Salam dears,
Semalam dalam group whatsapp, dok bincang pasal kakitangan awam yang gaji habis kena potong untuk bayar balik pinjaman PTPTN. Ada yang kata, majikan tak boleh ke bertimbang rasa dan janganlah potong sampai habis gaji pekerja tu.
Well, dalam kes PTPTN ni, majikan tak ada pilihan sebab majikan tertakluk dibawah Akta PTPTN. Sebaik saja dapat arahan bertulis daripada PTPTN, majikan mesti ikut. Kalau disuruh potong habis, maka kena potong sampai habis.
Jika majikan tak ikut arahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan. Dah tentulah majikan tak nak dikenakan tindakan kan? So jangan lah plak pergi marah majikan atau kata HR tak dak hati perut yer. Errr Mama cakap ni sebab Mama pernah kena maki bila potong gaji staff untuk kes kes pinjaman.
Hmm isu peminjam tak bayar balik PTPTN ni dah lama ditimbulkan dan PTPTN dah buat hebahan dalam sosial media, roadshow pasal hal ni. Ada kawan bagitau, PTPTN dah pun pergi ke setiap jabatan untuk bagi penerangan dan peminjam boleh buat rayuan. Malangnya, ada juga peminjam yang masih buat tak endah je. Tapi, bila gaji dah kena potong macam ni, ramai lah yang terduduk.
Kesian, memang kesian. Ye lah terbayang macam mana lah nak hidup, nak tanggung makan minum dan segala perbelanjaan bila gaji dah habis dipotong camtu. Tambah plak, yang berkeluarga dan beranak pinak. Kalau Mama pun memang nangis tak berlagu, mati kutu tak tau nak buat apa dah.

(pic from Google)
Tapi…dalam kes ni, nak salahkan PTPTN 100% pun, siapa yang salah sebenarnya? Yang berhutang atau yang mengutip hutang? Kalau orang pinjam duit kita seratus dua pun kita nak orang tu bayar balik, inikan pula hutang yang berbelas, berpuluh ribu! Cuma tu lah…sampai habis gaji dipotong…memang kesian lah.
Kalau dulu masa nak meminjam sanggup turun naik pejabat PTPTN untuk dapatkan pinjaman, kenapa masa kena bayar hutang tak boleh plak nak pergi bincang dan buat rayuan?
Mama pun berhutang juga masa belajar dulu. Ye lah…Mama bukan orang kaya, nak masuk universiti bukan ada duit sendiri jadi terpaksalah ambil pinjaman. Tapi sebaik saja dapat kerja, sejak dari gaji pertama dah mula bayar hutang ikut apa yang ditetapkan. Setiap bulan buat bajet dan ketepikan siap siap duit untuk bayar hutang belajar. Sedar sedar…dah habis bayar. Alhamdulillah.
So Mama cadangkan pada korang yang ada hutang PTPTN ke Mara ke JPA ke apa ke, sebaik saja start kerja, terus disiplinkan diri bayar hutang setiap bulan. Kalau yang belum dapat kerja atau gaji permulaan sikit, pergi lah runding dan buat rayuan untuk tangguhkan atau kurangkan jumlah bayaran bulanan tu. Jangan tunggu bila dah kena tindakan, baru nak menangis tak berlagu. Ambil iktibar dari apa yang berlaku kali ni…

Untuk yang masih belajar plak, bila duit PTPTN masuk, jangan lah pi berjoli katak beli handphone baru, handbag baru, baju baru, makan sedap mahal mahal. Masa zaman Mama study dulu, biasa tengok kawan kawan yang bershopping sakan bila duit PTPTN masuk. Belum habis semester, duit dah kering…pastu kacau mak bapak minta duit. Bukan semua student macam tu, tapi memang ada, betul kan?
Sebaiknya setiap kali dapat duit pinjaman tu, buat bajet. Pastikan digunakan betul betul untuk keperluan saja dan kalau boleh ketepikan sikit untuk simpan. Sebab bila nak start kerja nanti, pasti akan perlukan duit juga. Nak buat tambang pergi balik kerja, nak sewa rumah, nak beli pakaian pejabat etc etc. Nak keluar pergi interview pun kena pakai duit dik oiii!
Ehhh terbebel panjang plak. Ok lah bai 😉

4,221 total views, 1 views today
betul.. dah dapat duit.. kenalah langsaikan sikit2.. janji habiskan bayaran aje kan
yang berhutang tu kene bayar, yang authority tu pun rasanya tak patutla kejam sgt camtu. kesian org 🙁
saya belajar sambil bekerja,, ada duit baru register buat pengajian jarak jauh PJJ,, tak lah terasa sangat sebab dah bekerja dan dah ada buit baru sambung belajar,, kesian pada yang lansung tak kerja lagi dan baru dapat kerja terpaksa bayar pinjaman,, tapi itulah hakikat meminjam,, wajib dibayar balik balik,,
mana yang dah kena potong tu sabar ye,, buat perancangan kewangan utk beberapa tahun sehingga pinjaman selesai,, semua benda kena sukat maklumlah dengan GST sekarang ni,,,INSHA ALLAH kalau ada idea cari pendapatan sampingan,,
bayar la walaupun sikit kan.. dah namanya hutang kan..
kawan2 saya ada je yang taknak bayar langsung…lantak dia laa
saya-peminjam ptptn (batch 1), mmng tk de pilihan lain …ms tu ptptn aje… zmn dulu mmng tak reti nk nyimpan, dpt duit setiap semester, mmng tk menyimpan… kalau simpan pun, lps tu guna juga-beli computer la, mcm2..tp alhmdulillah, tk pernah susahkan mak ayah, mmng sepenuhnya guna ptptn ni..skrg dlm proses nk bayar secara konsisten (sebelum ni, bayar, tk byr, byr, tk bayr..hahah)..uhuhu, nak tk nak, hutang harus dibayar… cuma satu je tk puas hati dgn ptptn nih, kos pentadbiran mencecah ribuAN RINGGIT…SEDIH SEDIH! BARU KOS PENTADBIRAN, TAK MASUK kos pinjmn. eh eh..terbebel pnjg pulok..^_^
pada aida x brape patut la potong byk sgt kan.
abis la duit gaji!
but yes, x bleh salah ptptn or majikan.
da peminjam liat nak byr.
if only diskus awal2. or byr skit skit… ok dah.
apapun, hutang wajib dibyr.