Salam dears,
Kalau budak kecil tak pandai nak pegang pensil dengan cara yang betul adalah satu perkara biasakan? Si kembar 3 ni pun sama jugak lah. Dulu pakat ‘genggam’ pensil kuat kuat. Pastu baru menulis sikit je dah komplen sakit laa…lenguh tangan laaa *sigh*

(source)
Dulu si kembar 3 pegang pensil macam pic yang bawah tu.
Tapi sekarang Alhamdulillah diorang dah pandai pegang pensil dengan betul guna ‘tripod grip’ macam kat dalam gambar bawah ni…
(source)
So ni Mama sekadar nak berkongsi, salah satu benda yang Mama guna untuk bantu latih si kembar 3 cara nak pegang pensil dengan betul ialah pensil jumbo segi tiga (triangular-shapped jumbo pencil). Atau panggilan manja oleh si kembar – pensil gemuk hehehe 😉
Size yang besar & bentuk segi tiga (triangular) tu yang memudahkan untuk budak belajar cara betul pegang pensil.
Actually ada beberapa tips lain yang Mama pernah cuba, tapi kurang berkesan. Faris & Fauzi masih pegang dengan cara yang salah – genggam hujung pensil. Tapi lepas guna pensil jumbo ni, terus menjadi, Alhamdulillah.
Sekarang ni guna pensil biasa pun dah boleh pegang dengan betul 🙂
Yang Mama beli tu harga RM9.90 sekotak ada 6 batang pensil. Masa nak beli tu memang rasa macam ehh mahal jugak. Tapi lepas dah guna & berkesan, rasa berbaloi baloi, Alhamdulillah.
Kalau korang pun sedang dalam proses melatih anak menulis, mungkin boleh cuba pensil jumbo macam ni. Err brand lain pun ada jugak tau. Tak kisah lah brand apa pun, janji yang ‘gemuk’ & triangular shaped, should be ok dah 🙂
6,791 total views, 5 views today
Salam kenal… terima kasih Mama Kembar 3 atas nasihat yg baik tu… ada saya terjumpa tips nak tukar tangan anak yg kidal kepada tangan kanan… ehhh menjadi pulak tu… respek betul…
mmg bagus pensil jumbo ni..gemok2 pensilnya hehe
anak autisme saya, nabil..alhamdulillah boleh menulis dan pgg pensel dengan baik, cuma tulisannya masih besar2..
yg tipikal, si zarif pulak yg masih belajar nak pegang pensil cara yg betul.sy belikan juga pensil jumbo ni..
menulis ni satu nikmat kan? nampak je macam senang, sbnrnya 1001 otot dan saraf diperlukan hanya untuk aktiviti menulis..masyaAllah 🙂
tq sharing this.. rayyan pn ada prob pegang pensil.. nnt nak cr la pensil ni
alhamdulillah. semoga si kembar sentiasa rajin dan cemerlang 😀
dulu2 anak yg sulung lmbt sgt nk dpt pgg pensil dgn betui tp siadek umur 2 thn dah pandai pgg pensil …
nt nak try latih anak sy jugak la.
Haaaa…. good sharing… baru 2 hari lps teaxher Akiff ckp suruh train Akiff pegang pencil kat rumah sbb die agak kureng bab tu…
Owhhhh…baru tau. Thanks for sharing mama. Harus cari pencil ni nanti ☺
Saya pun sama bagi anak sy guna pensil jumbo ni sejak umur dia 2tahun.. Alhamdulillah nampak perkembangan. Skrang dia dah pandai menulis
Alhamdulillah 🙂