Jadi bila seorang dah tiada, memang pada awalnya agak terumbang ambing dan perit untuk yang ditinggalkan tu nak teruskan menyara kehidupan dan anak anak. Kalau ada insurans, sekurang kurangnya ada lah sikit simpanan yang dapat dijadikan ‘safety net’ sementara nak dapat berdiri diatas kaki sendiri semula kan?
Perlu ke Insurans?
Dan kini, Mama Ayah dah ambil juga insurans untuk si kembar 3. Ambil pelan Takaful Saver, sebab disamping perlindungan insurans, ianya juga adalah investment dalam Prudential BSN Takaful. Dapatlah jadi simpanan untuk masa hadapan. InsyaAllah bila ada rezeki lebih nanti, Mama akan add-on dan ambil medical card pula untuk si kembar 3 ni.
Mama tertarik dengan Prudential BSN Takaful sebab ada feature ‘contributor’, yang mana jika terjadi apa-apa risiko (kematian, lumpuh/cacat kekal, & sakit kritikal) pada pembayar kepada anak tu, polisi akan menjadi free. Maksudnya perlindungan insurans ini akan diberikan secara percuma kepada anak sampai umur 25 tahun. Bagus kan?
Pastu, ada Takaful Education Plan, yang mana bila anak anak cemerlang dalam peperiksaan, PruBSN akan bagi ganjaran kat anak tu. Dan bila anak berumur 19 atau 20 tahun, cash value dalam akaun PruBSN dia tu boleh guna untuk pendidikan dia. Sekurang kurangnya, tak perlu lah nak pening pening pikir mana nak cekau duit banyak bila anak nak masuk universiti nanti kan.
Setahu Mama, plan Takaful RM50 paling murah untuk insurans nyawa tanpa medical card, dan RM100 paling murah untuk insurans nyawa + medical card. Err kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pelan insurans Takaful ni semua, sila jangan tanya Mama, aii bukan agen insurans hahaha. Tapi korang boleh contact blogger Wan Mohd Zulqhairi di 013-5190233 (sms/call/whatsapp). Atau nama manjanya Que 😉
Tanya lah apa korang nak tanya kat dia. Pastu bagitau je apa coverage yang korang nak (medical, life, saving etc) dan berapa bajet korang. Nanti dia akan bagi sebut harga & details tentang pelan tu.
Mama suka deal dengan dia sebab dia jenis yang tak memaksa. Dia akan cadangkan, pastu kita sendiri buat keputusan apa yang kita nak. Senang & selesa camtu. Pastu kan, bulan Ogos ni dia bagi 25% diskaun untuk first premium, untung wehhh. Ni details si Que ni yer:
6,528 total views, 1 views today







Insurans tu memang penting kak sebenarnya…"Payung" untuk yang bakal kita tinggalkan…
Mama bijak! Setuju dengan farah, 'payung' sambil menabung.
Betul..pC dengan suami pun terfikir nak ambil insurans..in sya Allah..
Setujuu. Insurans memang penting sekurang kurangnya ada back up kalau ajdi apa apa nanti
penting jugak ye insurans nie kl di fikir2kan balik ye…
Ena dah kerja nanti baru nak aply.. Baru2 ni ada org insurans call tapi kita ni student lagi kan, takut tak mampu la nak bayar bulanan tu
zaman skrg ni insuran mmg penting sgt
SIkit sebanyak kena ada juga personal insurans ni..
yes penting.
aida 5 sekeluarga amik takaful ikhlas.
tiada med card.
guna cuepacs care card aje ~ gomen kan.
aida lebih pentingkan simpanan education anak2 di masa depan.
iye la kan, masa depan tak boleh kita plan.
ketentuan Allah 🙂
so, saving drpd skang…