- Badan lebih cergas dan bertenaga. Dengan INTEEMOR, walaupun tidur lewat, esoknya Mama boleh bangun awal macam biasa. Kalau sekali sekala rasa mengantuk di awal pagi tu biasalah kan. Dulu, kalau tidur lewat je, esoknya Mama akan rasa mengantuk dan letih. Pernah sampai nak terlelap sambil dok buat kerja atau terlelap sambil berdiri dalam komuter. Tapi kini tidak lagi π
- Melawaskan sistem penghadaman dan mudah ‘membuang’. Dulu Mama nak ‘membuang’ sekali sehari pun belum tentu. Tapi sekarang, kadang kadang sampai 2 kali sehari hehe. Bahan bahan dalam INTEEMOR ni menggalakkan proses detoks. Jadi bila sistem penghadaman baik dan dapat buang toksin dari dalam badan, tak hairan lah badan jadi lebih cergas dan bertenaga kan?
- Kulit terasa lebih sihat. Hmm selalunya bila nak datang period, pasti akan naik jerawat dimuka Mama. Paling kurang pun mesti ada sebiji yang nampak jelas macam ‘traffic light’ kat muka huhu. Tapi period baru baru ni, tak ada jerawat! Yayyy!
- Mengeluarkan angin dalam badan dengan jayanya. Makin banyak kentut ke? Shhh itu rahsia lah hahahah. Tak kisah lah kentut ke sendawa ke, yang pentingnya boleh keluarkan angin dari dalam badan ni haa. Mama selalu rasa sakit sengal sengal kat pinggang, sebab angin kot. Tapi sejak ambil INTEEMOR, dah kurang rasa sengal menyucuk nyucuk kat pinggang. Harap harap, dengan pengambilan yang konsisten, akan terus hilang rasa sengal sengal tu, InsyaAllah.
Ohh yaa…INTEEMOR diperbuat daripada 16 herbal terpilih, yang telah terbukti sejak turun temurun lagi kebaikannya untuk kecantikan luaran dan dalaman wanita. Jadi, tak hairanlah kalau ia mampu memberikan bermacam macam kebaikan untuk wanita yang mengamalkannnya, termasuklah Mama π
Selain daripada bahan bahan yang biasa kita dengar macam Kacip Fatimah, Manjakani dan Sireh, Mama tertarik dengan penggunaan Kunyit, Dong Qui dan Habbatussauda dalam INTEEMOR.
Kalau korang Google tentang kebaikan Habbatussauda, memang banyakkk sangat maklumat yang ada. Malah terdapat hadis yang mengatakan Baginda Rasullah SAW bersabda bahawa Habbatussauda berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Hmm rasanya ramai yang tahu bahawa kunyit sering digunakan oleh masyarakat India untuk tujuan kecantikan kan? Sebab kunyit mempunyai bahan yang boleh melawan keradangan dan memberi kesan antiseptik pada kulit. Seingat Mama, masa sekolah dulu selalu nampak kawan kawan India yang sapukan kunyit dikulit semasa tengah period. Sekarang baru Mama tahu apa kebaikannya.
Dong Qui pula adalah salah satu bahan yang sering digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengubati pelbagai penyakit dalaman wanita dan bagus untuk menstabilkan hormon. Aloe Vera pula, well tentu korang dah biasa dengar tentang kebaikan dan keberkesanan Aloe Vera dalam penjagaan kulit dan rambut kan?
Sebenarnya kalau nak dihuraikan satu persatu kebaikan 16 herbal dalam INTEEMOR ni, sampai lusa pun tak habis kot hehe. Apa yang pasti, Ephyra sudah pilih dan gabungkan hanya yang terbaik dalam INTEEMOR!
Sememangnya INTEEMOR umpama ‘jamu moden’ untuk wanita. Dah tak perlu bersusah payah nak rebus herba itu ini, pastu menahan pahit nak menelannya pula. Dengan INTEEMOR, senang saja. Ambil sudu, tuang dan ngap! Rasa pun sedap, masam masam manis. Simpan plak dalam peti ais, confirm senang nak telan.
8,208 total views, 2 views today
mas pun minum inteemor..
kesannya memang terbaik untuk kesihatan wanita
best kan?
sngat bagus Inteemor ni.. Yanie memang nak amalkan terus Inteemor..
Banyaknye khasiat dan kelebihan Inteemor ni….
mmg bagus produk ni
istiqhomah ye mama..alololo..suap mama ye..
Alhamdulillah, Kak Nina pun dah amalkan INTEEMOR dan teruja akan khasiat dan kebaikkannya!
Testimoni Kak Nina
CoratCoret Nina: 5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu –
http://ninamirza.blogspot.my/2015/11/5-Rahsia-INTEEMOR-anda-perlu-tahu.html
Solid la badan mama pasni ye.. terbaik Inteemor..
Wow… Menarik.. Bleh try nih. π
amboih..siap ada tukang suap tu..heheh
Inteemor memang terbaik.. Suka suppliment ni
Suka buah berri…
Suka sangat amal inteemor banyak kepuasan seseorang wanita boleh dapat dari pati jus inteemor…alhamdulilah ramai yang bagi feedback positive π
tergoda pula smua suka makan inteemor ni kak..hahahaha kena cuba ni