Salam dears,
Mama nak bercrita hal ni kat sini bukan dengan niat nak mengutuk or memburukkan sesapa, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman kitorang & sebagai peringatan kepada orang lain supaya berhati-hati semasa memilih kontraktor reno/repair rumah. Hopefully tak lah terkena macam kitorang nih. Apa yang jadi kat kitorang? Well…
Concrete table top dah siap, nampak cam ok kan? Tapi…
Leaking!
Bila bukak main water paip kat luar umah, terus air kluar dari sisi table top nih.
Air melimpah sampai kebawah.
Kitorang dapat tau ada leaking ni selepas kontraktor dah siap keja and duit dah bayar. Masa bayar tu tak tau ada leaking sebab kontraktor tutup main paip umah ni. Actually everytime kitorang pi umah tu main paip mesti tutup. Silapnya masa tu kitorang tak terpikir nak tanya kenapa dia tutup, langsung tak terpikir kemungkinan leh jadi camni.
Dapat tau about leak ni pun sebab Ayah nak check water pressure kat umah ni so Ayah pi laa bukak main paip kat luar umah. Tetiba jer tengok air leaking dari tepi dinding tu. Bila call tanya kontraktor, dia kata “oh ye ke? esok saya check”. That was Thursday last week, sampai hari ni langsung dia tak call.
Kitorang dok pikir, tak kan lah dia tak tau ada leaking. Sebabnya dia bancuh simen dalam toilet umah ni. If nak guna air dalam toilet, mesti laa kena bukak main paip. Bila bukak main paip plak, air memang terus kluar kat tempat yang leak tu. So mesti dia tau kan?
Malas nak bising bising ngan dia, plus dah tak percaya dah nak suh dia masuk buat keja kat umah ni so kitorang suh kontraktor lain yang tengokkan apa problemnya. Terpaksa hack pecahkan dinding to find out what’s the problem. And memang paip pecah sebab besi dari table top tu yang tercucuk kat paip tu.
Terpaksa hack pecahkan dinding.
Besi structure/rangka table top tu tercucuk kena paip air so paip bocor.
Sebaik saja besi tu tercucuk paip mesti terus bocor and leaking kan? Masalahnya kontraktor tu langsung tak bagitau kitorang about this and boleh plak sambung buat keja pasang tiles kat yard dapur and mintak payment. Kalau dia bagitau awal awal kan senang, boleh terus repair *sigh*.
Hmm Mama tak sangka akan jadi camni. Tambahan plak kitorang guna dia sebab orang kat Management office sini yang rekomen, katanya kontraktor ni dah lama & slalu buat keja kat sini. So memang ingat boleh percaya lah.
Disebabkan ketidakjujuran kontraktor table top tu, kitorang terpaksa tanggung kerugian untuk repair apa yang rosak. Nasib baik kitchen cabinet blum pasang. Kalau dah pasang and baru tau leaking laaagiii laa teruk jadinya *sigh*. Sedih? Yes. Tapi terima je laa, nak buat camna benda dah jadi.
Cuma nya ni lah Mama nak pesan kat korang, kalau nak pilih kontraktor untuk reno/repair umah nanti maybe better guna kontraktor recommended by orang yang korang kenal, yang memang dah pernah guna & puas hati dengan kerja-kerja yang kontraktor tu buat.
And maybe better kontraktor yang betul betul ada registered company yang specialised buat keja keja camni. Bukan setakat kontraktor yang buat ad-hoc / odd jobs or keja sampingan jer. Apa apa jadi senang leh contact balik company tu, kurang skit kot risiko kontraktor tak bertanggungjawab.
Tanya lah kawan kawan ke family ke sesapa yang korang kenal rapat untuk recommend kontraktor. And pegi tengok sendiri hasil keja kontraktor tu, tanya member korang tu camna performance kontraktor (cepat ke suka delay keja ka suka ngelat ke etc etc). Lagi selamat kot rasanya if buat camtu. And if the kontraktor asyik tutup main water paip ke letrik ke apa apa yang suspicious, find out why.
Anyways, moga perkongsian crita pengalaman kitorang ni dapat jadi panduan & peringatan untuk korang semua. Berhati hati memilih kontraktor wokeh? 🙂
8,658 total views, 1 views today
perghh mmg panas hati tgk kerja kontraktor tu.mujur dpt dikenal pasti apa puncanya. sabar ye, huhu
kak.. bab reno rumah mmg akan jd mcm2 hal. mak lin dlu pun extend car porch je… berpuluh ribu abis kena kelentong…
bab pilih kontraktor ni.. memang kene hati²… maklumlah… takut jadi mcm ni.. tq kongsikan info² peringatan macam ni…
diorang tau nak untung je kan..sabar je lah..
yana Iyana: tu laa, sabar je laa…
Masya: hopefully this infor leh jd guidance utk org lain kan
Allene: aduhhh car porch jer sampai berpuluh ribu? siannya mak lin.
Ummi Syafiq: tu laa at least boleh repair benda yg rosak tu.
oh what the fish!!! giler jahat punya kontraktor…nak duit bayar abes…tapi keje ntah pape..thanks mama…so myra boleh take note pasal mama cakap main water paip tuh…betul jgk kannn…bnyk kan bersabar ea mama…ada hikmah di sebalik menda yg jadi neh..
geramnye dalam hati.. kalau saye, boleh jadi gaduh agaknye.. geram.. tak elok kan.. kalau die islam.. kesian dapat duit dri sumber macam ni.. moge Allah buka kan hatinya..
ni la manusia… nak senang dan nak untung banyak… kualiti tak adoo…. harap tabah… takpe ade hikmah tu…
Tak baiknya kontraktor tu.. x berkatlah duit yg dia dpt tu..
Risaunye jadi cmni… TQ mama for diz info..Memang kena brhati2. Ummi pn ngah survey org nak reno dapur…huhu.. Pepun, sabar ye mama..dugaan..maybe de hikmahnya…kan..:)
kontraktor nie kena berhati-hati…biar lambat bayar payment tapi puas hati dengan keje yang dibuatnya…Kita kena pantau keje kontraktor nie….
Macam rumah mak saya nie…duit nak tapi keje macam hampeh…macam mana nak maju…guna barang low cost….
Kesian kat mama, rupanya masalah mama lagi teruk daripa masalh shu. Diaorang ni… tau nak untung je. Since org dr management office yang recommend, mama mengadu la hal ni kat dia semula, supaya org lain pun tak terkena.
dok kat bando memang gitu la mama..
penipu byk
mcm kami
abah mmg selalu dpt upah brg2 scrap..
so masam nak buat dapur baru kat rumah tu
just amik mana2 tiles yg boleh guna dari tmpt yg org buang tu (most of them kontraktor la.bila org pecah rumah and buat rumah baru..those part2 yg boleh pakai mmg anto pada abah)
then upah je indonesian
indon tu pun his exworker masa abah jdi tukang buat rumah dulu2 la
tu sbbnya..
abah ade kabo..
org skrg klu upah org..
mmg slelau kena tipu
esp yg buat sikit2
teruknya…main lepas tgn camtu je…susah nak cari yg betul2 bagus…
pengalaman sebenarnya mengajar kita lebih berhati-hati… aye juga pernah terkena… apa nak buat nak tolong kawan2 kan…
TO ALL: Thank u for your comments. IsnyaAllah, ada laa hikmahnya benda ni jadi 🙂
Sabar yer MK3. InsyaAllah ada hikmahnya tu.
Betul cakap MK3 kena cari kontraktor yg betul2 dipercayai bukan main tangkap muat punya kerja…
aduh takut pulak…
ini buat pengajaran untuk jue..org tengah pasang table top nie…
mama pindah rumah baru kat mana?
kalau hubby sayalah.. X hidup la org yg penaya tu..
Kesian pd mama.teruk! Tak berkat rezeki org tu! Geram pula sy….sabar yer….
kontraktor melayu ke cina..kalau cina dia buat teliti…kalau emlayu..hurm…..x tau nak kata apa dah..
Amanda Suria: Melayu dear…
mrssyida: tu lah, biar Allah je laa yang balas apa yg dia buat.
NorMala Bahar: kitorang ni malas nak bising bising sbb dia 'org lama' kat situ & since dia keja situ for sure akan slalu jumpa. Tanak laa jd gaduh gaduh nnt apa plak jiran kata. Kami nak duduk situ lama kan…
Jue a.k.a Ibu 2F: nnt cik jue check everything tau sblm buat payment. hopefully tak lah terkena cam kami ni. umah mama ni kat bdr tun hussein onn.
Huszaini Haron: InsyaAllah ada hikmah jd benda ni 🙂
Hai mk3 dah lama x singgah blog mk3ni…sebenarnya syida keje ngan syarikat kontraktor jugak tp dah lama x buka blog x tau pun mk3 cari kontraktor nak wat renovate ni…bertabah je la yg boleh syida ckp….klu tau bleh direkemen kan pd mk3 kan…dah nak pindah lah yerr…x leh dah dngr suara bergema nanti..he he
anis yg baca ni pun rasa geram geram dengan kontraktor tu…so dah ok ke sekarang ni?
X baik ckp cmtu