Salam dears… “You untunglah…kulit putih dan tak ada masalah”. Itulah komen yang biasa Mama dengar. Malah ada yang kata kulit wajah Mama nampak ‘flawless’ je. Tu orang kata lah, bukan Mama kata ye. Dan yang kata macam tu ialah orang yang tak pernah tengok Mama tanpa mekap! Diorang tak tahu selama ni Mama tercari cari produk yang terbaik untuk hilangkan jeragat dan menjadikan kulit cerah tanpa mekap.
Dari jauh, mungkin betullah nampak macam elok je kulit muka Mama ni. Cuba datang tengok dekat dekat, muka ‘fresh’ tanpa secalit bedak pun. Baru lah nampak…alahai jeragat dan kulit kusam! Haaa itulah masalah kulit Mama! Bila umur makin bertambah, jeragat pun makin bertambah huwaaaa *nanges*. Tapi sekarang rasanya Mama dah jumpa cara mudah untuk hilangkan jeragat tu, yayyy!
Bila Mama dapat peluang mencuba kesemua produk dalam set pencerahan kulit Luminous Pearl Cosmoderm berserta khidmat nasihat daripada pihak Cosmoderm sendiri, Mama happy sangat! Sebab dah banyak produk Cosmoderm yang Mama guna sebelum ni dan Mama yakin dengan kualitinya. Tambah plak, produk Cosmoderm ni Halal, jadi tak perlu risau nak tepek kat muka.
Set Luminous Pearl Cosmoderm dirumus khas untuk kulit normal atau berminyak
Sebenarnya sebelum ni Mama dah pernah cuba guna Luminous Pearl Dark Spot Corrector untuk hilangkan jeragat, tapi disebabkan kulit jadi mengelupas, Mama ingatkan tak sesuai dan berhenti guna. Rupa-rupanya bukan produk tak berkesan, tapi Mama ni yang tak tahu cara menggunakannya dengan betul! Adoyaiii *tepuk dahi*. Bila dah guna dengan cara yang betul dan konsisten, memang nampak kesan positif dan kawan kawan pun tegur kata kulit muka Mama makin cerah berseri gitu hehehe 🙂
Cara Guna Set Pencerahan Kulit Luminous Pearl Cosmoderm Untuk Hilangkan Jeragat
Meh Mama nak kongsikan cara yang betul untuk mengunakannya…
1) Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser
Mula mula cuci muka dengan pembersih Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser ni. Picitkan sikit je, pastu sapukan dan urut dimuka yang lembap. Mama suka buihnya yang halus dan wangi tu. Paling best sebab kulit tak rasa kering atau tegang lepas dicuci. Ada sesetengah pencuci tu, lepas cuci kulit rasa pedih dan gatal gatal sebab kering kan. Tapi yang ni tak, lembut dan selesa je.
2) Luminous Pearl Brightening Toner
Toner ni fungsinya untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit dengan membersihkan sisa pencuci, mekap dan sel-sel mati, serta merangsang penjanaan sel-sel kulit baru. Tuang beberapa titis toner diatas kapas dan sapukan dengan lembut dan sekata di seluruh wajah. Kalau tak ada kapas, guna tangan je pun boleh. Part ni best, sebab Mama ni jenis malas nak guna kapas bagai. Stok kapas pun tak ada. Guna tangan je senang cerita hehehe
3) Luminous Pearl Day Active Protector
Yang ni ialah krim perlindungan siang 3-dalam-1 iaitu sebagai pelembap, tabir suria (SPF 50PA+++) dan juga asas mekap (make-up base). Ianya membantu mencerah dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB untuk kulit cerah dan berseri. Picitkan sikit je dan ratakan ke seluruh wajah.
4) Luminous Pearl Brightening Night Serum
Serum pencerahan yang dipakai waktu malam. Sebaik baiknya pakai sebelum tidur untuk membantu mencerahkan, menganjalkan dan memperhalusi tona kulit. Gabungan bahan-bahan Active-G, Apple Stem Cell, Kolagen, Witch Hazel, Lidah Buaya dan Minyak Rosehip buat Mama rasa serum ni begitu eksklusif dan produk ‘premium’. Tapi harganya tak mahal mana pun.
5) Vitamin E Cream 3000 I.U.
Krim ni ialah produk Cosmoderm yang paaaling Mama suka! Dah setahun setengah Mama setia menggunakannya. Bagus untuk menyembuh dan melembapkan kulit. Sesuai untuk hilangkan parut juga tau. Boleh sapukan dimuka sebelum penggunaan Day Active Protector dan digunakan pada bila-bila masa dikawasan yang berparut.
6) Luminous Pearl Dark Spot Corrector
Ni serum anti-jeragat yang diperkaya dengan anti-oksidan yang berfungsi untuk membantu memudarkan jeragat dan digunakan sebagai sebahagian daripada kitaran pembaharuan kulit (skin renewal cycle). Bila guna LP Dark Spot Corrector ni untuk hilangkan jeragat, kulit akan mengelupas dan kemerahan skit. Sebab kadar penjanaan kulit baru lebih cepat (kemerahan) dan menyebabkan sel-sel kulit mati lebih ketara (pengelupasan).
Untuk kurangkan kesan pengelupasan tu, sebaiknya guna berselang seli dengan Vitamin E Cream. Yang Mama buat ialah sapu Vitamin E Cream dulu. Sebelum krim tu kering, cepat cepat sapu Dark Spot Corrector plak. Sapu sikit je. Lepas 3 hari, Mama berhenti sekejap daripada guna Dark Spot Corrector selama 2 hari. Untuk bagi kulit rehat dan rawat sel kulit. Maksudnya 3 hari pakai Dark Spot Corrector, pastu 2 hari tak pakai…pastu sambung pakai balik 3 hari…pastu stop 2 hari…pastu pakai balik…ehhh korang fahamlah kot? Ulang je cycle pakai berselang hari camtu hehehe
Kenapa Mama Sukakan Set Luminous Pearl Cosmoderm?
Jawapan untuk soalan diatas tu amat lah mudah…sebab ianya serasi dan berkesan untuk Mama! Diantara kesan yang Mama nampak ialah jeragat dan parut jerawat makin pudar, kulit semakin cerah dan tak lagi kusam macam dulu. Lagi satu, kulit dah kurang berminyak. Sekarang ni bangun pagi rasa syiok je sebab kulit lembut dah tak berminyak melekit macam dulu dah.
Tu gambar kulit muka aii tanpa mekap, krim pun tak letak. Cuma calit eyeliner je, sebab Mama memang tak boleh tengok muka sendiri tanpa eyeliner hahaha. Tapi nampak kan…ada perubahan positif pada kulit, saya suka! Saya suka! hehehe
Hmm nampak macam banyak je produk yang nak kena tepek kat muka semata mata nak hilangkan jeragat dan cantikkan kulit. Macam ambil masa lama je nak siap pakai semua tu kan? Sebenarnya tak…kalau dah biasa dan jadi rutin setiap hari…tak sampai 5 minit dah siap guna semua! Lagipun kalau nak kulit lawa, cantik, cerah berseri, licin bak telur dikupas, maka kena laa rajinkan sikit diri pakai produk penjagaan kulit dengan betul, kan…kan? 😉
Ohh yaaa…Luminous Pearl Dark Spot Corrector dan Vitamin E Cream tu tengah harga promosi di website Cosmoderm tau, cer korang pergi tengok. Produk lain dalam set Luminous Pearl Cosmoderm ni plak akan berada di pasaran farmasi bermula Julai 2016 ni. Kalau tak sabar nak tunggu, boleh beli secara online di website Cosmoderm mulai Isnin depan (20 Jun 2016). So…sempat lah kalau korang nak cuba guna sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. Mana tahu, bertambah cantik berseri seri masa berhari raya ke rumah sanak saudara dan sahabat handai nanti kan, ewahhh 😉
Info lanjut, boleh dapatkan di:
Website: Cosmoderm
Instagram: Cosmoderm
Facebook: Cosmoderm

Gunakan promo code KBBA010 semasa membeli belah di www.cosmoderm.com.my untuk dapat FREE SHIPPING! Tempoh promosi dari 4 – 14 Jun 2018.
84,816 total views, 3 views today
wah makin cantik la mama raya ni. suka2.
Harap harapnya camtu lah hehhee
Wow! Tak lama lg, betul2 flawless nih. Interesting combo to try. 👍😉
Amin.. Try lah
Muka nampak berseri la kak
Allene recently posted…Harris Adeel turn 3 – Harijadi yang menyedihkan
Thank u Allene 🙂
Ni yg teringin nak try ni… 😀
Try laa…mana tau serasi kan
Bagus Produk Cosmoderm ni rupanya… Patutlah wajah Ben Ashaari nampak bersih dan cerah…
Anuar recently posted…Teknik PERCUMA Pemasaran Facebook. Download sekarang!!
Alhamdulillah, Cosmoderm mmg best!
Boleh tak kalau pakai dark spot corrector tu je?
Boleh gak cuba yg tu dulu, tapi sebaiknya pakai dengan Vitamin E Cream utk kurangkan kesan mengelupas tu.
Cosmoderm mmg satu jenama yang di kenali..produk halal berkualiti setanding harga. Tq for sharing kak.
Kalau pakai hentam je guna..mmg kadang2 lambt efek. Kene tahu step yg betul kan.
Yup btul tu, dan kena konsisten guna. InsyaAllah dpt kesan yg positif
Berapa lama dah gune set ni?
Ingat nak cari tuk mak, x tahu produk ape sesuai,
lagi satu, mak makan pil perancang…agak agak ade effect tak kalau guna?
Sebab, org ckp..selagi makan benda alah tuu, payah sikit nak kesan benda2 lain…
and mak ade kncing manis, plus drh tinggi…
ok x ehh
Baru 3 minggu guna set Luminous Pearl ni. Tak pasti plak pil perancang akan ada kesan ke tak. Mungkin you boleh tanya Cosmoderm, kat Facebook Cosmoderm atau tel. 03-5879 6150.
teringin pulak nak pakai cosmoderm ni…
Try laa, mana tahu kot serasi & berkesan utk u
Cosmoderm memang best kan. Sy pun guna cosmoderm. Tapi vitamin E Cream je. 😀
Vitamin E Cream tu my favourite! 🙂
betul. saya pun sejak gune Vitamin E cream tu je, rmai yg puji ckp kulit cntk n flawwless
Alhamdulillah, terbaik!
makin cerah sebelum raya la ni..
harap harapnya macam tu lah 🙂
Banyak betul lambakan produk di pasara sekarang. Tapi akak untunglah ada pakar dan penasihat yang rekomen produk apa yg sesuai.. mmg nmpk kesannya
Shiqeen Sattar recently posted…Ruginya Tak Tahu Manfaat Apabila Blogwalking
Yup betul tu SS, berlambak produk kat pasaran sekarang. Sebab tu kena pandai pilih, cari jenama yg kita yakin dgn kualitinya dan Halal
tungler mama makin floless!!
tungler hehehe
wah ni raya mesti melepak kulit ni
raihanah recently posted…Rawatan Alternatif Terbaik Untuk Psoriasis, Sopak dan Ekzema
harapnya kulit berseri lah hehehe
Wah hhar raya berseri2 mama kembar tiga ni..
nadia johari recently posted…BERBUKA PUASA DENGAN SUASANA ROMANTIK DI MENARA KUALA LUMPUR
harapnya camtu lah nad hehehe
OZ pun guna Cosmoderm Vitamin E set tu.. memang bagus..
Kita geng! 😊
Saya pun baru try produk Lp cosmoderm ni..pakai 1 set + cream vit E. Cuma tak pakai serum jer
.coz harga skrg mahal dlm Rm70+ gitew..after 1 week guna kesan mmg ketara. jeragat mkin pudar..syukur sgt..Thanks cosmoderm
Alhamdulillah, teruskan konsisten guna insyaAllah puas hati. Kalau tak silap, set ni tengah ada diskaun kat website Cosmoderm, cuba u tgk tgk
mama ape perbezaan cream vit E yg 1k dgn 3k?..
Yg 3k tu lebih sesuai utk kulit kering, rawatan intensif. Kandungan vit E lebih tinggi
ramai rupanya guna produk ni…selalu nampak dekat gurdian ada kan? nampak menarik pakaging dia
Yup ada kat Guardian. Produk Cosmoderm mmg terbaik 🙂
Saya gune produk cosmoderm ni untuk jeragat, tp kulit saye jd mkin teruk… Huhuhu terpksa lak g klinik huhuhu
Ohh ya ka? Maybe tak sesuai dgn kulit u kot. Boleh tanya Cosmoderm apa produk yg sesuai untuk jenis kulit u gak
Salam sis… if muka jerwat & berjrgt boleh kew guna luminous prod ni… Tksh
Sesuai untuk kurangkan jeragat. Kalau kulit berminyak & jerawat, sesuai guna yg Tea Tree punya range. U boleh pm tanya kat Cosmoderm di IG atau FB, InsyaAllah diorang boleh advise yang mana paling sesuai untuk jenis kulit u
mama belanja la sayaa 😋😋
Kenapa sy pakai dark spot utk mlm kulit rasa pedih ye?
Mungkin jenis kulit kot. Better you tanya pada pihak Cosmoderm untuk kepastian. Boleh pm kat facebook Cosmoderm atau instagram. Selalunya Cosmoderm cepat respons.
Pregnant boleh guna tk set cosmoderm whitening ny puan ?
Maaf saya tak pasti, cuba tanya direct kat Cosmoderm ye
Bila ada jeragat ni, rasa macam orang mexico pulak.. haha. Tapi tak suka kan bila ada jeragat. Saya gunakan Youth Skin Care nak pudarkan parut. Alhamdulillah, selamat dan berkesan untuk saya 😉
Yup ada jeragat rasa macam kurang seri plak muka hehe
Mama pakai pencuci muka apa y
Sekarang guna yang Cosmoderm Tea Tree cleanser
Yer kulit muka mama ada perubahan positif lah lepas penggunaan.. tahniah ye. Makin flawless lah sekarang hehe
Jaja Zaleha recently posted…7 Makanan Punca Jerawat | Info Wajib Tahu Untuk Si Kulit Berjerawat
Harap harapnya gitu lah hehe