Amboi lamanya blog ni tak berupdate kan? Ada orang rindu tak? Hehehe. Sori sori but Mama dilanda kemalasan yang amat untuk mengupdate blog ni huhuhu. Bukan takat blog tak update, surf internet pun tidak. The long weekend diisi ngan mengadap anak anak & tv semata mata. Heaven! 🙂
Anyway, Mama tengah dilanda dilemma skarang ni. A very important decision needs to be made soon, very soon.
Camni, next year si kembar 3 ni dah nak masuk umur 4 tahun. So Mama & Ayah tengah dok berkira kira nak hantar si kembar masuk tadika. Sebab diorang nye therapist suggest start tadika awal, better untuk bantu diorang nye speech delay & ADD. Therapist kata bagus pegi tadika awal awal nih bukannya untuk belajar sangat pun (as in belajar abc, reading), but more untuk ajar diorang cara ikut arahan, ikut giliran, patuhi peraturan, paying attention and such.
Memula Mama pikir nak hantar tadika or prasekolah awam je, coz murah hehe ;-). Tapi prasekolah yang dekat ngan umah kitorang ni start dari umur 6 tahun, kalau ada tempat kosong baru ambik 5 tahun. Pastu pikir nak hantar Tadika Kemas, tapi pusing pusing area umah Mama ni tak jumpa pun. Tadi search internet jumpa laa satu tadika Pasti, dalam 6 km dari taska skarang. Cuma tatau laa ok ke tak sebab kena pegi tengok sendiri baru tau kan. Tapi sempat ke? Tahun 2012 is next week! Padan muka sapa suh lambat sangat survey kan huhuhu…
Anyway, last Saturday kitorang survey survey skit tadika swasta and jumpa satu tadika yang nampak cam sesuai. My instinct says it’s a good place. Sebab sampai je situ Mama rasa dah suka, nampak ok, tengok tempat bersih & nice. Pastu bila borak borak ngan owner nya pun rasa comfortable, selesa. And harga pun is something that we can afford. Owner tu nak bagi diskaun pakej coz hantar 3 orang skali :-).
Cuma nya…kalau nak hantar ke tadika tu, untuk dapatkan harga yang kitorang mampu, better terus tadika + daycare kat situ. Means kena berhenti dari taksa skarang & terus pindah ke tadika baru. Ini lah part yang buat Mama dok pikir 10 juta kali nih. Sebabnya Mama suka taska diorang skarang, Alhamdulillah sepanjang kat sana si kembar di jaga dengan elok. Cikgu cikgunya baik baik, caring and loving. And sebab sejak kecik si kembar kat sana, cikgu cikgu pun dah faham sangat dah ngan perangai si kembar nih. Si kembar pun suka & happy kat sana.
Tapi kat tempat baru nanti, cikgu cikgu nya ok tak? Garang tak? Boleh sabar tak ngan si kembar yang lasak & notti nih? Bila dipikirkan tu, rasa cam nak kekal kat taska lama, and hantar tadika ½ day je. Tapi bila buat camtu jadi mahal sangat laa plak. Coz tadika ½ day je pun dah RM250 per child, pastu nanti kena sewa van/bas skolah lagi. Paling paling pun kena tambah dalam 300 hinggit sorang, 3 orang dah berapa tu?? Memang Mama tak mampu wehhh!
But if tadika + taksa at the same place (the new tadika), then itu kitorang mampu. Maybe tambah belanja lebih dalam 300-400 per month in total. Actually still mahal gak, but boleh laa…still manageable 🙂
And, sebenarnya risau gak memikirkan if taska & tadika tempat lain lain, naik van/bas tu time kecik kecik ni ok ke? Dok tringat kawan Mama, anaknya masa umur 4 tahun pernah lewat balik umah. Rupa rupanya tertido dalam van, and driver tak sedar sebab kat seat blakang dia tak check. Nasib baik maid call kawan Mama sebab risaukan budak tu tak balik balik, so my friend called owner van & carik. Berjam jam gak laa budak tu lena dalam van yang bertutup sorang sorang. Ishh risau!
Adehhh… nak masuk tadika pun fenin. Dah laa mahalnya mengalah kan masuk uni hehe. Parents out there, korang buat camna? Hantar anak anak ke mana?
p/s – dok terbayang si kembar pakai uniform tadika, sure cute kan hehehe 😉
5,547 total views, 1 views today
Suya tak tahu nka cakap cemana tapi Suya rasa mama kena duduk dgn ayah then list out buruk baik kedua-dua nya sekali..
izan nak suggest pun tak pandai sgt mama.. kalau ikutkan citer mama ni, taska + tadika pastu kena naik van macam susah juga pada kembar 3 mama ni. sbb baru nak masuk 4 thn kan.
izan ni yg abg naufal dah 6 thn pun rasa risau nak bagi dia naik van, since ini mmg pengalaman pertama dia sekolah kat pasti tu…
mama mintalah pendapat drp parents ayah n mama plak…izan doakan yg terbaik buat kembar 3 mama ye!
Izan Ishak: tu laa izan, diroang kecik lagi ni risau nak bg naik van camtu. rasa senang if tadika + taska kat satu tempat je.
me suya: agreed suya, both ada pros & cons nya. ni yg jd fenin lagi nih hehehe
Mama, alya, niesa ngan syasya baru 2 bln lepas ibu hantar kat tahfiz al faruqi. Sebelum ni duk umah pengasuh dengan bayaran blnn 550. Sekarang hantar kat tahfiz tu dia bg harga pakej RM550 sampai blk kerja. Tahun depan 4 thn baru ada kelas betul2. Tapi so far, blk kerja mesti diorang duk bernasyid dlm kereta. Tak perlu pasang radio dah.
salam, hihi best dgr pengalaman sbnar dari seorang mama y sporting..
skrg sy ambil kos pendidikan islam awal kanak2.. tahun akhir.. skrg ambil subject managing in pre-school.
assignment skrg nie.. kita plan camna nak buka tadika… skrg tgh edar borang kaji selidik pembukaan tadika.
pengalaman akak nie mmg info y sgt bgus utk kami y bakal menjadi pendidik pra-sekolah..
hohoh…takut juga bila baca y kakak cakap sal 'cikgu dia garang tak? ble tak layan kerenah kembar nie?'
insya'Allah.. dengan didikan y ada kami akan manage dgn baik.. huhu..
nie y takut nie nak praktical nie.. takut xble manage budak2 y slalu aku nak cubit bila comel sgt.. hoho
bolat tak thu la mama.. sory T__T
yg tu kena fikir betol2 la.takut jugak tersalah pilih tadika lepas tuh bayaran mahal pulak.memang rugi la kan
bakal berdilema mcm kakNani gak pas niii. skrg ni kasi can honeymoon dulu, pasal oni baru nak masuk 3 thn. tak sabar nak tgk kembar pakai uniform.
List pro & kont dia mama.. tapi pada pandangan syiela better tadika + taska kat satu tempat je…
Doakan yg terbaik buat si kembar 🙂
si kembar sebaye ngan my son harith.. ni pon ngah penin nak anta tadika mane.. tinggal bape ari je lagi nak mule skolah nih.. adoyai..
ala mmg la pening mula-mula esp bila libatkan $$$. InsyaAllah budak-budak ok punyer.. tapi yg awal2 ni yg pentingnya impression kita bila pergi tempat tu.. kalo da rasa cam ada chemistry camtu maknaya ok lah tu.. (based on pengalaman mak ni haa). kalo tak pasti, mesti boleh buat trial dulu… dia bagi punyerrrr… kalo takut gak.. meh hantar kat apak jaga…. apak boleh je jaga budak.. taska Daddy day care apak punyer.. hoho
apak cikidong: apak's daycare? hancusss bebudak tu kang apak ajar skodeng jiran sebelah hahaha 😉
eda_ej: mmg fenin kan…
syiela: thanks dear 🙂
ch@: enjoy your honeymoon hehe
Rozuan Ismail: tu yg tanak tu, bayaran mmg mahallll
Cekbolat-bolat: no hal laa bolat hehe
pP_gusi: InsyaAllah, moga u akan jd d best teacher 🙂
the triplets: bestnya, murah laa dpt harga camtu. Kalau ada tahfiz tu kat sini sure mama hantar situ gak hehe
adoiii cian nya yg tertinggal dlm van tu…
better taska+tadika tpt yg sama.
najlaa thn dpn baru nak anto g skool sepatutnya thn ni la pasal dh 4 tahun tp oleh kerana lahir bulan 10 x dpt la nk ke skolah. kat qatar skolah start bulan 9.
so lela plan balik mesia bulan 6 ni nak anto najlaa 2 bulan kat tadika mesia nk bg dia sesauikan diri dgn persekolahan hehhehee mama yg over dr anak