Salam dears…. Minggu lepas si kembar bagitau diorang ada Ceriathon kat sekolah. Tiap hari dok ulang cakap nak masuk rumah misteri lah, nak main kereta kayu lah apa lah. Katanya Ceriathon hari Rabu lepas. Jadi Mama pun bagilah RM10 seorang untuk main empat jenis permainan. Tapi rupa rupanya Ceriathon tu bukan Rabu lepas, tapi Rabu minggu ni…hari ni. Dan…duit si Faris dan Fauzi dah pun hilang! Si Fahmi je yang ada duit lagi.
Bila ditanya macam mana hilang, jawapannya “ntah lah kita pun tak tahu, tadi ada…sekarang dah tak ada”. Adoiii laa anak, senang je jawapannya kan? Opkos laa Mama marah, RM20 tu bukannya sikit! Memang kena ceramah laa dak tecik dua orang tu. Dan Mama kata disebabkan duit dah hilang, Mama tak nak bagi duit lagi dah. Tak payah main Ceriathon! Korang melangut je lah tengok si Fahmi dan kawan kawan lain main! Denda laa kununnya ni.
Bila dengar tu, si Fauzi muka sedih ja. Sambil bela diri…bukan Fauzi bagi hilang…Fauzi tak tahu macam mana boleh hilang bla bla bla. Si Faris lain plak, dia pasrah je terima hukuman. Sebab dia tahu salah kan, siapa suruh tak jaga barang elok elok. Dia siap membebel bebel kat Fahmi bagitau yang “Faris tak boleh masuk rumah misteri, sebab Faris dah bagi hilang duit. Fahmi jangan ajak Faris tau, Faris kena denda ni!”. Bila dengar dia bebel tu, nak gelak ada…rasa kesian pun ada juga.
Hmm hati mak mak ni kan…keras macam mana pun, bila sampai bab anak anak, mesti tak boleh nak marah lama lama. Bila membayangkan budak budak lain happy enjoy main kat Ceriathon hari ni, sedangkan Faris dan Fauzi setakat dapat tengok je…ishhh Mama memang tak sampai hati lah! Sian anak anak aii nanti, balik cerita pasal kawan kawan main itu ini, tapi diri sendiri tak dapat merasa. Ehh aii cannot lah huhu
Bila tengok muka encem ni, cair hati aii hehe
Sudahnya pagi tadi Mama bagi juga duit kat Faris dan Fauzi. Tapi…bagi RM5 ringgit je seorang supaya diorang masih boleh merasa main kat Ceriathon tu. Kalau RM10 hari tu tak hilang, dapat main semua permainan. Tapi sebab dah hilang, haa pandai pandai laa pilih nak main apa sebab ada RM5 ja.
Sebenarnya tak sampai hati gak ni memikirkan kesian diorang tak dapat merasa semua permainan. Tapi terpaksa, sebab Mama rasa diorang patut kena denda, masih kena ada hukuman gitu. Supaya diorang ingat, lain kali kena jaga barang elok elok. Tapi lega sikit hati mak ni, tak lah rasa macam kejam sangat kat anak anak hehehe
Untuk si Fahmi plak, Mama bagi lagi tambahan RM5 sebagai ganjaran sebab dia tak hilangkan duit. Tapi RM5 tu masuk tabung terus. Dan masa bagi duit ganjaran tu Mama saja je cakap kuat kuat dan tayang kat Faris Fauzi…”haa tengok ni, Fahmi dapat duit lagi sebab dia pandai jaga barang, Faris Fauzi plak dapat duit sikit je, rugi tak korang?”. Terkebil kebil laa dak tecik dua orang tu tengok Fahmi dengan bangga dan gumbiranya pergi simpan duit sambil dok cakap “duit Fahmi banyak..Fahmi kaya!” Hahahaha
Ishh susah juga jadi mak mak berhati tisu ni kan? Nak denda, tapi tak sanggup nak menafikan terus anak anak dari merasai keseronokan alam kanak kanak gitu hehe. Tapi harap harap diorang faham dan ingatlah pengajarannya, kena jaga elok elok duit dan barang sendiri. Kalau buat salah mesti kena denda, kalau ikut cakap dapat ganjaran. Dan orang yang lalai akan rugi! Ehh gitu ke? Hmm jangan diorang ingat bab Mama diorang ni hati tisu sudahlah hahaha
6,972 total views, 1 views today
salam..
haiii la maamaa..hehe
kalo yaya pon xsure nti..mesti bhati tisu jgk..
huuuu
Kemungkinan tu ada hehehe
Alahai… Kesiannya dekat Faris dan Fauzi… Kena denda yer… Takperlah… Semoga dapat jadikan sebagai pengajaran…
Anuar recently posted…Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam #MYCYBERSALE
InsyaAllah moga diorang ingat
Salam, lama betul akak tak menjengah ke sini… ni baru ada masa cket…cket ajer tau … sempat lah blogwalking …mmg rindu zaman dolu nak blogwalking …
dah besar dah dak tecik 3 orang nih … encem-encem semua …
kita sebagai mak mmg kadang-kadang kena buat keras hati … demi kebaikan anak kan …nak bagi pengajaran agar di masa hadapan mereka akan ingat …betul lah tindakan mama kembar tiga tuh …hehehe
InsyaaAllah sehingga berjumpa lagi …
Kak Nurazzah8
Nurazzah8 recently posted…Kebersihan
Wsalam kak, terima kasih singgah 🙂
Haha, betul betul..mama hati tisuu, xpe xpe..jangan kejam sgt, jgn tisu sangat..xoxo gituuu
Tu laa kan hehehe
selalu part denda2 ni bapak..hehe..mak memang hati tisu..tapi kalau mak kita dulu takde hati tisu..hahaa
Mak dulu hati sado hehehe
Sama la kita..dah sebakul membebal lepas tu mesti cair dengan muka sedih anak..Saya dua orang je..Ni kalau 3 memang berganda sedihnya..heheh
diana recently posted…JUBAH 2 WARNA DENGAN HARGA MURAH DI DIVALOVA FASHION UNTUK KONTEST SELFIE OPPO F1s
Tak sampai hati kan… mak mak camni lah hehehe