Salam dears,
Benda ni jadi minggu lepas, tapi Mama masih terngiang ngiang, teringat ingat. Risau.
Ceritanya camni. Malam Selasa ke Rabu yang lepas, si Fahmi bukak cerita. Katanya masa dia ke tandas di sekolah, ada sorang abang ni tumbuk perut dia! Katanya abang yang ‘pakai baju ambulan’ (persatuan bulan sabit merah kot) tiba tiba je datang tolak dia ke dinding, cekik leher & tumbuk perut dia!
Kata Fahmi, lepas kena tumbuk tu dia balik ke kelas & bagitau cikgu. Tapi tak dapat nak buat apa pun, sebab ‘abang baju ambulan’ tu dah beredar dari tandas. Dan Fahmi tak kenal siapa budak tu, jadi memang susah lah nak cari kan.
Si Faris pun mengiyakan cerita tu. Kata Faris kebetulan dia baru nak masuk ke tandas masa tu & dari pintu tandas dia nampak ‘abang pakai baju ambulan’ tu tumbuk Fahmi. Tapikan…Faris terus lari balik ke kelas. Bila ditanya kenapa tak tolong Fahmi? Dijawabnya “Faris takut! Faris terus lari balik kelas, duduk buat keja.” Tak bagitau cikgu? “Tak, Faris takut”. Adehhh *sigh*
Macam nak luruh jantung Mama masa dengar cerita tu tau! Rasa terkejut, sentap, sedih & risau! Risau kalau nanti budak tu datang pukul atau buli si kembar 3 ni lagi. Haishhh kenapa laa ada budak yang nakal camtu kat sekolah???
Nak buat aduan kat cikgu, tak kenal sapa budak tu. Baru pertama kali terjadi. Jadi Mama Ayah pesan berkali kali kat si kembar 3 ni, lain kali kalau ada orang datang kacau, nak pukul camtu, cepat cepat jerit mintak tolong. Kalau boleh larikan diri & terus panggil cikgu. Mama suruh ingat muka budak tu, dan elakkan diri agar jangan tersepit dalam situasi yang sama lagi.
Sebenarnya…Mama tak tau nak nasihat si kembar 3 ni camna. Nak suruh lawan balik ke? Nak suruh pukul balik ke? Err…Mama tak nak anak anak Mama jadi ‘kaki gaduh’, tapi…at the same time I want them to be able to protect themselves, jangan jadi penakut. Ada masa masanya perlu melawan jugak kan?
Adeh…seriously, Mama tatau apa pesanan terbaik untuk bagitau si kembar ni. Korang ada pengalaman tak? What should I do???
Alhamdulillah setakat ni perkara tu tak berulang lagi. Tiap hari balik sekolah je Mama akan tanya, ada orang kacau tak? Ada orang pukul tak? Setiap kali si kembar jawab tak ada, Mama rasa lega. Tapi, kerisauan tu masih bersarang di hati ni haaa..
Hmm mintak mintak tak kan terjadi lagi lah perkara macam ni. Moga moga Fahmi, Faris & Fauzi akan sentiasa dilindungi-Nya dan dijauhkan daripada segala perkara yang tak diingini, Amin…
Buah hati, pengarang jantung Mama
3,625 total views, 1 views today




Moga dak kembar selamat dari sebarang masalah..
salam, mamakembar3
walaupun perkara dah lepas, nuri nasihatkan mama pergi jumpa guru besar. beritahu perkara tu. supaya dia boleh ambil tindakan. kalau jumpa cikgu kelas, mereka tak boleh nak kata apa.
perkara sama terjadi pada anak saya tahun lepas. tp anak saya darjah 3. saya jumpa guru kelas, guru besar.
moga kembar 3 tidak berhadapan dgn situasi mcm tu lagi.
Adehh. Luruh jantung dengar cerita fahmi tu.. baru darjah 1 dah kene buli, baru sekolah rendah dah ada unsur2 nak jadi gengster.. budak zaman sekarang.. huhh.. kesian.. geram.. marah. Semua ada., saya faham perasaan mama.. bagitau je kat cikgu
Adehh. Luruh jantung dengar cerita fahmi tu.. baru darjah 1 dah kene buli, baru sekolah rendah dah ada unsur2 nak jadi gengster.. budak zaman sekarang.. huhh.. kesian.. geram.. marah. Semua ada., saya faham perasaan mama.. bagitau je kat cikgu
Allah..ngerinya bab buli ni..sian kt anak2.. sy jenis yg x berani nak pesan suruh lawan balik sbb takut keadaan jd bertambah teruk. Mungkin bole pesan kat Fahmi Faris Fauzi, kalau jadi lagi camni, terus pegi report pada cikgu kelas/mana2 ckgu…mintak dijauhkan anak2 kita dari sebarang kejadian tak diingini.Amiin
Aduh, dengar cerita aje pun dah kecut perut. Takut kalau perkara macam ni berlaku. Yalah, kita memang taknak anak kita jadi kaki buli tapi at the same time, tak mahu juga orang buli anak kita. Perkara dah berlaku dan katanya tak berulang lagi, okeylah. Kalau terjadi lagi, haruslah jumpa guru dan berterus-terang. Takut jadi lebih serius. Kembar ni tak sama kelas ke? Tak boleh keluar berdua kalau nak ke bilik air? At least kalau berteman, kuranglah sikit gangguan macam ni. Pembuli pun takut kalau ada saksi 🙂
kesian ye fahmi..semoga tidak ada apa-apa jadi lagi lepas ni.
salam perkenalan sis 🙂
Salam mama… Tahun lepas ank saya asyik kna buli ng anak cikgu, tp saya mls nk bising2 sangat, last²;dh nak akhir tahun, ank sy kne tendang kt tepi mata, luka… Aduh, berderau darah saya, saya ckp kt suami, suami ckp biarlah… Lg seminggu je nk cuti sek. Tahun ni, mujur blom ada kes gni lg, klu x mmg saya n suami g sek. Jugalah… Huhhu…