Salam dears,
Hari Isnin lepas (25.05.2015), sebaik saja Mama ambik si kembar kat taska, terus pakat mengadu yang Fauzi kena pukul di sekolah! Katanya kawan sekelas pukul dia beramai ramai!
Fauzi kata pada mulanya ada sorang budak pukul dia, jadi dia tumbuk budak tu balik. Tapi tiba tiba kawan kawan yang lain pakat join pukul dia juga. Diorang tumbuk perut & dada dia, tolak dia sampai jatuh tertiarap atas lantai, pastu pijak & sepak sepak dia. Diorang berhenti bila cikgu leraikan dan marah budak budak yang pukul dia tu.
Sungguh rasa nak luruh jantung Mama masa dengar tu! Terus terbayang drama gangster dok pukul orang. Bergenang terus air mata huhuhu
Mama periksa seluruh badan dia kot kot ada lebam atau luka. Kat dahinya benjol sikit, kesan terhantuk kat lantai. Pastu baju dia kotor bekas kena pijak & sepak. Sampai kat leher/kolar baju tau ada kesan. Syukur sangat tak ada kecederaan yang lebih teruk.

Benjol kat dahi dah surut skit lepas di tuam
Sebenarnya bila jadi camni, Mama blur skit tak pasti apa yang perlu dibuat. Nak pergi jumpa cikgu ke nak telefon saja? Nak hubungi guru kelas ke guru besar? Pergi terus ke kelas atau ke pejabat dulu? Jadi Mama tanya kawan kawan.
Diorang nasihatkan Mama agar pergi sendiri ke sekolah & buat aduan. Sebab perkara camni tak boleh dibiarkan, takut berulang lagi. Jumpa guru besar, guru penolong kanan hal ehwal murid atau guru disiplin. Sebaiknya bawa sekali surat aduan dan apa apa bahan bukti, contohnya gambar kecederaan tu.
So petang semalam Mama & Ayah dah pun ke sekolah si kembar & jumpa dengan guru penyelia petang. Sebab Masa tu guru disiplin tak ada. Disamping surat yang kami bawa, kami juga diminta isi borang aduan rasmi.
Guru penyelia tu kata guru disiplin akan buat siasatan & panggil murid murid yang terlibat. Jika perlu, cikgu akan panggil pihak ibu bapa yang terlibat datang ke sekolah juga.
Cikgu kata setiap aduan atau hal disiplin macam ni akan direkodkan dalam buku disiplin pelajar, yang mana laporannya akan dimaklumkan kepada ibu bapa murid tu masa hari perjumpaan ibubapa dan guru (contohnya masa ambik report card). Dan rekod tu akan kekal selagi murid bersekolah. Kalau pindah sekolah pun, pihak sekolahnya yang baru boleh take note & pantau murid tu.
Jadi buat masa sekarang, Mama & Ayah akan tunggu & lihat apa tindakan pihak sekolah akan buat. Lagipun, kalau nak terus ‘serang’ pun, Mama pun tak betul betul pasti apa yang berlaku. Biasalah budak budak kan, kadang kadang kita kena tanya berkali kali baru dapat tau apa yang berlaku sebenarnya. Tapi bab dia kata kawan pukul beramai ramai tu Mama percaya, cuma berapa ramai & siapa tu….biar lah cikgu siasat dulu.
Tapi….kalau tak ada tindakan atau lepas ni berulang lagi…errr..tatau laa tahap kesabaran ni macam mana nanti. Harapnya, perkara macam ni tak kan berulang lagi lah. Doakan moga moga si kembar 3 ni akan sentiasa dilindungi-Nya dan dijauhkan daripada segala perkara yang tidak elok, Amin…

Update 28.05.2015: Si kembar kata cikgu dah tanya diorang siasat benda ni. Cuma Mama belum dapat bercakap dengan cikgu tu je lagi untuk dapatkan cerita sebenar.
5,378 total views, 1 views today
salam…
scarynya budak2 skrg.. baru besar tu dah pndi pukul2 pijak2 org? Minta dijauhkan anak2 kita berperangai begitu.
Ya Allah sedihnya.
Kecil2 begini dah pandai pukul kawan beramai-ramai. Nampak sangat pengaruh filem atau drama ni. Tak boleh dibiarkan. Kena beritahu ibu bapa supaya sama3 ambil tanggungjawab membentuk anak2.
Ya allah kak..takutnyer…kesian anak akak..ni boleh jadi trauma tau tak…ganas sangat la budak2 zaman sekarang ni..harap pihak sekolah segera ambik tindakan..bukan kita nak minta..tapi kalau dibiarkan boleh meragut nyawa ni kan..
aduhai bab pukul2 ni yg best ni..kecik2 dh jadi gangster.budak zmn skrg..risau btl.huhu
Mmg risau…
Tu laa cikgu penyelia tu pun tanya kot fauzi trauma. Nasib baik fauzi happy je nak ke sekolah
Sekarang ni budak budak terdedah dgn mcm mcm benda, risau
Amin….
Allah terkejut nani baca. risau jugak kes kes macam ni berlaku. mudah mudahan fauzi tak kna pukul lagi lepas ni
bagu2 ..memang kena pi jumpa sendiri..tak boleh setakat call sekolah je..kalau saya siap mintak nak jumpa budak2 tu..bila diaorang nampak kita sekurang-kurang nya ada rasa takut sikit nak ulang buat benda tu lagi pada anak kita..
kecik2 lg dh brani2 pukul org…aduhai bdk2 zaman skrg…moga2 kajadian cmni x berulang
Moga akan ada jalan penyelesaian di mana pihak sekolah berlaku seadilnya.. tak kiralah siapa salah siapa betul.. yang penting akan jadi pengajaran dan teladan buat semua murid sekolah terbabit.
Bukan la niat nak campur tangan hal budak-budak kan,,tapi kalau dibiarkan takut melarat.. Tindakan pergi jumpa guru tu ada baiknya.. Bukan la nak memihak kat anak kita,at least guru boleh siasat kan..
Risau kalau pukul-pukul macam ni.. Nasib baik tak teruk, takde patah riuk.. Takde care Fauzi
assalam kak..
sedihnya dengar. thn depan anak sulung drjah 1, takut pulak dgr cite mcm ni.
Ya Allah kecik memasing tunjuk gangster ….
sampai hati pijak kawan tu … sepak lagi lagi …. biar la parent budak2 yg pukul tu nak marahh ke ape ke… budak tu bad rekod ke … janji perkara mcm ni tak berulang lagi …. pada budak lain lagi atau kembar2 ni ….
Kesian nyer.
MAMA EMEL TERUS KEPADA UNIT ADUAN MURID KPM. SEKOLAH X BERTINDAK CEPAT MAMA EMEL PEGAWAI AKAN TERUS AMBIL TINDAKAN UNTUK SEKOLAH. KLU MELALUI KEMENTERIAN SEKOLAH AKAN AMBIL TINDAKAN SEGERA.
aduandisiplin@moe.gov.my
talian ;0388886749
fax ;0388846681
wawa putrajaya
hi salam kenal 🙂
terasa nak komen bila baca entry kali ni. selalu jadi silent reader je…huhu.
seramnyaa..tak boleh bayang kan perasaan sendiri kalau berdepan dgn situation macam ni.
kadang-kadang kes macam ni memang tak boleh amik mudah kan.. sebab anak memang akan terkesan dari segi physically or worst, emotionally.
hopefully tak berulang.. semoga dipermudahkan 🙂
Thanks wawa. Kalau ikut ckp si kembar, cikgu dah tanya diorang siasat benda ni. Cuma mama blum dpt bercakap ngan cikgu tu je lagi utk dptkan full story
Allahurobbi.. Demam tak? Nangis teruk tak? Trauma tak? Allah..tak abis pk saya. Risau. Teringat Aqil kt sekolah. Aduh..aunty doakan yg terbaik Dan moga Allah pelihara anak anak kita dr sebarang perkara buruk. Be strong dear..
Alhamdulillah fauzi tak demam atau trauma. Katanya masa kena pukul tu dia nangis gak laa huhu. Tp syukur sgt esoknya dia happy je nak pi sekolah
Budak la ni da banyak terpengaruh dengan apa yang ditayangkan dalam drama dan filem.
Ya Allah… risaunyaa…. nasib la takde pape… skerinya budak budak zaman sekarang ni…… T_T
Ya Allah…terkedu baca kak…nak nangis pun hado…sayu ati..
I feel u sis…huhh sedihnya…bagus terus sharing dengan GB…at least concern bab ni cara baik kan.
Yup, sebab risau kalau dibiarkan berulang lagi