Si kembar tiga ni macam tu lah, setiap hari mesti ada ja benda yang hilang, walaupun dah tulis nama atau tampal label. Hari ni hilang pensil, esok hilang pemadam…lusa hilang pembaris…tulat hilang gam plak, memang stress hoihhh!
Bila ditanya macam mana boleh hilang? Letak mana? Bagi siapa pinjam? Jawapan ‘standard’ diorang senang je “Ntah lah, masa tadi tu ada…tiba tiba je dah tak ada!”.
Amboi amboi senang je jawapannya, hangin jugak Mama dengar! Kadang kadang tu Mama katalah “mana boleh tiba tiba tak ada…pensil tu ada kaki ka? Boleh jalan keluar sendiri dari beg tu ka?!”. Dan…jawapan diorang “ehh pensil mana ada kaki! Mama ni tak tahu ke?”. Hadoi laaa…tak tahu nak marah ke nak gelak dengar jawapan camtu huhu *garu kepala*
Tips jika alat tulis selalu hilang.
So…untuk nak mengurangkan stress, geram dan sakit hati sebab alat tulis hilang, Mama buat camni:
1) Beli alat tulis yang murah murah je. Tak payah yang ‘branded’ ka ‘exam grade’ ka ‘dust free’ semua tu, janji boleh guna dah cukup dah. Beli yang mahal dan berkualiti pun..kalau esok lusa dah hilang, tak dak makna gak kualiti tu kan? Hehe. Mama selalu beli kat Mydin, Giant atau AEON Big. Kalau hilang pun tak sakit hati sangat.
2) Kalau ada jualan murah atau diskaun, beli banyak banyak buat stok kat rumah. Jadi tak lah kelam kabut nak pergi kedai beli bila alat tulis hilang. Tambah plak kalau awal pagi masa dok kemas beg sekolah baru sedar pensil sebatang pun tak ada, mana nak pi beli…kedai bukan buka lagi kan. So sentiasa simpan stok kat rumah.
3) Had kan setiap alat tulis yang dibawa. Selalunya Mama akan letak 2 pensil, 1 pemadam, 1 pembaris dan 1 ‘sharpener’. Gam dan gunting bawa hanya bila cikgu suruh saja. Bila bawa terhad camtu, kurang sikit risiko kawan nak pinjam dan tak pulangkan balik.
4) Apa saja yang boleh dipotong…potong separuh! Ni kerja Ayah…
Ayah kata, biar potong separuh semua. Jadi kalau hilang, sakit hati pun separuh ja lah hahaha. Mama ok je, asalkan Ayah yang rajin nak potong semua tu. Bagus juga buat macam ni, jimat skit.
20,026 total views, 1 views today







senyum lebar pensil banyak ya sayang.alahai ayah dengan mama awak gigih cari solusi tu…kisah ni buat PC teringat kes adik sepupu PC..setiap hari balik sekolah mesti minta alat tulis baru…pergi sekolah pensil box full balik mesti kosong..hari-hari…satu hari ibu dia pergi sekolah senyap-senyap mengendap..rupanya dia sedekah pada kawan-kawan..bila balik kena marah..dia jawab ibu ustazah cakap nak masuk syurga kena banyak sedekah..hahahahaha..ibunya macam nak pitam..
Lucunya sanggup dipotong pensel2 tu jd separuh..tp tulah bukti gigihnya mak dan ayah nk mendidik anak..kan..hihi.. bagus tips ni..
Hehe…ank saya pun sama…dr tadika sampai skrg darjah 4…masih hilang alat tulis. Stok mmg sentiasa ada. Bab potong pemadam tu mmg penah buat…tp pensel xpenah lg..hihi.
memang selalu hilang alat tulis…memang kena standby alat tulis extra kat rumah kan..
hahah..habis semua kena potong ye?
masalah barang sekolah hilang ni kita masa kecik pun sama ..hilang juga..tapi jenis kita dulu kalau hilang senyap je la..tak berani nak bagi tau mak mak.takut kena libas la..heheh..
Hai Mama Kembar 3, betul apa yang MK3 cakap… anak saya juga sama dulu masa sekolah rendah… tapi kini dak besar form 4 dok asrama pun sama gak… hilang pen tu biasa dah nak pen yang sedap pada dia la dan harganya pun sedap juga la…hilang kawan pinjam tak pulang, hilang yang tak tau sape ambik la… Kesimpulannya tak kira anak besar ke anak kecil isu hilang ni memang ada…letaklah label nama ke..kawan sapu gak he..he..he.Tapi luculah yang MK3 ni pensil kerat 2… yang ni tak pernah buat atau jumpa sebelum ni… ermm gigih betul ni apapun anak-anak memang kena selalu diperingatkan… ya la bukan mudah hidup kan penuh onak dan duri, tambahan denagan keadaan ekonomi hari ini… kena berjimat seberapa boleh….
tang potong separuh tuh Moon nak try jugak la utk anak anak ….bagus nya . Tak pernah terpikir plak
huhuhu bernas gak idea potong pensel separuh ni.. tp kita buat mcm kedai.. brli byk2 lepas tu kalau anak nk pensel ke pemadam ke kene byr 50sen.. diorg selalu byr guna duit tabung.. lama2 diorg takut duit tabung abis dah kurang la mintak pensel lagi.. lgpun duit tu buat pusing modal beli lain kalau dah abis..hehhehehe
Abam harith punye dulu sume ikat kat bekas pensil..sebab mak dah tak lalu nak sakit ati.. bertahan juga la sampai ujung tahun.. sampai ade cikgu cakap dah macam pen kat bank kene ikat..
kalau pemadam tu jaa penah bua gak kak nani (potong dua)… tapi kalau potong dua pensil tu xpenah cuba lagik.. haha.. gelak sakan jaa tgk siap tunjuk kat husband suruh buat gitu gak.. sakit hati alatulis always hilang!
Gud idea…sama la ngan ank2 sy..hihihi…bukan setakat hilang, kdg2 blik tengok pensil n pemadam dah lain…kwn ambil dia pny, dia ambil kwn punya…hihihi.. stress mak nak oiii..
Saya pun alami n buat perkara yg sama kecuali yg ptong pensil tu belum lagilah..hihihi..
betul tu!
ni cara paling jimat and hadkan jumlah yg dia bawak tu
sbb kalau 10 btg dia bawak, 1 dia bawak blik pun kira bersyukur …hahahaha
JOM TRY SABUN BOLEH PUTIHKAN BAJU2 LAMA 🙂
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/sabun-champaca-cara-mudah-hilangkan.html
masalah sama.. hihi.. cuma, saya xpotong, tapi bawak diorg p beli d kedai eco tu, rm 2, boleh dpt sepapan, quality pon ok..
ayu recently posted…PENGEDAR SHAKLE RAWANG, SELAYANG & GOMBAK
first time tengok orang potong pensel hahaaha
You’ve got interesting posts here. Your blog can go viral, you need some initial traffic only.
How to get initial traffic?? Search google for: marihhu’s tips
Camille recently posted…Camille
sya tak tpkir pun tp tgok ank sndiri buat,,,tgok beg dia smua pemadam dia potong sbb dia kata kawan² asyik pinjam.. pensil biasa la klu lebih,,,dia kata cikgu suh bagi pinjam pd kawan yg tak de pensil (tak tau la btul ke tak yg dia gitau),,, ade stgh budak anak cakap mmg suka pinjam pensil,,,bagus tips mama pasal kerat pensil tu,,,hihihi
Betui la.tu. saya pun beli borong pemadam. Sharperner. Pencil. Mcm suami dia kata nak pakai bg yg elok. Tp kalau asik ilang je.. sakit jiwa huhu. Ni pemadam siap potong 2 ni tak terfikir nak buat gitu huhu.
Buat camtu jimat sikit 🙂
Comel aje pensil kene potong. Anak kite tak g skolah lg tp pensil kalau beli xtawndie buang manaa asyk hilanggg jeee. Huhu
Bersedialah..masuk sekolah nnt akan lagi selalu hilang hehe