Salam dears… Masa dok jalan jalan petang semalam, kebetulan kitorang lalu dekat kawasan Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Bila nampak je ada taman permainan, si kembar ni apa lagi…tergedik gedik lah ajak singgah. Nasib baik laa masa tu sakit kepala Mama dah kurang lepas pakai FreshCare, jadi dapatlah tunaikan permintaan anak anak nak beriadah di Taman Tasik Permaisuri tu.
Kitorang pergi dalam pukul 5.30 petang camtu. Masa mula mula sampai tu Mama hairan juga tengok kenapa ramainya orang kat sana. Tapi lepas dah nampak macam macam permainan yang ada, hmm patutlah ramai mak bapak yang bawa anak anak bermain kat taman permainan tu. Si kembar ni memang puaslah lari kesana kemari, panjat sana sini sampai berpeluh sakan lah masing masing hehe. Meh tengok gambar je lah ye…
Kawasan yang luas dan banyak tempat untuk duduk lepak
Malangnya ada juga gelongsor yang rosak. Jadi kena berhati hati tak boleh biar anak main tanpa dipantau ye. Hmm sayangkan, tempat dah elok tapi ada yang tak berapa terjaga. Harap harap cepat laa repair sebelum ada budak yang cedera.
Haa kalau kesana, sila bawa duit juga lah ye. Sebab ada macam macam benda yang dijual. Kat kawasan parking tu berderet gerai jual makanan dan minuman. Pastu kat taman permainan pula ada jual aiskrim goyang, belon sabun, sewa basikal, alat permainan dan baju baby bundle pun ada. So mak pak ni siap duit je lah ye kot anak anak minta nak itu ini.
Si kembar ni pun mintak gak nak naik basikal, tapi Mama Ayah buat kering ja. Risau sikit nak bagi si kembar naik basikal kat situ, takut terlanggar budak budak lain kang susah plak. Sebab ramai betul budak budak masa tu, kot ada yang tiba tiba je berlari atau terjatuh kat depan kita masa dok kayuh basikal dan tak sempat nak ngelak, ishh naya je kang.
Lagipun, dapat main kat taman permainan tu pun dah cukup menyeronokkan. Si kembar ni dah dok ajak pergi lagi dah ni. InsyaAllah kalau tak ada urusan lain, hujung minggu boleh laa bawa anak anak beriadah di Taman Tasik Permaisuri ni.
Tiga dak tecik bucuk masam, belemoih masing masing. Asyik dok berlari merata sampai mamarazzi nak snap pic pun tak sempat 🙂
Hmm nak pergi tiap tiap minggu pun ok je sebenarnya, sebab bukannya nak kena bayar pun. Bagus juga ada tempat free macam ni untuk bawa anak anak beriadah kan?
3,223 total views, 1 views today
meriahnyaaaa…seronok la kembar tu ye…hehehhhe
sue izza recently posted…6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi
Memang seronok!