Salam dears… Minggu ni minggu yang agak sibuk dan stress bagi Mama – minggu gaji! Aik minggu gaji pun stress ka? Haaa yang dapat gaji memang laa best, tapi untuk tukang proses gaji ni…fuhhh letih!
Mana taknya, data banyak yang last minute baru dapat. Pastu nak kena proses dalam masa yang singkat, kejar deadline. Ehh mentang mentang gaji korang tiap bulan sama je, tak bermaksud proses gaji tu sama je tiap bulan tau. Gaji orang lain berubah ubah mana korang tau kan? Hehe
Anyways…sudahnya, dah beberapa hari Mama balik kerja lewat dari biasa. Keluar dari ofis pukul 8.30 malam, sementara nak tunggu dan naik tren, pastu tunggu Ayah datang ambil…dalam kul 10 lebih baru sampai rumah. Sebaik saja sampai rumah, bukannya nak boleh duduk rehat plak tu. Masuk pintu je, dah ada benda yang nak kena buat. Terus ke dapur check tengok air dah habis, tadah masak air untuk si kembar bawa bekal esoknya. Cuci bekas air dan bekal diorang gak.
Pastu siapkan baju dan beg untuk bawa ke taska esok dan seterika baju kerja. Pastu sidai baju yang dah dibasuh semalam tapi tak sempat sidai sebab semalamnya pun balik lewat juga. Hmm rumah berselerak? Buat buat tak nampak je lah *tutup sebelah mata*. Nasib baik bab buat kerja sekolah dengan si kembar, Ayah uruskan.
Hmm ikutkan hati, dah balik lewat camtu, nak je terus tidur. Tangguh semua kerja ke pagi esok, tapi kang pagi kelam kabut plak. Pagi pun ada rutin juga. Kejut kan si kembar, yang ni pun dah ambik masa…maklumlah tiga orang kan. Pastu pastikan diorang mandi dan bersiap. Pastu siapkan sarapan dan bekal sekolah lagi. Bab siapkan beg sekolah pagi & sekolah petang Ayah yang buat. Kalau tak, lagilah kelam kabut.
Ni baru sebahagian. Yang dalam bakul belum sidai pun ada, kat ampaian ada, yang belum basuh laagilah ada huhu
Hmm macam ni lah mak mak yang bekerja dan tak ada pembantu rumah kan? Rutin setiap hari. Dari celik mata sampai pejam mata, tak berhenti kerja kerja kerja! Kat ofis tu walaupun ada lunch break, tapi rasa cam tak rehat sangat pun. Terkejar kejar pergi tapau, pastu makan pun secepat yang boleh. Nak lelap mata 5 minit pun belum tentu dapat.
Sebab tu bila sampai hari Jumaat je, Mama memang rasa gembira sangat sangat. Sebab esoknya cuti! Jadi boleh laa relaks sikit malam ni. Tak perlu terkocoh kocoh nak siapkan benda untuk esok. Apa kerja yang ada, kita tangguh ke esok je lah.
Tapikan…kalau esok keluar merayau seharian, bila nak buat kerja yang tertangguh tu? Buat hari Ahad? Haaa kalau hari Ahad perah tenaga buat kerja rumah, nanti hari Isnin pergi ofis dengan keletihan. Rasa macam tak rehat pun hujung minggu huhu.
So persoalannya…nak buat kerja ke tak malam ni? Ke nak relaks je? Hmm….
3,680 total views, 2 views today
Leave a Reply