Salam dears… Korang rasa anak anak korang akan seronok dan teruja tak, kalau tiap tiap bulan ada abam posmen datang hantar bungkusan kat anak anak korang? Atau setiap bulan korang balik dari ofis bersama satu bungkusan ‘misteri’, khas untuk diorang? Agak agak macam mana reaksi budak budak bila dapat bungkusan tu? Haaa si kembar ni bila Mama tunjuk je parcel dari Peekabox ni, memang teruja yang amat! Tak menyempat masing masing berebut nak koyak bungkusan hahaha. Ohh yaa, ‘hadiah’ yang si kembar dapat ni ialah produk terbaru dari Peekabook, iaitu servis langganan pakej buku kanak kanak online di Peekabox.
Kemain teruja budak budak ni hehe
Kecoh si kembar ni bila tengok ada nama sendiri kat kotak. Pastu bila buka je kotak, penuh dengan buku cerita! Wahhh memang terjerit happy la diorang hehe
Happy macam dapat hadiah, yayyy!
Kenapa Mama rasa best langgan buku kanak kanak online di Peekabox ni:
- Rasa macam dapat hadiah. Teruja dan tak sabar nak buka tengok apa yang ada. Si kembar ni memang berebut rebut buka kotak tu seolah olah dapat hadiah harijadi je hehe. Secara tak langsung, ia menyebabkan diorang berminat nak membaca buku buku tu. Bagus cara ni untuk pupuk amalan suka membaca dikalangan anak anak kan?
Kusyuk!
- Sentuhan peribadi atau ‘personal touch’ menyebabkan anak anak rasa istimewa dan dihargai. Si kembar memang teruja sangat tengok ada surat atas nama diorang. Pastu ada lukisan kartun yang comel kat kotak tu. Haaa kartun comel tu dilukis sendiri oleh staff yang bungkuskan buku tu tau, best kan?
Cantik tulisannya kan?
- Koleksi buku kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan peringkat umur anak. Kadang kadang kita tak pasti buku macam mana yang sesuai untuk anak anak kita baca kan? Bila langgan buku dari Peekabox ni, tak perlu risau sebab staff Peekabox yang akan pilihkan buku yang sesuai dibaca mengikut peringkat umur anak kita.
Bungkusan untuk si kembar ni ada 7 buah buku cerita Bahasa Inggeris
‘Surat cinta’ yang menyenaraikan setiap buku yang ada beserta dengan sinopsis, jadi memudahkan kita untuk ambil tahu tentang apa yang anak anak kita baca tu.
- Mudah sebab segalanya dihujung jari saja. Kadang kadang kita ni sibuk dan mungkin tak sempat nak bawa anak anak ke kedai buku, sampai anak anak asyik dok ulang baca buku lama je. Tapi dengan Peekabox, tak perlu risau dah kalau tak sempat nak ke kedai buku pun anak anak tetap akan dapat buku baru untuk dibaca setiap bulan. Pilih je nak beli sekali ka, atau nak langgan siap siap selama 6 bulan ke setahun ke. Bayar online, pastu tunggu lah buku baru sampai. Best, best!
- Mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak anak. Mama kata ni sebab bila bungkusan dari Peekabox tu sampai hari tu, Mama pun sama naik teruja nak tengok buku apa yang ada. Lepas si kembar dah buka kotaknya, Mama dan Ayah pun join sekaki dok belek buku buku tu. Ye lah, rasa macam dapat surprise. Anak beranak pakat dok baca buku tu bersama sama hehe 🙂
Pilihan Pakej ‘Book Boxes’ atau ‘Themed Boxes’
Ada dua jenis pakej atau set yang boleh dipilih untuk langgan buku kanak kanak online di Peekabox ni, samada ‘Book Boxes’ atau ‘Themed Boxes’. Set yang Mama pilih ni ialah ‘Book Boxes’ untuk kanak-kanak berumur 8-12 tahun. Ada tujuh buah buku cerita Bahasa Inggeris, tapi bulan bulan akan datang tak tahulah apa buku yang akan ada dalam set tu, kata surprise gitu kan hehe
Beli Buku Teks Online di Peekabook.com.my
Masa si kembar darjah 1 dulu, Mama pernah beli buku teks dari kedai buku online Peekabook.com.my juga. Masa tu beberapa buah buku teks yang si kembar dapat dari sekolah teruk sangat keadaannya. Disebabkan tak tahu mana nak beli buku teks sekolah, Mama Google je lah dan terjumpa website Peekbook.com.my ni, dan Mama terus order online je.
Hmm nampak gaya nak kena beli buku teks lagi dari sini ni, sebab si kembar ni dah ada hilangkan buku teks dah. Akhir tahun nanti kena ganti lah masa pulangkan balik buku teks ke sekolah. Ishh nasib baik lah Mama dah tahu nak beli kat mana, tak perlu nak meronda kehulu kehilir cari kat kedai. Order online je senang.
Ohh yaa hampir terlupa plak, kalau korang nak langgan pakej buku kanak kanak online di Peekabox ni boleh laa tengok kat website diorang ye. Selamat membaca! 🙂
Pergi kedai makan pun nak bawa buku, berkenan sangat laa tu 🙂
Maklumat lanjut:
Website: Peekabox
Facebook: Peekabook.com.my
Instagram: Peekabook.com.my
4,623 total views, 1 views today
Wow… Sgt menarik nih. Books for kids, new titles every month. 👍👍
Dalila recently posted…I am now a postgrad! 🙂
Yup tu yang best, budak budak memang happy laa dapat buku baru
menarik sangat ni..alhai kembar..ulat buku ye..ehhe
nadia johari recently posted…SALOON DAN SPA KHAS UNTUK LELAKI DI GENTLEMEN’S TONIC, SOLARIS DUTAMAS
Dr kecil diorang dah biasa dgn buku, tu diorang suka
Alhamdullilah tahniah buat mama kembar 3. Anak-anak teruja dengan buku lebih-lebih lagi budak lelaki. Pengalaman saya sendiri dulu, bagi anak perempuan tak ada masalah , tetapi untuk anak lelaki saya errmmm memang susah sikit la kalau bab buku ni, masa tadika pun tak nak tulis, baca pun tak tau sampai nak masuk darjah satu…. aduhh memang susah hati masa tu, sebab kakak-kakaknya boleh dah membaca dalam umur 4 tahun…. namun alhamdullilah kini anak bujang saya dah besar 16 tahun ttapi masih tak begitu rajin denagn buku…kecuali bila nak exam…. alahai anakkkkuuuu
Alhamdulillah si kembar mmg minat buku, walaupun lebih banyak tgk gambar dr baca hehe. Tapi sekurang kurangnya suka buku kan. Sekarang tgh galakkan diorang membaca dalam bahasa inggeris pula
menarik. esok anak2 dah besar sikit boleh shoping online jga la.
umminani recently posted…D’Kayangan Steamboat Shah Alam Offer Menu Sunday Lunch
Try laa…mesti diorang suka
Bestnyaaaa…
Tak sabar nk tggu Q boleh membaca… tp rasanya ss lg tak sabar nk.baca.
Shiqeen sattar recently posted…Dekoder MyTv PERCUMA
Mak mak memang camtu, excited mengalahkan anak hehehe
wahh kalau anak Mas pun pasti teruja.. masing² suka buku² ni.. pastu mudah jugak order online ni!
mas saari recently posted…tengok kapalterbang mendarat
Yup senang semua dihujung jari je hehe
Bestnya Nani..anak-anak Kak Sue pun minat membaca dan ada koleksi buku lagi kat bilik mereka..
Bagus anak anak suka membaca kan
CN yg mama Irfan pun jadi eksited sebab cantik bungkusannya, siap ada personal touch lagi dengan hand writing, mmg eksited,
p/s : mujur buku tu banyak kan, kalau tak mau berebut si kembar tu,,hehe
Yup buku banyak anak anak tak berebut, best!
Helpful post. I’ll come back here for even more.
Fantastic site.