Salam dears…Ni Mama nak berkongsi cerita skit ni. Aii is segan, tapi rasa nak cerita gak, kot kot ada orang lain yang mengalaminya juga dan sedang mencari cara untuk mengubatinya. Ubati apa? Ubat untuk ketiak gatal lah…
Seksanya Ketiak Gatal!
Yup, baru baru ni Mama mengalaminya dan Mama boleh katakan serius seksa wehhh bila ketiak gatal gatal! Mana taknya, ketiak kan tempat yang mudah berpeluh. Jadi bila ada ruam, pastu berpeluh, pastu bergesel plak dengan kain baju…huarghhh nak nangis hokey! Nak garu tak boleh, kat ofis camna nak garu, malu laa kat orang kan? Buruk rupa mak budak dok garu ketiak! Okeh..sila jangan bayang kan hahaha
Hmm macam mana boleh naik gatal gatal tu? Ada banyak sebab. Tapi kes Mama ni…semuanya gara gara bertukar deodoran! Setelah bertahun tahun guna deodoran Nivea, entah macam mana tiba tiba tergerak hati nak cuba pakai jenama lain plak.
Malangnya tak sesuai dengan kulit Mama kot. Mula mula naik ruam kecil ja. Mama abaikan, ingat tak dak apa dan terus juga pakai deodoran tu. Tapi makin lama makin merebak, semakin merah dan gatal! Haippp ketiak gatal je, tapi tak busuk tau. Tetap harum mewangi gitu. Nasib baik hehehe
Cara Hilangkan Gatal di Ketiak
Untuk hilangkan ketiak gatal tu, mula mula Mama cuba sapu minyak Zaitun, pastu sapu lotion…tapi tak berkesan. Jadi Mama Google dan tengok ada yang kata elok guna Virgin Coconut Oil (VCO) atau Minyak Kelapa Dara.
Memandangkan kat rumah dah ada VCO, sebab memang guna untuk rawat penyakit kulit ekzema si Fahmi, maka Mama pun cuba lah sapu. Risau gak kot nanti bau busuk, sebab minyak kelapa kan ada bau skit kan.
Tapi Alhamdulillah, tak busuk dan selepas 2 hari pakai dah ada kesan positif. Rasa gatal gatal dan kemerahan dah kurang. Dan dah tak merebak. Fuhhh legaaa! Hehe
Mama guna VCO ni lah
Ohh yaa…disamping VCO, Mama juga guna Gel Mandian dari Cosmoderm, yang ada susu kambing tu. Sebab susu kambing kan bagus untuk kulit. Gel mandian ni best, lembut jaa dan tak keringkan kulit. Penting tu, sebab kalau kulit kering akan rasa bertambah gatal tau.
Lepas mandi tu sapu plak Magic Body Lotion sebagai pengganti deodoran. Ye lah nak pakai deodoran takut kang jadi balik gatal gatal tu. Tapi risau gak kot ketiak berbau. So Mama guna Magic Body Lotion tu supaya tak dak lah bau busuk ketiak hehe
Suka guna Gel Mandian dan Magic Body Lotion ni.
Lepas ruam dah betul betul reda, Mama nak guna Vitamin E pula untuk hilangkan parut hitam kesan daripada ruam gatal tu. Kawan kawan kata Vitamin E Oil Cosmoderm bagus. So nak cari yang tu lah nanti.
Hmm…kalau korang alami masalah ruam dan gatal ketiak, boleh laa cuba cara Mama ni, mana tau berkesan untuk korang gak kan? Tapi kalau dah lama masih tak sembuh juga, pergilah berjumpa doktor ye. Jangan biarkan sampai jadi teruk plak tau…
25,656 total views, 1 views today
Dah lama tak guna VCO Bio-Asli ni… Padahal company ni tak jauh dari rumah saya..
Anuar recently posted…The Durian Festival Sitiawan…Sangat mengecewakan!
Wah senang laa u nak beli kalau camtu
ketiak la tempat sensitif kan mama…sentiasa lembab..peluh…tu yang kalau gatal rasa orang ajak sembang pun rasa macam nak marah…alhamdulillah dah kebah..
Perdu Cinta recently posted…Bloglist Jun-Ogos 2016 Blog Cinta Itu Indah
Hahahaa betul tu PC, boleh naik hangin jadinya hehe
sama….kita pun ketiak tengah gatai2 ni. adoii..sampai berair kadang garu kat rumah. huhu. sebab tukar brand juga. dari nivea ke rexona. last2, kita makan vitamin c & garlic. then guna deodorant stick safi lidah buaya. lega.
Adoii sampai berair? Seksanyaaa! Nak try gak laa vit c n garlic
kat situ la pulak nak gatalnya..kan??tapi memang kalau kulit sensetif ni kena hati2 nak tukar produk.Bukan nya sama semuanya..dulu saya pernah baca kat majalah kot..katanya kalau produk tu wangi sangat tu maknanya banyak la bahan kimia yang dia guna..
Tu laa agaknya banyak bahan kimia tu tak sesuai
Hai. Lama tak ber bw 🙂
Really desired to stress I’m just happy that i came upon your page! http://tinyurl.com/jjl3tn9
Concordia recently posted…Concordia