Salam dears,
Dilaporkan bahawa Encik Faris, dengan bantuan rakan rakan sepasukannya, telah menyelesaikan misi memanjat meja dengan jayanya, walaupun misi tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Dilaporkan bahawa Encik Faris, dengan bantuan rakan rakan sepasukannya, telah menyelesaikan misi memanjat meja dengan jayanya, walaupun misi tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Misi bermula dengan Encik Faris & Encik Fahmi yang sama sama berusaha memanjat.
Encik Fahmi dah mengalah, tapi Encik Faris masih meneruskan perjuangan.
Melihat kesukaran yang dihadapi Encik Faris, Encik Fahmi tampil memberikan bantuan. I push, u climb.
Kemudiannya Encik Fauzi pun turut sama menghulurkan bantuan.
Setelah mendapat bantuan daripada rakan rakan sepasukannya, maka Encik Faris pun berjaya memanjat meja tersebut. Malangnya tiada gambar beliau meraikan kejayaan yang dapat dirakamkan kerana pihak berkuasa merangkap Mamarazzi sedang sibuk menjalankan aktiviti membanteras and membawa turun Encik Faris daripada meja tersebut sebelum dia melompat turun dan tergolek.
Daripada pemerhatian pihak berkuasa, dapat disimpulkan bahawa…sila nyanyikan mengikut rentak Wonderpets yer…
Apa yang penting? Kerjaaasamaaa!
Lagi skali kawan-kawan…
Apa yang penting? Kerjaaasamaaa!
Hooyeah! hehehe 😉
3,802 total views, 1 views today







wah…kembar sgt mengaplikasikan tag wonderpets…bagus..kerjasama…
haaaa..ni baru betoi kerjasama kak..suke tgk depa tu sume…hehehe
salam kak..bila tengok gelagat depa nie..teringin jugak nak kalau ada kembar tiga…hehehe
hahahahaha
betul tu..apa yang penting…kerjasama =)
cute triplets! teringat masa sy & twin kecik2 dulu, baju sama all the time 🙂
hahaha..buat apa pun kerjasama penting. kiut betul si kembar 3 ni.
hakhakhakhak… mmg comel…
apa yg penting..kejesame..heeehhee
cerianya diorg bekerjasama 🙂
hhehehe apa yg penting kerjasam.. kami tak besar dan kami tak kuat
hahaha, kami semua sepakattt di kampung hai pening lalat. huwa-huwa-hhuwa. bagus, boleh dijadikan contoh ni. tak payah pergi PLKN. suka tengok geng ni pakai baju sama je.
comelsss la kmbar 3.gerammm tgk drg 🙂
mmg penting pn..
kerjasamaaaaaa…
🙂
wahh..sangat hebat nilai2 murni (kerjasama) yg ditonjolkan oleh mereka)..hehehe..
berusaha hingga berjaya
hahah sepakat membawa berkat…
"Apa Yang PenTinG KerJAsama"
camnilah namanya kembar. apa jua yg dilakukan mesti disokong antara 1 sama lain…comellsss!
hahaha. semangat wonderpets ada bersama mereka 🙂
yer..termasuklah mamanya turut berkerjasama mengambil gambar….hik hikhik
hahaha..geli ati baca entri ni..