Salam dears… Dalam banyak banyak filem tahun 2016 ni, filem animasi Kubo and the Two Strings ni tak termasuk langsung dalam senarai ‘must watch’ Mama. Dapat tahu tentang filem ni pun secara kebetulan je. Masa bawa si kembar jalan jalan, ternampak trailer filemnya dan si kembar minta nak tengok.
Kubo and the Two Strings (pic dari Google)
So masuk lah ke panggung sambil berharap jangan lah boring, jangan lah banyak adengan cakap cakap. Risau kang si kembar buat bising dalam tu plak. Bila filem start, skrin gelap dan kedengaran suara budak lelaki berkata “If you must blink, do it now!”. Huhh dialog tu saja dah buat Mama tertanya tanya dan berminat nak tonton apa yang akan jadi selepas itu. Ternyata filem ni berjaya menarik perhatian Mama dan si kembar!
Filem ni mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Kubo yang ada kuasa luar biasa, dan jadi buruan makcik makciknya atas arahan datuknya sendiri iaitu ‘Moon King’. Kubo tinggal bersama emaknya yang sakit, dan dialah yang menjaga emaknya. Kubo pandai bercerita sambil bermain alat musik dan ada kuasa untuk ‘menghidupkan’ patung kertas origaminya.
Bagi Mama jalan ceritanya memang menarik! Banyak mesej positif yang boleh dijadikan teladan dalam filem ni. Ada kelakar, sedih, cemas, takut dan…ehh cukup semua ‘rencah’ lah. Dan animasinya sangat cantik. Lagu latar dan rentak atau penceritaan pun tersusun elok. Ehh semua ‘perfect’ lah dimata Mama.
Suka sangat tengok adengan Kubo bercerita sambil main musik dan patung patung kertas origaminya melakonkan apa yang diceritakan oleh Kubo. Serius menarik sangat! Si kembar pun kusyuk tengok tau (pic dari Google)
Haa pastu kan, ada satu adengan tu kan, telah buat si Fauzi terus sembunyi bawah ketiak Mama! Adengan masa makcik makcik yang jahat tu terapung diudara macam lembaga hitam, sambil mendayu dayu menyeru “Kuuubooo…Kuuubooo….”. Bayangkan, dalam gelap tu ada suara dok seru kubur, maunya tak takut dak tecik tu hahaha! Mama tak takut pun, aii relek jaa…kununnyalah. Padahal meremang gak bulu roma masa tu hahaha
Makcik makcik jahat! (pic dari Google)
Hmm filem Kubo and The Two Strings ni memang berjaya buat si kembar tumpukan perhatian dari awal sampai habis! Malah Ayah pun tak tertidur masa tengok wayang kali ni tau. Yup, Ayah ni selalunya masuk panggung wayang ja mesti tertidur hehe
Mama bagi filem ni 4.5 bintang! Recommended lah untuk korang pergi tengok filem ni, sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Komen si Fahmi “cerita ni bestlah Mama, tapi sedih…sian Kubo kan Mama?”. Hmm nak tahu kenapa kesian? Korang kena lah pergi tengok sendiri yer. Mama pun rasa macam nak ulang tengok je ni haa 😉
9,196 total views, 2 views today
Macam kena pergi tengok nie….memang tak tahu pun ada cerita nie
Pi laa tengok, best!
Tak ada anak kecik ena ni, tapi nak tengok gak nanti. Suka tengok cerita kartun. Banyak pengajaran
Yup banyak mesej positif. Crita ni org dewasa pun insyaAllah enjoy tgk
Tengah dok fikir2..nak bawa anak2 tgk citer apa.
Boleh la msk dlm wishlist
NUR AZLINDA AZMAN recently posted…ZOOMOO BIG DAY AT THE PARENTHOOD PLAYLAND SUNWAY PYRAMID
Bawa laa lynda, sesuai utk budak budak
Wahh mcm best plak dgr review nih… nk g tgk gak.. mula2 ingat mcm bosan jer citer nih …
Shiqeen sattar recently posted…Pelbagai Rawatan Mampu Milik Di Canadian Rehabilitation Center
Pi laa SS, best
Hurm..nti leh bawak si kembar n kakak nye plak gi tgk ni..
Bawa la 🙂
wow tinggi juga mama bagi rating.. saya dah tengok bagi saya plak sangat membosankan tak tahula knapa mungkin time tu penat or cerita dia pakai tanah liat. haha. tengok behind the scene dia memang mengujakan dan sangat memenatkan..
Bahrain recently posted…Pengalaman Ke HalFest Karnival Terbesar Di Malaysia
mungkin sbb anak anak enjoy, so jd lebih seronok tonton masa tu 🙂
saspen pula bila baca ending review citer kubo ni. teringat hari tu, hajat nak tengok train to busan. yakin je bawa yang kecik, sebab dia dah tidur. rupanya tak boleh masuk langsung. nasib baik tgv ganti cerita lain, aliff 7 dimensi..not bad cerita ni rupaya
Eray Majid recently posted…Ini Cara Betul Pekatkan Susu Badan, Anak Pasti Tersenyum Kenyang
Tak tengok lagi train to busan, ramai kata best