Salam dears… Korang dah tengok tak filem Suicide Squad? Mama dah…dan Suicide Squad best! Bagi Mama laa best, kot korang rasa tak best, tak tahu lah kan. Suicide Squad ni cerita heroes yang ada sedikit kelainan, sebab superheroesnya adalah supervillains – penjenayah yang paling dikehendaki dan digeruni! Penjenayah yang ditahan di maximum security prison gitu.

Dari awal sampai habis Mama tumpukan perhatian dan terasa macam cepat je filem dah habis. Ada kelakar, ada sedih, aksi tu opkos laa ada kan. Jalan ceritanya ringan je, tak payah pening pening kepala nak pikir itu ini. Sebab tu Mama suka kot hehe.

Harley Quinn yang gila gila tapi cute jugak, teman wanita Joker ni.
Watak Harley Quinn tu menarik, rasanya dia lah yang menceriakan dan menjadikan Suicide Squad ni tak boring. Walaupun gila gila, tapi sikapnya yang sentiasa positif tu bagus. Masa tengah sedih sebab kehilangan orang tersayang pun, dia masih mampu senyum dan buat orang lain senyum juga. Dia tak ‘kalah’ pada emosi dan perasaannya. Hmm berapa ramai diantara kita yang mampu buat macam tu dalam kehidupan sebenar?
Watak Killer Croc pun ada sikap yang bagus juga. Walaupun fizikalnya kelihatan buruk dan menakutkan, tapi dia berkeyakinan dan tak peduli apa orang lain kata. Mama suka bila dia dengan konfidennya kata “I’m beautiful!”.
Lagi satu watak yang Mama suka tentulah Deadshot yang dilakonkan oleh Will Smith. Kasih sayangnya pada anak perempuannya tak berbelah bahagi. Apa saja yang dia minta, adalah untuk anaknya.
Suicide Squad sesuai ditonton oleh kanak-kanak tak? Hmm walaupun diklasifikasikan sebagai PG13, tapi bagi Mama tak berapa sesuai sebab banyak gak adengan ganas. Dan…pakaian Harley Quinn tu seksi oii! Sepanjang filem ni dia pakai t-shirt sendat dan seluar kontot macam spender je kot! So pikir sendiri lah, nak ke bagi budak budak tengok?
6,287 total views, 1 views today





wahh ada mesej positif dalam filem ni ye…tidka kalah dengan emosi tu yg susah kita nak buat…wauuu nanti nak download citer…tq kak review
JULIA JOHARI recently posted…Vintage Kamera Minolta 7s Koleksi Antik
Yup ceritanya ringan, tp ada jugak mesejnya
Belum tengok lagi… huhuhu..
Bila lah agaknya ada peluang nak tengok cerita ni yer… 😉
Anuar recently posted…Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay
Sempat lagi nak pi tengok tu
dah lama sangat tak tgk wayang 🙁
Sesekali pi tgk wayang best, releks
Tengok prebiu macam best..wayang tak tengok..tunggu kot keluar kat astro kaa…
Kalau kluaq kat astro, sila layan hehe. Tp jgn tgk ngan bdk bdk lah