Salam dears… Hari ni Mama masak nasi lemak. Jadi kenalah goreng ikan bilis. Nasi lemak tanpa ikan bilis goreng, tak syiok laa kan? Tapi masalahnya, Mama ni bila goreng ikan bilis selalu gagal – tak pernahnya rangup! Liat patah gigi ada laa huhu. So Mama Google cari petua goreng ikan bilis hingga rangup. Dan rata rata petua yang Mama jumpa kata guna cuka. Ehhh apa kaitan cuka? Ntah lah, tapi Mama cuba je lah. Dannnn ianya berkesan! Buat pertama kalinya ikan bilis aii rangup krup krap krup krap! Yayyyy!
Petua goreng ikan bilis hingga rangup:
1. Bersihkan ikan bilis dan toskan air.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Biar minyak betul betul panas baru masukkan ikan.
3. Goreng guna api perlahan.
4. Alih alihkan ikan bilis semasa menggoreng.
5. Goreng hingga buih hilang.
6. Bila dah nampak nak masak dah, titiskan 2-3 titik cuka putih dan gorengkan sikit lagi.
7. Angkat dan toskan dalam pinggan/bekas yang dilapik dengan tisu dapur untuk serap minyak.
8. Hidangkan!
Pastu, silalah menikmati ikan bilis goreng yang enak dan rangup, hoyeahhh 😉
5,756 total views, 1 views today







Hi Blogwalking singgah kat sini tengok blog anda.;)
Owh..macam tu..agaknya yang kat kedai kedai atau warong tu letak cuka bila goreng ikan bilis..memang rangup..tq mama share..
Ooh…letak cuka ek.blh try nanti
Ooh…letak cuka ek.blh try nanti
owh.. letak cuka ye kak…. ok… =D
tak pernah try cara ni..sebab selalunya saya goreng memang rangup..hehhe..lain kali boleh cuba nih..
Baru tau jugak..hehehe tq sharing sis 😄
Terima kasih atas petua tersebut
mungkin trngok jenis ikan bilis jugak kot kak…
saya baru tau ni kak..thanks for the tips..nnt sy cuba ya..
agak sama cara kita kecuali no 6 tu.
cuka putih…
tq for sharing 🙂
boleh cuba tips no 6 tu.