Salam dears,
Mama suka makan masakan ala kampung, lauk pauk Melayu lah orang kata. Nak masak sendiri, tak pandai. Nak balik kampung makan masakan emak, jauh lah pula. So selalu tercari cari kat mana lah nak dapatkan hidangan ala kampung yang rasanya asli dan seperti ‘homecooked’. Dan kini Mama dah jumpa tempatnya di Ummiza Cafe!
Hari Sabtu lepas Mama sekeluarga dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari telah menyerbu Ummiza Cafe. Mama dah sedia maklum yang Ummiza Cafe ni menyediakan masakan ala kampung. Excited punya pasal, dari pagi Mama dah ‘simpan’ perut, sarapan biskut cicah milo je.
Dan ianya tak sia sia, sebab memang banyakkk sangat lauk pauk yang disediakan, lebih kurang 17 jenis hokey. Sebaik saja tengok barisan lauk yang dihidangkan, terus kecuq ayaq liuq dan rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. Semua lauk favourite plak tu! Dan rasanya ‘asli’ gitu, memang kena dengan tekak Mama nih. Tapi lauk pauk ni semua akan berubah mengikut menu setiap hari lah ye.

Lebih kurang 17 jenis lauk dihidangkan hari tu
Ayam masak merah
Sup cendawan
Keli berlado
Sambal udang & petai
Ayam masak kicap pedas
Gulai siput sedut
Gulai rebung
Sambal ikan bilis
Asam pedas
Gulai daging
Gulai ayam kampung
Ikan goreng
Ikan kembung berlada
Sayur kobis & karot goreng
Gulai pucuk ubi
Ulam ulaman
Sedappp!
Kuih muih pun ada. Donut sedap! Si kembar berulang makan
Ikut kata kawan kawan blogger yang sensitif dengan penambah perisa, diorang langsung tak ada rasa pening kepala lepas makan kat Ummiza Cafe ni. Untuk korang yang sensitif ni, tentu faham apa maksudnya tu kan?
Suasana kedai pun luas dan selesa. Paling penting, bersih! Ada beberapa orang rakan bloggers yang ‘merayau’ sampai ke dapur tau. Dan diorang melaporkan dapur tip top bersih!
Melihat khemah yang Ummiza Cafe siapkan khas untuk team KBBA hari tu, Mama rasa kalau nak buat jamuan makan makan kat situ pun sesuai gak tu. Siap boleh karaoke tau. Pastu ada tempat untuk ‘putting’ juga. Jadi geng kaki golf, syiok laa kalau datang sini.
Melihat khemah yang Ummiza Cafe siapkan khas untuk team KBBA hari tu, Mama rasa kalau nak buat jamuan makan makan kat situ pun sesuai gak tu. Siap boleh karaoke tau. Pastu ada tempat untuk ‘putting’ juga. Jadi geng kaki golf, syiok laa kalau datang sini.
Seronok budak budak main kat sini
Pada hari tu, Ummiza Cafe juga telah sediakan kemudahan karaoke khas untuk team KBBA. Memang terbaiklah!
Penyanyi undangan – blogger Boni Kacak hehe
Pic dari blogger Nina Mirza
Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari bersama pemilik Ummiza Cafe
Haaa Ummiza Cafe juga ambil tempahan katering untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun. Untuk tempahan boleh hubungi Puan Nor – 0196682069 atau Ain – 01110602569
Bersama pemilik Ummiza Cafe, muda muda lagi
Si kembar pun nak posing juga 🙂
Hmmm Mama harap Ummiza Cafe akan kekalkan kesedapan hidangan makanan dan kebersihan restoran. InsyaAllah Mama sekeluarga pasti akan pergi lagi. Tak puas rasanya makan Ayam Masak Merah, Sup Cendawan dan Keli Berlada tu, sedapnya sampai hari ni masih teringat ingat. Ishhh kecuq ayaq liuq aihhhh!
Info Lanjut:
Alamat: Ummiza Cafe, No 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Sabtu.
Tutup: Ahad dan cuti umum.
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan Nor – 0196682069
Ain – 01110602569
Instagram: Ummiza Cafe
7,795 total views, 1 views today
tiba-tiba perut jadi lapar aihhh…. terbayang-bayang kesedapan rasanya tu…
Lapar terus perut ni tengok.. Semua menyelerakan
semua menunya nampak menyelerakan.. terbaik!
terasa2 lagi… siput sedut tuu … sedapp nyeee !
semua lauk pauk dan kuih muih sedap belaka..
Ada tempat solat dan tandas yang bersih itu lah kelebihan Ummiza cafe ye…hebat…boleh beriadah lama sebab ada port utk solat selesa.
Tengok pun dah dapat rasakan betapa sedapnya rasa lauk2 tu
Masakan kampung memang paling best kan 🙂
bestnya makan free 😉
sangat-sangat WIN!! nampak semuanya menyelerakan.. hehe
Yummmy 😍😍😍😍
slalu lalu sini tp x nah stop makan,,nt nak try lah,,penah dgr org lain pun kata sedap…
meleleh pulak mulut tengok menu2 ni..jom repeat kak
menarik.
masakan kg 🙂
Sedap tu masakan kg..dkt jela ngan puchong..ada rezeki boleh p try test…
Alolo…bestnya tgk anak kembar tu..
haihhh klu sy tau ni entry seterusnya..tak nak sy klik hahahaha..laparrrrr kak..sedap gile makanan kt sini..1st time cuba terus jth hati
Nak puasa ni.. cari menu tetiba tunjuk blog mk3 ni.. sedap2 nya lauk pauk..
nor hazmira recently posted…Manfaat Collagen Powder Shaklee
Lacuk camni buka puasa mmg bertambah laa makannya hehe