Salam dears… Sebelum tidur semalam, macam biasalah Mama suruh si kembar ni gosok gigi dan basuh kaki dulu. Pastu diorang minta temankan diorang minum air kat dapur. Masa tu tiba tiba si Fauzi cakap “nanti dah habis darjah enam kita tak yah masuk asrama kan?”. Ehh kenapa plak tak yah?
“Sebab kita nak duduk dengan Mama Ayah” katanya. “Oh okeh…tak yah masuk sekolah asrama. Tapi korang belajar rajin rajin, nanti boleh masuk universiti”. “Universiti kena duduk asrama ke?”. “Tak, tapi duduk hostel ke rumah sewa ke…”. “Tak balik rumah? Tak jumpa Mama Ayah?” “Hujung minggu Sabtu Ahad korang balik laa rumah, tak pun Mama Ayah pergi melawat…kita jumpa lah”.
Lepas tu…terus tiga tiga dak tecik ni meraung sakan! “Kita tak nak masuk universiti! Kita tak nak!!! Kita nak duduk dengan Mama Ayah!”. Huwaaaaa!!!
Dah pulakkk… “Ok ok korang masuk uni dekat ngan rumah je, hari hari ulang alik naik keta pergi kelas”. “Mama hantar kita hari hari?”. “Ehh Mama kerja. Korang naik kereta pergi sendiri lah”. “Tapi kita tak ada kereta!” Huwaaa nanges makin kuat!
“Nanti Mama Ayah belikan, kereta kecil..korang naik lah tiga orang, ok?”. Ingatkan cool down, tapi makin kuat plak meraungnya sambil kata “Kita tak tahu bawa kereta…macam mana kita nak balik rumah?” “Kita tak nak masuk universiti! Tak nak Mama Ayah tinggal kita!”. Huwaaaaa nangisss lagi!
Lepas tu Mama tak tahu nak kata apa dah, peluh tiak dah bila tiga budak kembar meraung secara berjemaah! huhu. Tak kan nak kata ok tak yah masuk uni? Kan kata kata tu doa kan? Adehh mati kutu gak hoihhh bila diorang menangis meraung camtu huhu.
So Mama kata ok lah nanti Mama drive hantar korang tiap tiap hari. Mana tau makbul, nanti masa diorang dah masuk uni Mama dah jadi work-at-home-mom kan? Dan mungkin masa tu Mama dah berani bawa kereta? Yup, aii is penakut nak drive. Renew lesen semata mata untuk ‘bawa lesen’ jer hahaha *malu*
Anyways, lepas tu kan si Faris tanya plak “Lepas Mama hantar kita kat universiti, Mama tunggu kita kan?”. “Huh tunggu mana?”. “Tunggu kat tepi pintu kelas”. Automatik terus Mama bantai gelak time tu, “mana ada mak pak dok tunggu tepi pintu kelas kat universiti nak oii? Hilang laa macho!” Dan…si kembar pun automatik bantai sambung nangisss. Dan Mama pun rasa nak nangis sama…aii dunno what to say already laaa huwaaa!
Sudahnya Mama paksa je lah diorang masuk tidur sambil dok nangis nangis tu. Baca Al-Fatihah semua…dan terpaksa laa tidur dengan diorang sebab si Fahmi dah peluk kuat kuat tak nak lepas. Habis rosak plan aii nak mengarang blog dan packing baju malam semalam huhu.
Haii laa anak ohh anak, tengok lasak kemain macam superheroes. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman…manja yang amat! Apa apa pun, layankan je lah kan. Nanti diorang dah besar, dah pandai bawa diri, mesti Mama rindu momen macam ni. So nikmatinya selagi boleh kan, kan?

Tiga budak manja! 😃
9,712 total views, 1 views today





comel je meraung tak nak pergi universiti. kalau cerita balik masa dah besar nanti, mesti lucu. what a sweet memories kan 🙂
Eray Majid recently posted…Vivix Rawat Kencing Manis Teruk, Pantas & Berkesan
Sbb tu rekod kat blog, nnt suh diorang baca sendiri haha
Hahaha… manja rupanya anak-anak teruna mama bertiga ni. Dia orang kecil lagi.. takper sampai masanya nanti mereka akan faham juga..
anuar recently posted…7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
InsyaAllah 😃
Anak lelaki semua, aktif dan lasak. Nampak rapat tiga beradik ni 🙂
Ikhwan recently posted…Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Alhamdulillah diorang rapat 🙂
hahaah..tergelak sesorg saya bayar..comel je ayat2 yg kelua dr mulut diaorg…bijak btoi anak2 mama
*baca
Ada je jawapan diorang kan hehe
hahahaha comel je diorang
Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm
SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH
JOM JOINNNNN…. ada hadiah ada followers.. ada komen.
http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html
comel manja hehe
Best la bace blog mama. Anak2 mama klako… Kihkihkih.. Bantai gelak bace.. Sure da besa nnt dak2 tecik ni malu ble bace balik…
kannn… biar diorang tahu betapa manjanya diorang hahahha
hahah…sabar je la..siap suruh tunggu tepi pintu..kalau gitu baik mamanya je la yang masuk U dengan anak2 semula…
diana recently posted…RESEPI CUP CAKE COKLAT PALING SENANG DAN SEDAP
dia ingat mcm hari pertama masuk tadika kot hahaha
alahai…comelnya mereka ini…hihihi
Thank u 🙂
Jenuh lah tak mau berenggang tiga2. Semoga ukhwah mereka berkekalan hingga bila-bila. Contohnya kita sendiri bila dewasa adik beradik semakin renggang. Semoga kita pelihara hubungan yg sedia ada.
InsyaAllah. Moga diorang kekal rapat sampai bila bila
seronok betul tengok mama layan anak anak 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Alhamdulillah, mcm mcm kerenah diorang buat tak boring hidup hehe
Chomel r kembar ni…
Alhamdulillah 🙂