Salam dears,
Masa dok scroll tengok pics kat Instagram (IG) semalam, tiba tiba terjumpa IG yang buat Mama mengimbau seribu satu kenangan…
University of Strathclyde, Glasgow, Scotland
Mama sempat belajar disana, tapi tak graduate disitu. Disebabkan kegawatan ekonomi tahun 1998, ramai pelajar MARA terpaksa balik sambung belajar kat Malaysia. Terutama yang ambil kursus yang dikategorikan sebagai ‘non-critical courses’. Macam Mama lah, ambil kursus Marketing je.
Mama berhenti dengan agak mengejut juga masa tu. Dapat je tempat di universiti tempatan, terus berhenti pergi kelas di University of Strathclyde dan bersiap untuk balik Malaysia. Tak sempat nak jumpa kawan kawan sekelas untuk ucapkan selamat tinggal pun. Kenapa mengejut? Hmm adalah kisahnya, panjang kalau nak cerita.
Setiap kali Mama teringat zaman belajar di sana, pasti timbul rasa menyesal dan terkilan. Ehh bukan menyesal sebab tak dapat habiskan stadi disana. Masa tu Mama happy je nak balik Malaysia hehe
Tapi…yang buat Mama rasa terkilan sampai skarang ialah, Mama langsung tak dak ambil gambar di University of Strathclyde tu! Gambar sekitar Glasgow dan Scotland tu ada lah, tapi gambar di university, tak dak. Gambar dengan rakan sekelas pun tak ambil. Kenangan yang ada, hanyalah apa yang dalam ingatan Mama saja. Dan ingatan, mungkin makin lama akan makin pudar….
Jadi menyesal, memang menyesal kerana dulu Mama ni jenis yang tak berapa suka bergambar. Tambah plak masa tu blum ada camera phone atau kamera yang kecil comel macam sekarang, nak kena usung kamera besar gedabak kesana kemari. Jadi malas dan selalu ada perangai ‘nanti lah baru aku ambil gambar’. Tup tup, sekeping pun tak dak! Huhu
Mungkin sebab tu lah, sekarang ni Mama jadi jenis yang skit skit nak snap pics. Terutama gambar anak anak, diorang dok bergolek melepak depan tv je pun, Mama sibuk ambik gambar. Bawa anak anak makan cendol kat tepi jalan pun ambil gambar hehe. Sebab seboleh bolehnya nak rakam kenangan. Kerana setiap saat, setiap aksi, setiap tempat yang dilawati tu, adalah sebahagian daripada hidup ini.
Biar lah orang tengok kita pelik jer, sebab asyik sibuk nak ambil gambar. Biarlah orang kata gedik macam Mamarazzi. Asalkan dapat rakam kenangan, yang mungkin tak akan berulang lagi, ye dak?
3,854 total views, 1 views today





yela..kalau tak,ada jugak kan gambar kenang-kenangan kat sna mama…
Satu ketika gambar gambar akan jadi kenangan paling indah mama…
Betul tu… tapi apa boleh buat kaaannn… sayang!
betul tu mama, setuju sesangat…gambar tu penting.. gambar kita kekecik dulu abis semua terkorban dalam banjir… sedih sangat…huhu
betul…melalui gambarlah kita dapat kenang balik zaman2 dulu kan… x perlah..dulu x ada kemudahan mcm skg,,, skg ni kita rakam ajerlah apa yg kita nak…
Samalah dengan Wa ..memnag suka snap gambar anak-anak buat kenangan 🙂
sayangnyaaaaa tak de gambar ngan kawan2 . Salam kenal n follow sini
maybe masa tu kekangan nak amik gambo kot kan.
tak mcm skang, camera di hujung jari 24 jam, nani.
at least ada la memori dlm minda… dari aida ni hah, belajar kat KL aje 🙂 ha ha ha…
kita serupa. anak2 memang da kenal sgt dgn ibu dia ni.
24 jam amik gambo ha ha ha…
but selected aje la share kat fb and blog.
selebihnya, memenuhkan ruang fikiran hard disk 🙂
takpe mana tahu nanti rezeki ke sana dengan kembar 3 pulak
Betullll frust tak de gambar kenangan tau….so la ni tempek kat blog banyak2 sebab nanti kalo dah tua inshaAllah boleh carik balik…hihihi
Nanti berpeluang ke sana boleh lah rakam gambar balik semula 🙂
Bestnya dapat juga mengambil pengalaman belajar kat luar negara… Tak apa kak, inshaAllah nanti ada rezeki pergi ke sana balik.. Snap bebanyak hehehe
Moment menarik tu harus dirakam utk kenang kenangan 🙂
Sop pun X suka bergambar. Hhhuhu