Salam dears,
Pada hari Ahad 24 Ogos yang lepas, Mama sekeluarga dan team Kelab Blogger Ben Ashaari telah pergi ke Zoo Negara untuk sambut birthday Giant Panda yang super duper cute!
Punya lah excitednya kitorang ni, awal awal pagi dah sampai. Pintu Zoo Negara belum bukak pun lagi masa tu haha. So sementara menunggu tu haruslah posing dulu.
Sebenarnya Bloggers Day ni diadakan sempena menyambut hari jadi ke 9 panda Xing Xing dan Liang Liang. Zoo Negara, Cosmoderm, dan Food Panda telah dengan murah hatinya menaja program ni dan memberi layanan yang sangat tip top untuk team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) hari tu.
Team KBBA dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibawa melawat sekitar Zoo, siap ada tour guide lagi tau. Ayah dan si kembar masuk kumpulan Hornbill, manakala Mama kumpulan Panda. Tapi sebenarnya kitorang jalan sama sama je sepanjang masa.
Mulanya Mama cam panik skit camna laa Ayah nak handle si kembar 3 ni sorang sorang kalau lain kumpulan. Kalut pi tanya kat staff Zoo Negara tu. Agaknya dia tengok Mama cuak sangat, dia kata “ok lah ‘Mama Panda’ boleh join anak anak dia”. Terus aii dapat gelaran ‘Mama Panda’. Sesuai gitu 😉
Mama Panda yang omei hahahah


