Salam dears… Sejak dari hari Sabtu, Mama dok sakit perut. Kejap kejap rasa memulas macam ‘cramp’ kat bahagian tengah atas perut. Nak dikatakan keracunan makanan dan cirit birit.. ada laa dok berulang ke tandas, tapi tak sekerap kalau kena cirit birit. Cuma asyik dok sakit kat perut tu lah, kejap kejap ‘cramp dan dia punya sakit pedih tu perghhh sampai tertunduk tunduk, tak boleh nak tegakkan badan lah. Memang tak lena lah tidur semalam!
Pagi tadi pergi klinik, doktor kata samada sebab gastrik atau pun batu karang hempedu. Huh? Mama ni dengar batu karang je dah ngeri! Dah laa tak pernah dengar yang hempedu pun boleh ada batu karang! Apa lagi, terus laa mengGoogle dan jumpa infor ni di portal MyHealth.
Apa itu Batu Karang Hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair.
Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Ni pula sedikit maklumat yang Mama jumpa dari blogger yang pernah mengalami batu karang hempedu ni. (Sumber: http://aizakamal.blogspot.my/2015/09/batu-hempedu-gallbladder-stones.html)
Simptom-simptom penyakit batu karang hempedu:
1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.
3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.
4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu – sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan.
Hmm buat masa ni, doktor bagi ubat gastrik dulu kat Mama. Katanya kalau dalam masa dua hari lagi tak sembuh juga, kena pergi klinik untuk dapatkan rawatan lanjut. Adehh harap harap setakat gastrik je lah, jangan laa batu karang. Ngeri sikit bunyinya kalau penyakit ada batu batu ni kan? Huhuhu…
5,673 total views, 1 views today
ishhh risau gak tu tetiba jerr… cuba try berubat cara kampung sama
shiqeen sattar recently posted…Shiqeen Sattar Berkongsi Pengalaman Di Bom
A ahh kan, nak Google cari petua lah
Assalamualaikum,
Announcement by Agro Pluz Biotech Sdn Bhd : Dr.Getox detoxification product already in the market over the past 10 years and lately there is an imitation product newly developed under the brand name of Dr jetox actively promoting in the local market. Hence, we reserved the right to proceed with legal action without any further notice. Please be aware of Chan Mar Win, he use to work in Agro Pluz Biotech but he is kicked out of Management.
Pengumuman oleh Agro Pluz Biotech Sdn Bhd: produk detoksifikasi Dr.Getox berada di pasaran sejak 10 tahun yang lalu dan kini terdapat produk tiruan yang baru dibangunkan di bawah jenama Dr jetox aktif mempromosikan di pasaran tempatan. Oleh itu, kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.
ATTENTION TO EVERYONE,
JUST A HEADS UP. DR JETOX, ONE OF COMPANY WHO`S IMITATING OUR PRODUCT SINCE 2014,
IS TRYING TO CLAIM THAT THEIR PRODUCT CAN EFFECTIVELY REMOVE BOTH GALLSTONES AND KIDNEY STONES. HOWEVER, THIS CLAIM IS FALSE AND HAS NO SUPPORTING STUDIES OR TESTIMONIES TO PROVE SUCH ASSUMPTION. FOR AWARENESS, PLEASE BE GUIDED ACCORDINGLY. THANK YOU!
OUR GALLSTONE PRODUCT IS “DR GETOX” AND IF YOUR CONCERN IS ABOUT KIDNEY STONES YOU MAY REFER TO OUR “DR GETOX NEPHROLETE”.
FOR DR GETOX FOR GALLSTONE: https://www.facebook.com/drgetoxoffical/
FOR DR GETOX NEPHROLETE FOR KIDNEY: https://www.facebook.com/drgetoxkidney/
OUR OFFICAL WEBSITE: http://WWW.DRGETOX.COM
PLEASE BE AWARE OF FAKE PRODUCTS