi spa, nak urut urut badan.
Dengar je tu, terus si Faris kata “takpa Mama, Mama tak payah pergi spa sebab Mama dah ada kembar tiga”. Huhh? Mama tak paham, kenapa tak payah pergi spa? Apa plak kaitan dengan ada kembar tiga? Nak tahu si Faris jawab apa?…
–
–
–
–
–
–
–
–
–
“Sebab kita kembar tiga boleh tolong urut Mama, jadi Mama tak payah lah pergi spa”.
Ohh so sweet kan? Serius melting Mama tau 😍
😍. Kalau masa tu diorang minta aiskrim, konpem dapat! Hahaha. Mama rasa kan, dalam tiga beradik ni, si Faris memang mulut manis sikit. Sweet talker gitu. Ada je ayat ayat dia yang boleh buat kita lembut hati. Hmm harap harap sampai dah besar nanti pun sayang Mama macam ni tau.
Haaa malam semalam Mama pun tuntutlah janji janji manismu nak mengurut Mama tu. Memang laa diorang bergilir gilir urut Mama, tapi masing masing urut macam ‘touch & go’ dan ‘drive-thru’ saja. Datang…urut tiga minit, pastu dah…tukar orang plak! Pastu Mama ni kena jerit jerit panggil “next…next!”. Macam kena paksa je masing masing hahaha. Tapi jadilah…asalkan janji ditepati kan? Hahaha
Tukang urut saya 😉
6,532 total views, 2 views today
seronoknya dapat anak kembar 3. mesti perangai lain2 kan… hehe
Alhamdulillah. Yup, masing masing ada karakter tersendiri
pasti seronok melihat teletah si kembar 3.
tumis2 recently posted…Semakan Keputusan MUET sesi Julai 2016 online
Alhamdulillah, ada diorang ceria hidup
mesti best kena urut ni
nadia johari recently posted…MAKANAN YANG DITERIMA TIDAK SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR
Best wooo.. cuma jenuh kena panggil ikut giliran ja hahaha
hehe untung la ada tukang urut personal
Uncle Zuan recently posted…Feeling Duduk Kat Kampung Di Chalet Riverside Janda Baik
Hehehe Alhamdulillah 🙂
Suuuuwitt sgt!!!
Kannn hehe