Salam dears… Setelah beberapa kali bertangguh dan tunda tarikh, akhirnya…akhirnya kitorang sekeluarga dapat juga pergi main air di Port Dickson, yayyy! Mama beli voucher untuk percutian bajet di Primaland Resort Port Dickson ni dah laaamaaa dah tau, masa MITA Tourism Fair bulan Januari dulu lagi.
Fuhhh perap sampai dah nak expired lah namanya ni hehe. Tapi kan…rasa macam rugi sangat tak beli siap siap beberapa voucher sebab dua hari satu malam kat sana terlalu cepat berlalu! Tak puas rasanya bergembira dengan anak anak, berkubang tak hengat! Ehh apa yang best sangat tu kat sana? Haaa meh cerita dan tayang pics naaa…
Haruslah posing dulu sebelum masuk kan 😉
Masa Mama tengah check-in bilik, si kembar 3 ni dok kacau maskot arnab tu. Kecoh lah kat situ dengan suara diorang dok lari sana sini kejar arnab! Kesian staff yang jadi maskot tu, konpem penat lebih hari tu hahaha
Waterpark Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak
Bagi Mama lah, waterpark kat Primaland Resort ni sesuai untuk kanak-kanak macam si kembar ni. Ada dua kolam yang airnya cetek setakat pinggang si kembar je yang ada gelongsor dan tiub spiral sesuai untuk kanak-kanak.
Jom main air…yayyy!
Harga tiket masuk waterpark Primaland Resort PD. Mama terlupa nak ambil gambar, so kredit to blog My Qeera. Tapi kitorang tak bayar harga ni sebab Mama beli voucher masa MITA Fair tu cuma RM98 untuk 5 tiket (2 sesi). Jimat banyak, yayyy!
Kanak-kanak bawah 72cm boleh masuk percuma je.
Tiket yang Mama beli tu untuk 2 sesi. Memandangkan waktu check-in bilik pukul 3 petang, jadi hari Sabtu tu kitorang masuk waterpark sesi petang dan hari Ahad esoknya plak masuk sesi pagi. Hari Sabtu petang tu orang tak ramai sangat berbanding pagi Ahad. Walaupun ramai tapi tak lah sampai rasa sesak sangat sebab kolamnya luas, so ok lah masih selesa.
Kolam kanak-kanak
Syoknya ‘berenang’
Gelongsor kat sini sesuai untuk budak budak yang lagi kecil dari si kembar ni, tapi belasah je laa main gak hehe
Syok kat sini, macam air hujan je
Masa Mama kat sana, tengok mak pak budak sama naik berulang kali main kat sini. Err ekceli Ayah pun siap golek golek turun gelongsor ni hahaha. Mama je tak, sebab aii is segan, takut nampak cam dugong montel turun gelongsor hahaha
Yayyy!
Kat hujung tu ada lagi satu kolam kanak-kanak
Paling syiok kat sini ialah tong air tu, pakat dok tunggu kena simbah air. Mama pun join sama hehe
Ni kat kolam besar plak. Kat sini ada kawasan yang airnya dalam gak, tinggi setakat leher si kembar tiga. Jadi kalau bawa anak anak kecil ke sini, jangan lepas biar main sendiri tau. Walaupun anak pakai pelampung, risau gak kot pelampung tertanggal ke kan. Masa Mama pergi tu, tak nampak plak life guard, jadi Mama tak tahu lah ada ke tidak.
Kat sebelah kolam tu ada kafe. Masa Mama pergi tu ada syarikat yang buat ‘family day’, tengok diorang dok main sukaneka kat kawasan pasir depan kafe tu. Kat kolam ni boleh dengar lagu yang dipasang kat kafe, jadi rasa meriah!
Nampak gelongsor kat belah kanan tu? Haaa si kembar suka sangat dok naik turun tu. Kena panjat tangga tinggi juga nak naik ke situ, entah pakai bateri apa laa si kembar ni berpuluh kali ulang naik turun pun tak letih! Mama naik sekali je. Tu pun sebab Ayah paksa naik dengan dia. Aii is takuttt hahahaha. Mama syiok masuk duduk bawah air terjun tu ja, best!
Kat sini pun sesuai untuk kanak kanak.
Bilik Luas dan Selesa
Okeh bab bilik ni Mama puas hati sebab cukup luas untuk kitorang duduk beramai ramai…7 dewasa dan 4 kanak-kanak. Mama ambil yang ‘2 Bedroom Family Suite‘, ada dua bilik tidur, dua bilik air, pantri dan ruang tamu. Bilik / apartment ni memang luas dan selesa!
Cumanya Family Suite yang Mama dapat tu ada masalah aircond skit. Dalam bilik tidur utama, aircond sekejap sejuk sekejap tidak. Dalam bilik tidur kedua plak, sejuk sangat tapi tak boleh nak kawal suhunya. Sudahnya malam tu tidur tak pasang aircond kat bilik tu. Tapi parents Mama yang tidur kat situ kata ok je, tak panas pun sebab diorang buka pintu bilik dan pasang kipas angin kat ruang tamu, terasa angin sejuk sampai dalam bilik.
Kalau nak duduk ramai ramai, bawa toto dan bantal sendiri pastu tidur kat ruang tamu tu pun boleh ja.
Luas kan?
Bilik tidur utama ada satu queen bed
Bilik tidur utama
Bilik air dalam bilik tidur utama, pun luas.
Lagi satu bilik tidur ada dua katil bujang
Tandas ke-dua ni kat sebelah pintu masuk. Siap ada kawasan untuk letak kasut dan gantung tuala tu haa.
Kitorang dapat bilik di Blok G, boleh nampak sipi sipi je kolam. Tapi tu pun dah menyebabkan si kembar tak sabar nak turun bila jenguk luar tingkap hehe
Ruang pantri, ada peti ais kecil dan cerek elektrik. Cuma TV bilik kitorang je tak boleh nak tengok, sebab siaran dok bergegar/bergetar getar camna ntah. Tapi Mama tak kisah, sebab bukannya sempat nak tengok TV pun. Siang berkubang, malam plak keluar jalan jalan cari makan. Balik bilik untuk rehat kejap, mandi dan tidur je.
Kat bawah Blok G, ada Game Room. Si kembar dok minta nak main kat sini tapi Mama malas nak habis kan duit kat sini, so setakat keluar masuk tengok tengok je lah, tak main apa pun. Hmm bilik ni macam tak terjaga sangat, banyak game yang rosak dan kipas pun rosak. Tapi malam tu Mama tengok ramai gak budak ngan mak pak budak dok main game kat situ.
Percutian bajet di Primaland Resort Port Dickson
Haaa Mama rasa berbaloi sangat sangat beli voucher diskaun untuk percutian bajet di Primaland Resort Port Dickson semasa MITA Fair dulu tu tau. Untuk penginapan, voucher yang Mama beli berharga hanya RM148 pastu masa nak check-in kena tambah RM70 sebab surcharge hujung minggu, jadi total RM218 saja! Untuk suite dua bilik yang luas dan selesa, memang laa murah dan harga bajet, kan, kan?
Si kembar ni dah dok ajak pergi lagi ni. Hmm nampak gayanya nak kena kumpul duit dari sekarang ni, MITA Fair tahun depan nak beli lagi voucher macam ni. Rasanya masa MATTA Fair minggu ni pun mungkin ada kot. Tapi…Mama sekarang ni tak dak bajet lagi huhu. So kita tunggu tahun depan pula ye anak anak. Moga moga ada rezeki untuk kitorang kesana lagi, InsyaAllah 😉
Psstt…jom baca tentang cara merawat ekzema dan psoriasis.
30,371 total views, 2 views today
Tempat mandi manda memang tak puas punya pergi sekali jer.. nak kena pergi lagi tu..
anuar recently posted…Komisyen ke 3 Rahsia Uber
InsyaAllah nak pi lagi 🙂
Seronok la depa… sakan main air! ok gak tempat ni janji anak2 seronok!
shiqeen sattar recently posted…ZTE Axon 7 Telefon Pintar Luar Biasa Hebat
Yup, yang penting anak anak enjoy!
BLOGWALKING
BLOGWALKING
Thank u singgah sini 🙂
kitorang dah 2 kali sampai sini.. best.. pool besar
explorasa recently posted…Promosi Hari Merdeka ke 59 Tahun di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Yup pool besar jadi tak rasa sesak sgt, best!
Nmpk bestnya bercuti kat PRCC. Short trip but full of fun, kan? Untung Adam dpt ikut MakNgah. Jom plan pi sama2 bila2. 😊
Dalila recently posted…I am now a postgrad! 🙂
Dia enjoy sakan main ayaq! Tak cari pun mama ayah dia hehehe
Thanks for the info padat… kadang2 tempat water park camni crowded tak tentu pasal especially weekend.. so bila dah baca ni kena la pegi kann
Yup, recommended pergi 🙂
Mmg syiokkkk sangat pi short vacay kat situ…rasa tak puas plak mandi2 kat situ..kolam luas…mmg rasa kena repeat lah..hehhe
Jom repeat! 😃
PROMOSI HEBAT !!!!!
Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
Syarat :
1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).
2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.
3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.
4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.
5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).
☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆
JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG
SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!
saya nk tnye mase ni apartment tingkat bape?bole dpt kan no tuan apartment
Dah tak ingat tkt brapa. Beli direct dari Primaland Resort. Boleh tgk website http://www.prcc.com.my/
Salam Sejahtera, Saya Diyana.
Terima Kasih Atas Review Yang Hebat, Rasa Macam Nak Cuba Pegi Nanti.
===================================================================================
Kepakaran Kami Adalah Membantu Memudahkan Ibu Ayah Bercuti Dengan Tenang Fikiran Tanpa Memikirkan Masalah Kain Yang Menimbun Selepas/Semasa Bercuti.
Dobi Kami Menyediakan Perkhidmatan Dobi Premium Termasuk Menggosok Pakaian, Cucian Biasa Mahupun Dry Clean. Cucian Biasa Hanya Serendah RM3/kg (Siap Cuci, Kering Dan Lipat) Dan Perkhidmatan Iron Serendah RM1.50/pc. Pastikan Anda Hantar Sehari Sebelum Untuk Menikmati Harga Murah Ini.
Balik Bercuti Tanpa Memikirkan Kain Yang Menimbun. PASTI BEST Kan? 🙂
Kunjungi Kami Di Alamat Berikut:
AquaNano
No.3-G, Jalan Coral 1, Medan Coral Walk,
Batu 9 Telok Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
H/P: +60139747810 (WhatsApp/Call)
atau
Google Maps : Dobi Aquanano Port Dickson
Waze : Dobi AquaNano PD
(Sederet Rumah Terbalik)
BUKA : 8:00 PAGI – 8:00 MALAM SETIAP HARI