Salam dears,
Dah lama Mama tak pakai tudung bawal. Rasanya kali terakhir pakai ialah sebelum lahirkan si kembar 3 ni kot, dah tujuh tahun tu. Tapi bila kawan kawan asyik dok bercakap pasal tudung bawal Aidijuma ni, timbul rasa ingin tahu laa juga – best sangat ke Aidijuma ni? Pastu…’terusik’ skit gak laa nafsu nak mencuba tudung Aidijuma hehehe.
Jadi bila ada kedai Aidijuma baru buka dekat ngan ofis Mama, apa lagi…laju laju laa pegi tengok. Mula mula pegi tu, rasa macam….ehhh apa yang best sangatnya, nampak biasa je. Tapi…kali kedua pergi, tup tup ada yang terbekenan plak hahaha. Biasa laa pompuan, lawatan semula ke satu kedai tu walaupun kali pertama pergi tak berkenan, adalah perkara biasa kan, kan? hahaha
Aidijuma ni ada beberapa kategori atau label – White Label, Pink Label, Blue Label, Green Label dan Black Label. Kalau ada label lain, aii dunno. Dari pengamatan Mama (chewah!), setiap label berlainan harga sebab jenis material/kain yang digunakan tu berbeza kualiti. Yang White Label paling murah, materialnya sedikit keras & nipis/jarang. Pink Label tebal skit tapi masih agak ‘keras’. Yang Black Label paling mahal, jadi kainnya sedap, lembut & sejuk ja.
Disebabkan Mama baru pertama kali nak mencuba pakai tudung bawal sejak dah bertahun tak pakai, Mama beli sehelai Pink Label je dulu, RM14 saja. Masa tu pikir kalau tak pandai or tak suka pakai pun, tak lah terasa rugi sangat kan 😉
Aidijuma ku yang pertama 😉
Tapikan…sekarang ni rasa macam nak pi beli lagi jer. Tiba tiba rasa macam suka jer…macam ok plak pakai Aidijuma, sebab kainnya jenis yang mudah dibentuk. Coraknya pun comel comel juga. Patut laa ramai yang suka Aidijuma ni yer.
Hmm…pasni nak mengGoogle cari tutorial cara pakai Aidijuma lah. Kalau nak beli lagi, elok laa tau camna nak mempelbagaikan gaya pakainya kan? Mana laa tau, kot kot leh jadi lawa cam Datin Norjuma tu ke kan? Bhahaha! *berangan*
4,432 total views, 1 views today
habislah
skali beli nak lgi ni
hehe 🙂
akak, joinla grup kt fb Just Tutorial bawal aidijuma, byk gaya boleh try.. hehehe
entah kenapa lebih suka pakai tudung sarung…mybe cepat dan jimat masa walaupun dalam hati ni nak jugak teringin nak beli tudung aidijuma
kan?nasib baik la ida bukan jenis sume nk beli sbb cute…ade yg tak sesuai jual balik..nasib ade yg nk
sekali dah jatuh hati kan. macam tu la. kekekekekeke
tudung bawal best. senang bentuk 🙂
Hahah..terkena badi AJ dah..saya nk pencen dah…byk da AJ sy da letgo…skrg nk.try lopa plak
Tak pernah lagi memiliki tudung AJ ni.. Teringin nak beli satu tapi ena ni dah jarang pakai tudung bawal.. ermm errrmmm
sy pon tjebak tp ada 6 helai je la…suami bising kata tudung dh byk sgt nk buat jual ke?hahahaha
ibu nani suka sangat pakai tudung AJ ni. hihi
tu dia…. ghahaah pakai kak.. leh geng
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂
sama mcm Fida..Dah 2 bulan duk beli sakan tudung AJ ni..Padahal dulu tak minat pun..tapi dah start kenal sorang member ni..dai pulak rajin p borong kat AJ..alang2 beli kat dia jer..hahaha..sampai sik somi pun kata…almari tu dah penuh dgn tudung dah hehehe