Salam dears,
Mama selalu label kan barang barang si kembar 3 ni. Malah masa diorang kecil dulu setiap baju diorang akan ada label atau pelekat nama yang jenis iron-on supaya senang nak bezakan diorang. Sebab kembar seiras kan, sekali pandang semua muka sama jer hehe.
Lagipun sebab diorang ke taska, memang lebih mudah kalau semua barang ada label supaya tak tertukar dengan barang budak budak lain. Tapi dalam banyak banyak jenis label, ini kali pertama Mama jumpa pelekat / sticker yang khas untuk tampal kat kasut…
Lagipun sebab diorang ke taska, memang lebih mudah kalau semua barang ada label supaya tak tertukar dengan barang budak budak lain. Tapi dalam banyak banyak jenis label, ini kali pertama Mama jumpa pelekat / sticker yang khas untuk tampal kat kasut…
Haaa comel kan? Boleh tulis nombor telefon juga kat sticker tu, so kalau lah barang tu hilang, sesiapa yang jumpa boleh call kita. Ada macam macam design lagi, untuk budak perempuan pun ada. Boleh pilih warna untuk latar belakang, jenis dan saiz font, dan gambar ikut apa yang korang suka. Tengok je kat StickerKid dan ikut arahan ‘step-by-step’, senang je.
Selain daripada pelekat kasut, set yang Mama pilih tu ada juga pelekat untuk baju dan pelekat kecil bersaiz 46x6mm.
Klik kat gambar untuk besarkan ye

Ada 60 keping sticker. Mama tulis ketiga tiga nama si kembar dalam satu sticker.
Lepas tu potong dan tampal, so dapat banyak! Pandai tak saya? Bijak, bijak hehehe
Sebenarnya dah beberapa bulan Mama guna sticker dari StickerKid ni, tapi baru nak cerita kat blog. Sebabnya Mama nak betul betul test kualitinya dulu, terutama sticker untuk baju tu. Sebelum ni Mama pernah cuba sticker dari jenama lain, selepas beberapa kali basuh, pasti sticker tertanggal dan kena seterika semula untuk lekatkan balik.
Tapi yang jenama StickerKid ni walaupun dah banyak kali dibasuh, sticker tu masih lekat elok! Untuk sticker baju dan kasut tu, Mama dah basuh guna sabun basuh biasa, guna Vanish, Clorox, guna air panas dan rendam semalaman (errr 3, 4 malam pun ada hehe) tapi tak tertanggal pun! Kualiti sticker tetap sama. Saya suka! Saya suka! hehehe
Tapi yang jenama StickerKid ni walaupun dah banyak kali dibasuh, sticker tu masih lekat elok! Untuk sticker baju dan kasut tu, Mama dah basuh guna sabun basuh biasa, guna Vanish, Clorox, guna air panas dan rendam semalaman (errr 3, 4 malam pun ada hehe) tapi tak tertanggal pun! Kualiti sticker tetap sama. Saya suka! Saya suka! hehehe
Seterika jangan terlalu panas tau, kang terbakar plak sticker tu
Label baju tu boleh tahan sehingga 45 kali basuhan mesin, best!
Ciri ciri kualiti StickerKid
Kesemua sticker ni buat dan diimport dari Switzerland tau, sebab StickerKid nak pastikan setiap sticker yang dihasilkan tu menepati standard kualiti diorang. Terbaik! Ohhh yaa…kalau korang nak beli, boleh lah guna kod promo: DACH10RabattstickerKid untuk dapatkan diskaun 10%. Kod promo ni sah sehingga akhir Februari 2016. Happy shopping 😉
12,072 total views, 1 views today
Wow! Menariknya. Bleh try utk Adam & Athirah. Tak laa tercampur kat Tadika & Taska. ☺👍
Wahh..senangla mcm ni..sticker jenis tahan lasak..takdelaa risau kalau tertanggal kann
Print out dia mcm cantik…. sure cun print gambar. Idea ni for kids birthday's goodie bag!
Yupp best ni sbb kasut syami n iman asyik pengasuh tuliskan nama guna marker, nak marah pun ado! Habis kasut baru.. klu ada sticker ni mudahle n x mencacatkan kasut … nak beliiii
nice sharing…sya baru tau ade sticker leh iron on trus ni..senang skit nampak kemas,,tak yah da pakai marker pemanent tu huduh tgok…klu tempah yg jahit tu leceh lak nak jahit…blh la sya tempah lepas ni…selama ni tau sticker yg tampal kat botol tu jer..
Salam..menarik sgt..tapi harga yang dia tunjuk dalam dolar..jadi kena convert to duit malaysia darab lebih kurang rm6 kan?
Cikel: kena tgk brapa current exchange rate, kalau tak silap now USD1 = RM4.17.
Sis..kalau order stickerkid ni..berapa lama baru sampai kat kita??
Bestnya kak.. Senang keja mak gini. X yah nak tulis nama kan.
Senang nak cari kan.. x la asyik tertukar aja
LuLun 87: kalau tak silap, my order hari tu tak sampai 3 minggu dari tarikh order dibuat
Hi Mama… boleh tnya u order kt mana ye..?
Order online kat https://www.stickerkid.net/