Salam dears… Niat asal Mama buat blog ni adalah sekadar untuk berkongsi cerita dan catatkan kenangan, terutamanya tentang anak anak Mama. Harapan moga bila dah besar nanti, diorang boleh baca dan tahu betapa Mama sayangkan diorang. Dan juga supaya bila masa Mama dah tua…anak anak pun dah duduk jauh dimata, Mama boleh laa baca balik blog ni sambil mengimbau kenangan gitu. Mungkin sebab itu lah, Mama tak ambil tahu sangat tentang apa itu SEO dan teknik blogging yang betul.
Tapi sejak join Kelab Blogger Ben Ashaari, fuhhh terasa seolah olah tersedar daripada lamunan! Banyak betul perkara tentang blogging yang Mama tak tahu! Mama makin sedar yang rugi sekiranya Mama tak memanfaatkan sepenuhnya blog ni. Nope, bukan daripada segi nak buat duit je. Tapi juga jadikan blog ni sebagai medium untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang dapat membawa manfaat kepada sesiapa saja yang membacanya.
Contohnya, Mama pernah berkongsi cerita yang Mama ni lambat dapat anak. Sejak tu, banyak juga email yang Mama terima bertanyakan tentang pengalaman dan apa yang Mama buat semasa ‘trying to conceive’. Ianya buat Mama rasa macam…hmm kalau aku dapat bagi semangat agar orang tak mudah putus asa pun jadilah, berbaloi berblog. Jadi, apa salahnya kalau Mama belajar untuk memajukan lagi blog ni supaya lebih ramai yang akan dapat baca kan? 🙂
Apa Itu SEO?
Mengikut Wikipedia, SEO ialah…
“Optimisasi mesin pencari (bahasa Inggris: Search Engine Optimization, biasa disingkat SEO) adalah serangkaian proses yang dilakukan secara sistematis yang bertujuan untuk meningkatkan volume dan kualitas trafik kunjungan melalui mesin pencari menuju situs web tertentu dengan memanfaatkan mekanisme kerja atau algoritma mesin pencari tersebut. Tujuan dari SEO adalah menempatkan sebuah situs web pada posisi teratas, atau setidaknya halaman pertama hasil pencarian berdasarkan kata kunci tertentu yang ditargetkan. Secara logis, situs web yang menempati posisi teratas pada hasil pencarian memiliki peluang lebih besar untuk mendapatkan pengunjung.” (Sumber: Wikipedia)
Korang faham ke apa maksudnya tu? Pada awalnya, Mama memang tak faham! Dah banyak kali cuba Google dan baca artikel tentang SEO. Tapi lagi banyak dibaca, lagi pening jadinya hahaha! Sudahnya, Mama ambil keputusan untuk pergi belajar ‘face to face’ dengan orang yang lebih pakar tentang apa itu SEO iaitu blogger Sohoque dan Hafiz Rahim.

Cikgu dan anak anak murid (pic cilok dari blogger Saidila)
Setelah berguru, baru lah Mama dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa itu SEO dan bagaimana untuk menjadikan blog lebih mesra SEO. Yang Mama faham, bila bercakap pasal blog yang bagus daripada segi SEO ialah blog mudah dijumpai apabila orang mencari sesuatu keyword atau kata kunci di enjin carian contohnya Google dan Yahoo. Target ialah untuk berada paling atas dalam page pertama enjin carian tersebut.
Macam mana nak jadikan blog mesra SEO? Ada beberapa faktor, paling utama ialah penggunaan keyword yang tepat. Jadi bila nak mengarang entri, cuba gunakan keyword yang orang akan cari dan akan jadikan entri tersebut dapat masuk dalam page pertama di enjin carian. Contohnya kalau taip keyword kembar tiga, blog mamakembartiga.com adalah nombor dua teratas di halaman pertama Google.

Macam mana nak tahu keyword terbaik? Bila taip kat kotak carian tu, apa perkataan yang keluar, yang autofill oleh Google? Haaa itulah cadangan keyword yang selalu orang cari. Selain daripada cara ni, boleh juga buat ‘keyword research’ untuk kenalpasti apakah keyword yang tengah trending dan juga keyword yang sentiasa orang akan cari, tak kira masa. Tapi…perlu tahu juga teknik atau cara terbaik untuk menggunakan keyword dalam entri. Kat mana nak letak keyword tu? Berapa banyak kali nak ulang keyword? Haaa….tak senang hokey nak jadi pakar SEO!
Selain daripada keyword, ada faktor-faktor lain juga yang mempengaruhi SEO. Contohnya kena tahu pasal cara penulisan yang betul yang akan memudahkan enjin carian jumpa blog kita, backlink dalam entry, masa yang diambil untuk loading blog…dan…ehh banyakkk lagi lah! SEO ni tak mudah…tapi kalau dah pandai, InsyaAllah berbaloi. Kena tahu teknik yang betul dan paling penting kena rajin! Err korang faham tak ni? Tak faham? Sila pergi berguru dengan abam Sohoque yer hehe
Perlu ke Tahu Tentang SEO?
Mama rasa kalau nak serius dalam berblog, maka perlu lah ambil tahu juga tentang SEO. Sebab ianya boleh membantu dalam meningkatkan trafik ke blog kita. Lain lah blogger popular macam Ben Ashaari tu, tak perlu SEO pun memang orang akan cari blog dia. Rasa seronok kan bila ramai yang datang dan baca blog kita kan, kan? Tambah plak kalau ada pembaca yang tinggalkan komen, fuhhh mesti rasa teruja kan? Ke Mama je camtu? hehehe
Tapi kan… bagi Mama, tak semestinya setiap entri yang ditulis tu kena mesra SEO. Sebab dalam berblog ni yang penting ialah kepuasan menulis. Kalau terlalu mengejar SEO sampai hilang identiti penulisan sendiri, pastu entri yang terlalu mengejar trafik semata mata, tak syiok gak. Hilang nikmat blogging kot kalau gitu. Tapi…pada masa yang sama, bagus juga belajar untuk tambah pengetahuan dan ilmu tentang blogging, agar tak lah jadi umpama ‘syok sendiri’ saja, ye dak? 😉
3,952 total views, 1 views today






Ok. Nice entry… Moga lebih sukses
Thank you ticer 🙂
betul.
seo memang penting bagi blog,
lagi tinggi lagi besar peluang blogger tu,
peluang plak datang dari pelbagai bidang.
kata muda rezeki 🙂
untung mama dpt belajar dengan otai.
nk jugak join nnti
join Shark, ticer best hehe
panjang lebar gitu dia punya huraian . tapi bagus…sebab itu menunjukkan kita dah faham….
tadi try guna keyword kembar tiga…memang first page ….
tahniah nani
saidila@kak long recently posted…Justin Bieber Tampil Dengan Versi Lebih Islamic
banyak lagi kena belajar ni kak long
Setuju…!! Tak rugi belajar tentang SEO
Nina dulu pun asalnya berblog sekadar kongsi resepi dan cerita/pengalaman.
Lepas join Kelab Blogger Ben Ashaari membuka minda Nina akan manfaat yang lebih jika tahu guna kelebihan SEO
Thank you Abam Sohoque & Hafiz Jambu…
Ilmu yang tidak ternilai.
Nina Mirza recently posted…Bihun Goreng Hailam Tak Pedas Buat Anak-Anak
Untung rezeki kita dpt join KBBA9 kan nina…
Wah..tahniah Nani dah WP n belajar tentang SEO..bila la Kak Sue nak belajar pulak.
InsyaAllah tak lama lagi rezeki kak sue plak nak berguru ngan bam hoq & hafiz 🙂
SEO ni satu seni… Marilah kita sama-sama belajar SEO dari masa ke semasa…
Anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Mari belajar 🙂
ada jugak google pasal SEO tapi betul la cakap Nani..Lagi banyak baca, lagi pening..Penyudahnya taip ikut suka hati je la..tak tahu la blog saya mesra SEO ke tak?tQ info pasal pencarian perkataan kat google..yang tu paham..tapi nak letak kat mana..hmmm..memang belasah je la..
Fieza, cuba check kat www.http://chkme.com/ utk tengok mesra seo ke tak
Setuju….penulisan yang berkualiti akan menarik banyak aspek yang boleh membangunkan blog kita..in sya Allah 🙂
InsyaAllah sama sama usaha majukan blog ye PC
Masih bertatih tahih belajar SEO. Terima kasih akak utk entry niih. First time singgah sini 🙂 Salam kenal kak ^^
Terima kasih sudi singgah 🙂
waahh, bestnyaa. nanti kongsi2 la tips seo kak . boleh ubai baca 🙂
InsyaAllah… banyak lagi nak kena belajar ni