Salam dears… Baru baru ni Mama sekeluarga pergi ke Melaka, saja jalan jalan sebab nak guna voucher Hotel Sentral Melaka yang dah lama beli. Pergi Sabtu, Ahad balik. Tapi tetap packing bag macam nak duduk sebulan hahaha. Biasalah kan, anak ramai hehe. Walaupun percutian singkat je, tapi sangat seronok dan dapat macam macam pengalaman baru yang menarik. Antara yang buat Mama dan si kembar ni teruja sangat ialah dapat merasa masuk dalam kapal selam di Muzium Kapal Selam yang terletak di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
Dah lama teringin nak pergi situ, dok pikir si kembar mesti suka…biasa laa budak lelaki kan. Benda askar askar ni mesti minat. Mama sendiri pun suka tengok benda camni. Dan seperti yang dijangka, si kembar memang teruja yang amat! Sebaik saja nampak kapal selam tu, dah pakat tergedik gedik nak masuk! Sampaikan Mama nak pergi tandas pun tak aman sebab diorang dok bising menjerit suruh cepat hahaha
Harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam ni murah je – RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak
Tiga orang budak yang sangat, sangat teruja nak masuk kapal selam 🙂
Kalau rajin boleh baca maklumat tentang Kapal Selam MSD Quessant Acosta 70 ni. Tapi Mama tak sempat baca, sebab sibuk dok kejar si kembar masa tu hehe
Semput aii mengejar budak tiga orang ni lari naik tangga tau!
Terkejut mak masa nampak ‘orang patung’ kat belakang tu tau. Nasib baik tak melatah hahaha. Tapi kan…sepanjang kat dalam kapal selam tu bila nampak patung ja, Mama rasa macam seram sikit. Tambah plak dengan keadaan dalam tu yang sedikit usang, tak berani nak duduk kat satu tempat lama lama sorang sorang huhu. Mainan perasaan je sebenarnya tu. Mama ni memang jenis yang tak berapa berani sangat hehehe
Hanya ada satu laluan kecil je, boleh berlaga montot juga lah berjalan kat dalam tu hehe
Serius sempit! Tak sanggup rasanya nak hidup dalam tu huhu
Kalau Mama, rasa macam sesak nafas lah tidur dalam ruang sempit camtu
Nak jadi anak kapal ke ni? 😉
Kat kawasan luar kapal selam tu, ada dua pesawat TUDM yang dipamerkan. Tapi tak dapat masuk dalam pesawat tu, tengok dari luar je.
Tetap teruja dapat pegang pegang pesawat tu. Siap main askar askar lari menembak kat keliling tu tau hahaha
Bagi Mama, bagus pergi ke tempat camni bila ada peluang. Bawa anak anak dan biar diorang tengok dan rasai sendiri benda yang biasanya dapat tengok dalam buku atau di TV saja. Ehh bukan untuk anak anak sajalah, untuk diri sendiri pun bagus.
Macam Mama ni, lepas masuk Muzium Kapal Selam ni, rasa bertambah respek pada anak kapal dan anggota tentera yang sanggup tinggal dalam tempat yang sempit macam tu berbulan bulan atau bertahun lamanya. Sanggup korbankan keselesaan diri sendiri, berjauhan dengan kaum keluarga, demi menjalankan tugas mempertahankan negara, respek! Hmm kalau Mama ni laa…sehari tak jumpa anak anak dah rindu yang amat dah. Pastu….seminggu tak dapat jejak shopping complex dah nak meroyan dah kot hehehe
Ohh yaa… Muzium Kapal Selam ni terletak di kawasan lapang dan tak ada jalan bertutup dari pintu masuk ke kapal tu. Jadi elok lah bawa payung atau pun pakai topi bila ke sana. Masa kitorang pergi tu, mula mula panas terik yang amat. Bila masa kitorang nak balik plak turun hujan renyai renyai. Nasib baik lah si kembar & Ayah pakai topi masa tu. Dan nasib baik tak hujan lebat, kalau tak…ada yang tidur kat dalam kapal selam tu je kot haha 😉
9,922 total views, 2 views today
nampak muka teruja diaorg tu
nadia johari recently posted…BAJU RAYA PERTAMA FARIZA
Belum dengar suara diorang dok menjerit lagi tu, kecoh! hehe
saya orang melaka pun tak penah jejak lagi muzium ni..hehe 🙂
Pergi laa Adda, tiket tak mahal 🙂
Best ! Nanti nak bawak Qhaliff n Zahra la..
Bawa laa… pengalaman menarik untuk anak anak ni
baguslah dapat bawa anak ke tempat begini…mudahan memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya
mrhanafi recently posted…Cinta Lahir Untuk Balas Budi
InsyaAllah 🙂
bestnya bawak anak2 masuk kapal selam
dorsett pink recently posted…Eczema : Skin Care for My Baby
Yup, best!
Bestnya dapat bawa anak-anak masuk ke muzeum kapal selam ni….. Pasti dia orang suka sangat kan?
Setakat ini, Belum pernah lagi bawa anak-anak saya masuk ke sini…
Anuar recently posted…Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS di Buka Sekarang (Sehingga 5 Ogos 2016).
Alhamdulillah, memang diorang enjoy
3 tahun belajar kat melaka, tak pernah nak pergi muzium kapal selam tu. hahahaha. tapi selalu je gi pantai klebang sebab ambik gambar kat sana, gambarnya lawa-lawa. suka sangat.
lepasni akak boleh try pergi dekat bustel klebang tu. hotel dia cantik walaupun luarannya hanya bas terpakai. tak sampai rm140/malam.
Hari tu lalu kat area bustel tu, nampak menarik. InsyaAllah lain kali nak try dok situ
wahhh syok nya, ni bukan anak2 je yang teruja.dengan mak pak pun teruja.
Tau takpa! haha
menarik juga,,,kalau ke sana, boleh singgah ni.
Lynda recently posted…Resipi Mudah Rendang Kerang
Sila… sila pi 🙂
Wah bestnya Abe Nik X rajin gi lagi
Ada masa nanti pi laa 🙂
Mesti anak2 bertiga tu terujakan mama…siapa tahu satu masa salah sorang jadi tentera lautkan…amin… 🙂
Perdu Cinta recently posted…Sudah Dapat Jangan Sia-siakan
Teruja sangat! Mak pak nya pun sama naik juga haha
haritu ada nak nampak kapal ni. tapi tak dapat nak masuk sebab dah tutup waktu operasinya. nextime kena datang awal sikit
Uncle Zuan recently posted…Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?
Haa next time pi laa melawat, menarik
Nothing much in here cuma seketul Kapal Selam. Boleh ronda masuk dalam dan korang takkan percaya macam mana dorang boleh tinggal dalam tempat yang sempit. Salute! #vintagecar #classiccar #classicvw #jongkerstreet #afamosa #uitm #pantaiputeri #pantaibangkalanbalak#movingcoffee #igerssmalaysia #igmalaysia #igerssmelaka #klebang #coffeefamily #lokalah#tourism
Yup respek diorang sanggup tinggal dlm tu