Salam dears… Sejak balik dari Port Dickson baru baru ni, Mama masih dalam mood nak bercuti lagi. Dan salah satu tempat yang Mama teringin nak pergi ialah Johor Bharu. Sebab kitorang sekeluarga dah pernah pergi kesana, dan rasa nak pergi lagi sebab best! So Mama pun dok mengGoogle lah pasal hotel hotel yang best di Johor Bahru tu.
Daripada apa yang Mama tengok, kebanyakan hotel kat sana tak banyak beza sangat pun dengan hotel Kuala Lumpur daripada segi standard dan kelasnya. Ye laa, JB pun dah sama urban macam KL dah. Apa yang ada kat KL ni, kat JB pun ada. Bandar JB yang tengah pesat membangun tu mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara.
Hotel Yang Best di Johor Bahru
Anyways, salah satu hotel yang menarik minat Mama sebagai tempat yang best untuk menginap ialah hotel yang terletak di Jalan Dato Sulaiman iaitu the one and only Mutiara Hotel Johor Bahru. Lokasinya yang berada di tengah-tengah pusat tumpuan perniagaan, kompleks membeli-belah dan beberapa tempat menarik di bandar JB menjadikan hotel ni sangat strategik untuk sesiapa yang nak bercuti bersama keluarga atau pun yang kesana atas urusan perniagaan.
Mutiara Hotel yang best di Johor Bahru (Gambar dari Google)
Selain daripada tu, kedudukan Mutiara Hotel yang hanya 15 minit dari Tambak Johor dan 40 minit dari Senai International Airport juga menjadi salah satu faktor hotel ni selalu penuh dengan pelancong asing. Jadi kalau nak stay kat sini, eloklah book awal-awal. Nak lagi senang, skip the crowd and get the best deal at https://www.traveloka.com/en-my/!!
Kat website Traveloka ni, ada macam-macam promosi untuk hotel dan flight. Bukan untuk local je tau, diorang cover international accomodation and airways sekali. Tambah-tambah lagi sekarang ada tawaran Traveloka Great Sale – Harga hebat tanpa berbaris! Ada pelbagai diskaun untuk hotel dan flight. Cuba la usha 😉
Haa berbalik kepada cerita hotel tadi, nampak macam ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang serba lengkap dan cukup untuk membuatkan kita rasa macam kat rumah! Pelbagai jenis bilik disediakan dan boleh pilih mengikut kesesuaian dan preference masing-masing. Daripada bilik jenis deluxe (basic room) sampai laa ke bilik mewah seperti junior club suite, studio and mutiara suite dan family suite.
Luasnya bilik! (Gambar dari Google)
Ada kolam, penting ni hehe (Gambar dari Google)
Bagi yang nak anjurkan apa-apa jenis majlis, memang sesuai laa hotel ni. Tak kisah la untuk mesyuarat, seminar atau majlis perkahwinan. Dengan tempahan minimum seramai 15 orang, korang dah boleh menikmati dewan banquet yang selesa dan serba lengkap.
Tempat Menarik di Johor Bahru
Hmm dah jumpa a perfect hotel Johor Bahru, it’s time to think about what to do at Johor Bahru. Kalau nak cari pantai yang tenang dan damai untuk berehat, boleh ke Pantai Desaru. Atau kalau ‘kaki shopping’ macam Mama ni, haruslah ke Johor Premium Outlet (JPO), City Square atau Komtar JBCC.
Lagi satu, kalau dah sampai ke Johor Bahru tu mesti laa nak merasai keriangan di taman tema kan? Kitorang dah pernah pergi ke Legoland masa tahun 2014 dulu, sampai sekarang si kembar dok ajak pergi lagi. Lain kali ke JB, nak cuba usha Sanrio Hello Kitty Town kat Nusajaya juga. Kilang Bateri dan Bazar Karat pulak sesuai untuk mereka yang nak lepak dan bersantai pada waktu malam.
Si kembar dok ajak pergi ke Legoland lagi ni
Waterpark Legoland best! (sumber gambar)
Comelnya Hello Kitty! (sumber gambar)
Jalan Jalan Cari Makan di Johor Bahru
Bila dah bercerita pasal tempat penginapan dan jalan jalan, tak sah la kan kalau tak cakap pasal makanan kan? Selain daripada tempat menarik, JB juga terkenal sebagai syurga makanan. Daripada masakan tempatan sampai la ke fusion dan international cuisines, macam macam ada! Sup tulang ZZ, MS nasi beriani, seafood di Setulang Laut dan steamboat di medan steamboat Luton Van merupakan antara tempat makan mesti kena cuba kat sini. Fuhh tiba tiba rasa lapar plak ni hahaha
MS Nasi Beriani (sumber gambar)
Lontong memang popular laa kat JB kan? (sumber gambar)
Kalau pergi JB, harus lah cari Laksa Johor! (sumber gambar)
Hmm daripada apa yang Mama dok Google, nampaknya JB ialah tempat yang menyeronokkan dan menarik! Dengan kemudahan tempat penginapan yang mudah dicari dan banyak tempat menarik untuk dilawati di sekitar bandar, tak rugilah kalau pergi ke JB. Apa yang kena buat sekarang ialah rancang percutian dengan bijak and start to make your way to this amazing city! Jom kita sama sama merancang the next holiday jommm. Selamat bercuti!☺
9,248 total views, 5 views today
Wow! Mcm menarik jer hotel tu. Leh check out the hotel & traveloka site gak nih for good deals. Jom kita plan next family trip, Kakak! ☺
Dalila recently posted…I am now a postgrad! 🙂
Jommm repeat jalan jalan JB!
Ni yang buat rasa gatal nak meng-holiday hehe…
Jommmm hehe
pernah sekali jer pi johor..
nanti nak bwk anak² pi legoland lak..
Bawa laa, Legoland best!
Cantik hotel tu.. turun JB leh try hotel ni plak..
yanieyusuf recently posted…Spicy Korean Ramen Halal Challenge
Masuk list ok yanie hehe
wahh rindu Legoland…
Legoland best kan
Pakej sekali dengan hotel lah yang tertunggu-tunggu.
Yup 🙂