Salam dears… Mama baru saja bertukar dari platform blogging Blogger ke WordPress. Masih dalam proses belajar dan belum cekap, tapi Mama mula sukakannya kerana Mama rasa ada beberapa kelebihan WordPress berbanding Blogger. Ohh yaa…Mama guna WordPress yang kena bayar hosting, so tak tahulah samada WordPress.com yang percuma tu ada fungsi yang sama atau tidak ye.
Plug-in WordPress Agar Entri Mesra SEO
Mengikut kata ticer Hafiz Rahim dan Sohoque, kelebihan WordPress ni ialah ianya lebih memudahkan untuk mengarang entri yang mesra SEO. Ada beberapa plug-in WordPress yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memantapkan SEO entri kita. Contohnya Yoast SEO yang akan tunjukkan samada entri yang dikarang tu mesra SEO atau tidak. Sangatlah sesuai untuk blogger yang baru belajar tentang SEO macam Mama ni.
Page untuk mengarang entri dalam plaform Blogger
Page untuk mengarang entri dalam WordPress

Di bahagian bawah ruang untuk karang entri tu, boleh masukkan apakah ‘focus keyword’ yang kita nak guna untuk memudahkan enjin carian jumpa entri ni bila orang cari keyword tersebut. Lepas tu ada ‘content analysis’ dimana beberapa kriteria disenaraikan sebagai panduan samada entri yang kita karang tu adalah mesra SEO atau tidak. Bila ‘button’ tu berwarna hijau, maksudnya ia mengikut kehendak SEO.

Juga ada ‘snippet editor’ yang membolehkan kita tulis sedikit ringkasan tentang entri tersebut dan ianya akan dipaparkan dalam beberapa baris pertama yang orang nampak dalam enjin carian dimana entri tu tersenarai. Dalam ‘snippet editor’ ni boleh masukkan ‘focus keyword’ juga untuk menguatkan lagi SEO. Kalau kita tak taip apa apa kat ‘snippet editor’ tu, maka automatik beberapa baris pertama dalam entri tu yang akan dipaparkan.
Tapikan, semua tu tak menjamin entri tu akan berada paling ‘top’ dalam enjin carian tau. Sebab ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi SEO. Dan…tak bermaksud guna platform Blogger tak dapat hasilkan entri yang mesra SEO. Boleh je kalau tahu teknik-teknik SEO yang lain. Tapi…Mama tak tahu apakah ia hehehe. So, bagi saya budak baru belajar SEO, plug-in dalam WordPress ni memudahkan aii! 😉
Dulu masa Mama guna Blogger, Mama main bantai publish entri sesuka hati je. Rasa entri dah siap, terus tekan publish! Tapi sekarang, Mama akan tengok dulu ‘content analysis’ dan pastikan sekurang kurangnya ‘button’ kat sebelah kanan tu (yang sebelah ‘move to trash’) dah warna hijau, barulah publish. Melainkan memang entri tu Mama tak buat untuk SEO langsung, maksudnya entri sesuka hati aii laa nak tulis apa gitu hehehe.
Mudah ‘Reply’ dan ‘Approve’ Komen Juga Salah Satu Kelebihan WordPress
Lagi satu fungsi yang menyebabkan Mama suka guna WordPress ialah mudah untuk jawab atau ‘reply’ komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog kita. Malah, boleh ‘reply’ dan ‘approve’ komen tu serentak.
Page untuk ‘moderate’ komen dalam Blogger. Hanya ada pilihan untuk ‘publish’, ‘delete’ dan ‘spam’. Bila nak jawab komen, kena pergi ke entri dimana komen tu ada dan jawab di entri tu. Kadang kadang jadi tak berapa rajin atau terlupa terus nak jawab komen huhuhu.

Dalam WordPress, ada fungsi untuk terus ‘reply’ komen semasa nak ‘approve’ komen tu. Bagi Mama, ianya memudahkan dan juga menjadikan Mama lebih rajin nak jawab komen semua hehe.
Senang Untuk Tetapkan ‘Featured Image’
Dalam WordPress, ada fungsi yang memudahkan untuk tetapkan atau ‘set’ gambar yang kita nak jadikan sebagai ‘featured image’. Contohnya dalam entri tu ada beberapa keping gambar, gambar yang dipilih sebagai ‘featured image’ itu lah yang akan muncul sebagai ‘thumbnail’ untuk entri tersebut. Dalam Blogger pun boleh buat ‘featured image’, tapi perlu ubah atau edit kod HTML, jadi macam leceh skit laa bagi Mama.

Pergi je ke kotak ‘featured image’ tu dan pilih gambar yang kita nak. Tak perlu ubah coding bagai. Senang!


Gambar ‘featured image’ sebagai ‘thumbnail’ yang pembaca akan nampak bersama link ke entri tersebut. Kadang kadang gambar ni boleh mendorong orang untuk klik link ke entri tu kan?
Kekurangan WordPress?
Hmm setakat ni itu lah diantara kelebihan WordPress yang Mama nampak. Maklumlah Mama pun baru sangat menggunakan WordPress ni. Ohh yaa…apa yang ada kelebihan, mesti ada kekurangan juga kan? Begitulah juga dengan WordPress. Bak kata blogger Hafiz, disebabkan WordPress guna hosting berbayar, maka kena pastikan guna web hosting yang terbaik, yang stabil dan cepat respons bila kita ada masalah atau pertanyaan.
Lagi satu ialah isu ‘bandwith‘. Disebabkan guna server hosting berbayar, ada had untuk bandwith blog kita. Kalau dah capai had limit bandwith, kemungkinan pengunjung tak dapat nak view blog kita. Bila benda ni terjadi, boleh minta web hosting untuk tingkatkan had limit bandwith tu. Tapi tulah, kita jadi seolah olah bergantung kepada pihak luar untuk pantau blog sendiri.
Sebab tu lah, sangat penting untuk kita guna hosting yang terbaik. Nak tahu hosting tu bagus atau tidak, boleh Google tengok komen orang tentang hosting tu, boleh tanya pengalaman blogger lain dan tengok hosting mana yang ramai blogger rekomen etc etc. Kalau tak yakin dan tak tahu nak pilih sendiri, paling senang upah je laa konsultan yang lebih pakar untuk handle. Macam Mama ni, malas nak pening pening kepala, Mama suruh je Hafiz set-up kan semuanya. Senang hidup aii hehehe 😉
6,076 total views, 1 views today





Alhamdulillah..nanti lama-lama mama jadi cekap dengan wordpress..
Perdu Cinta recently posted…Tentukan Terlebih Dahulu
Harapnya camtu lah. Thanks PC 🙂
Memang wordpress best.. ss guna blogging dulu pening kepala la..
Yup WordPress ni ada fungsi yg memudahkan kita kan
Terima kasih mama,memang berguna bila lihat dari perspektif berbeza.Tips mama bagi pun menarik
Welcome 🙂
Berapa charge per/month ? Teringin la pulak nak tukaq jadi mcm blog Mama .. Tapi tula kena kira2 bajet , student kan .. Hahah
Yg Mama ambik, hosting RM80 setahun. Tukar domain hari tu RM50 termasuk upah. Cuba u tanya Hafiz, tanya je dulu buat bajet. Contact Hafiz di Facebook Hafiz Rahim atau e-mail ke hafizmdrahim@gmail.com.
Dah nampak kelebihan WordPress… Ada Indikator SEO rupanya diletakkan dalam setiap entri… Lebih memudahkan kita nak tahu samada artikel yang kita tulis mesra SEO ataupun tidak..
Anuar recently posted…FIRESALE AWAL RAMADHAN By Cikgu Hafis
Indikator tu sangat membantu 🙂
Mama, welcome to wordpress! Saya dah guna wordpress dah lama, sikit lagi nak masuk sedekad. WordPress yang percuma pun best juga cuma kita tak bolehlah nak letak nama canggih sikit 🙂
WordPress yang guna domain berbayar ni kita bolehlah belek SEO sikit, part ni saya pemalas. Saya tulis ikut apa yang saya suka je hahahha.
Saya suka wordpress sebab wordpress kemas dan ringkas dan kita boleh pilih theme yang sangat ringkas dan tak berat. Tapi semua itu pun terpulang kepada penulis juga kan. Ikut keselesaan.
Qider recently posted…Brain injured children dan konsep ‘litar tertutup’
Yup wordpress nampak kemas. Kita geng! hehe
Saya lebih suka wordpress lagi..mungkin sebab ni kot.. haha..
Hafizul recently posted…Tak Yah Fikirkan Sangat Yer
Kita geng! Hehehe
mama, setuju
..wp mesra seo dan mudah..dulu ummi pakai blogger main publish jer…now mudahkan.
umminani recently posted…AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA
Kann… Best ada guide sblm publish entry
Hello Web Admin, I noticed that your On-Page SEO is is missing a few factors, for one you do not use all three H tags in your post, also I notice that you are not using bold or italics properly in your SEO optimization. On-Page SEO means more now than ever since the new Google update: Panda. No longer are backlinks and simply pinging or sending out a RSS feed the key to getting Google PageRank or Alexa Rankings, You now NEED On-Page SEO. So what is good On-Page SEO?First your keyword must appear in the title.Then it must appear in the URL.You have to optimize your keyword and make sure that it has a nice keyword density of 3-5% in your article with relevant LSI (Latent Semantic Indexing). Then you should spread all H1,H2,H3 tags in your article.Your Keyword should appear in your first paragraph and in the last sentence of the page. You should have relevant usage of Bold and italics of your keyword.There should be one internal link to a page on your blog and you should have one image with an alt tag that has your keyword….wait there’s even more Now what if i told you there was a simple WordPress plugin that does all the On-Page SEO, and automatically for you? That’s right AUTOMATICALLY, just watch this 4minute video for more information at. Seo Plugin
Alhamdulillah jumpa post pasal guna wordpress as hosting hihi. Saya pun baru berjinak dengan word press
Sama sama laa kita belajar 🙂