Salam dears,
Semalam Mama dok mencari gambar untuk buat Photobook, plan nak kumpul gambar kenangan manis tahun 2015. Tapi dok godek godek laptop, terjumpa plak gambar gambar lama si kembar tiga. Gambar masa diorang masih bayi lagi. Ohhh terus terasa nostalgia emo tak tentu pasal plak masa tu hehehe.
Sebabnya si kembar ni lahir pramatang (premature babies). Lahir pada usia kandungan 34 minggu 5 hari, berat Fahmi masa tu 1.96kg, Faris 2.04kg dan Fauzi 1.85 kg saja. Kecil dan kurus sangat. Macam kulit dengan tulang je. Pakai baju dan pampers newborn yanh paling kecil tu pun, still longgar menggelebeh hehe.
Ingat lagi, ada sekali tu ketika bawa si kembar ni pergi check up kat klinik kesihatan, ada sorang makcik ni sampai menangis bila tengok si kembar. Sebab diorang nampak terlalu fragile. Dia sedih takut diorang tak sihat. Tapi Alhamdulillah, walaupun lahir pramatang, si kembar ni sihat sihat je π
07.09.2008 – Hari pertama si kembar balik ke rumah π
07.09.2008 – Pakai baju size newborn, tapi still longgar yang amat
Kecik cinonet je
Mari menangis beramai-ramai, yeahhh π
07.10.2008 – dah mula bam bam dah.
Tapi masa ni kulit gelap ja semua.
12.11.2008 – Tiga budak bam bam
Hmm bila ditatap semua gambar tu, ada rasa gembira, sayu, terharu dan ntah apa lagi lah perasaan yang tak dapat nak diucapkan. Walaupun dah tujuh tahun, tapi sampai sekarang masih ada rasa macam “ehh anak aku kembar tiga lah!”. Yang pasti, rasa sangat sangat bersyukur kerana dikurniakan nikmat terindah ini, Alhamdulillah π
Moga Fahmi, Faris dan Fauzi akan terus membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa, Amin…
5,658 total views, 1 views today















alahai keciknya tgok pakai baju newborn tu pun masih gelebeh..patutla makcik tu nangis,,mmg kecik sgt tgok…alhamdulillah rezeki,,biler nak beradik gigirl pulak?? hihihi
mesti masa mula2 tu akak gelabah kan..sebab tiga2 nangis serentak..tapi bestnya kak..Fidah kalau boleh nak jugak kembar tapi 2 je la..hehehe..meriah sikit dlm umah tu
teringat dulu,masa jalan-jalan kat klcc..lama dah..teringin nak dapat kembar macam ni..kita pernah update kat blog
http://www.kisahsidairy.com/2012/03/si-kembar-3.html
Alhamdulillah rezeki.. moga membesar dengan sihat hendakNYA.
Sekejap je kan dah besar Kembar 3 nie… rasa mcm baru semlm baca kisah diorg… wahhh Mama dah nak start buat Photobook… kita nak rest dulu… sbb last month dah pulun buat photobook utk 5thn punya picture… bergambar tp x pernah cuci… Mama dah tengok ke kat website yg kita share semalam… hehehe…
saya mmg folo blog akk dari dlu..dr sblm tau sy pregnant kembar kak hahahahaha..tetiba dpt kembar..asyik stalk je blog akk..dah besar dah 3F skrg ni..tp sy masih tak kenal mana satu fahmi..mana satu fauzi..kompiussss acik tau
Alahai..comelnya depa
Alhamdulillah syukur sangatkan..Allahu…sekarang masing masing dan bujang..moga sentiasa bersatu hati..jaga Allah..jaga mama dengan papa..
Alhamdulillah…seronok baca cerita kembar 3 ni….nak juga merasa….hehehe
Kagum…kagum sebab dulu julia hanya baca blog mamakembartiga je…dan tak sangka kita dah jumpa bukan sekali tp banyak kaliiiii….Allahuakbar, kembar2 akak ni semua so strong thanks Allah…
Kalau saya pon menangis tengok kembar 3F ni masa kecik. Kecik sangat… Anak saya yg lahir 2.5kg pon saya nak menangis tengok. kesian. takde isi.. Alhamdulillah.. membesar dgn sihat anak2 akak ye..