Mana tak nya, zaman Mama belajar dulu pun yuran dah berbelas, berpuluh ribu…bila sampai giliran anak anak nanti tentulah jauh lebih tinggi. Senak perut tengok kos yuran pengajian tinggi sekarang. Lagi 10 tahun mesti lagi mahal kan? Aii ada 3 orang anak hoihhh *lap peluh*
Klik kat gambar untuk besarkan gambar ye
Bab pelepasan cukai tu buat Ayah teruja. Tiap tiap bulan gaji kena potong sebab bayar cukai, bila ada cara nak dapatkan balik sikit duit cukai tu, mestilah nak kan? Simpanan untuk anak dapat, perlindungan takaful dapat, pelepasan cukai pun dapat. Best best 😉
Sekarang bila dah tahu, rasa alahai ruginyalah kalau tak daftar. Sebab dengan komitmen bulanan serendah RM30 saja seorang, dah boleh ada tabungan pendidikan dan juga perlindungan takaful.
Hmm kalau sekali keluar makan makan, tengok wayang, jalan jalan hujung minggu pun dah belanja lebih daripada tu. Lebih baik duit tu digunakan sebagai tabungan masa hadapan, daripada dihabiskan begitu saja, betul tak? 😉
Biarlah tabungan tu sikit, janji ada….daripada tak ada langsung kan? Lagipun, bak kata pepatah Melayu “sikit sikit lama lama jadi bukit”. So sila tanya akal (akal kata yaaa tak rugi menabung!), pastu tepuk poket tanya kemampuan dan mula laa menabung…
Kalau korang nak tahu maklumat lanjut, pergi je ke link ni SSPN-i Plus. Nak join, boleh register online kat situ, ikut je arahan yang ada. Mudah. Kalau ada soalan apa apa nak tanya Mama pun boleh, e-mail ke mamakembartiga@gmail.com. InsyaAllah Mama akan tolong setakat yang mampu. Sebab ‘sharing is caring’ gitu, benda baik kita kena lah hebahkan, ye tak? 🙂
10,565 total views, 1 views today
Nice info
Nice info…
Bagus plan ni.
Setuju…!! Biar sikit tapi lelama jadi Bukit.. Hehee…
nak amek plan tu juga kot..murah sket. 😉
wahhh menarik pakej yang ditawarkan.. boleh ambil utk anak² ni..
memang ada niat untuk bukakan buku sspn untuk anak dara dua orang tu masa diorang bby lagi..tapi disebabkan ekonomi keluarga tak stabil lagi..tangguh dulu
Plan simpanan yg mudah faham. Tak ada yg tersembunyi.
Wah menarik jugak nie..jumlah mampu bayar nie kan..ehehe..
Baru skrg tau kan..
dah register dahhh..yeayyy..!!
Betul tu,
Semakin besar anak, semakin banayk keperluan dan besar belanjanya. Kalau nak menabung eloklah mula awal. Boleh simpan banyak sikit. Semasa perbelanjaan besar simpan sikit, semasa ada duit lebih simpan banyak, asalkan menyimpan secara konsisten dan jangak dikorek.
InsyaAllah sampai masa duit itu diperlukan, tabungan dah ada.
Azwan recently posted…Panduan Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan anak mendapat pinjaman PTPTN.
Setuju sangat, tak kan rugi menyimpan dari awal ni