Sejak Mama mula berblog, banyak jugak terima email daripada kawan kawan bloggers and readers yang masih belum dikurniakan anak atau yang alami apa yang pernah Mama lalui dulu – kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) and keguguran. Mama pernah crita kat sini.
Ada yang sekadar ingin berkongsi crita dan meluahkan perasaan masing masing. Ada juga yang bertanya macam mana Mama hadapinya dulu, Mama tak sedih ke? Mama tak emotional ke? Camna Mama kawal perasaan?
Memang tipu laa kalau Mama kata sepanjang almost 4 years menanti untuk dikurniakan zuriat Mama tak rasa sedih, tak rasa sunyi hidup berdua ja, tak rasa cemburu bila tengok orang lain yang ada anak. Sebagai manusia biasa opkos laa tak dapat lari daripada semua perasaan tu. Tambahan plak bila orang sekeliling bertanya soalan cepu mas ‘dah ada isi?’, ‘merancang ke?’, ‘tanak anak ke?’ and etc etc.
Bagi Mama, time yang paling emotional skali ialah masa ngandung luar rahim. Bertambah tambah sedih bila mengenangkan tiub fallopio dah kena potong sebelah. Memula tu nak pegi keja pun tak syok sebab tak sanggup rasanya bila tengok kawan kawan kat opis yang peknen or dengar crita pasal anak anak diorang. Mama pernah termenangis sorang sorang kat restoran KFC, sambil dok makan sambil nangis hehehe. Agaknya orang yang nampak Mama time tu mesti ingat ni pompuan gila ke apa ke nih *malu*.
Tapi Alhamdulillah tak lama Mama rasa camtu, tak lama bersedih. Diantara sebab Mama became stronger ialah kata kata bos Mama masa tu. Disaat orang lain dok pujuk Mama kata jangan laa sedih, jangan laa nangis…bos Mama ni plak sebaliknya.
Dia kata kat Mama lebih kurang camni “Embrace your feelings, mourn your loss and be done with it. Nangis laa sepuas puasnya sampai abih air mata, biar kluar segala duka dalam hati. Tapi lepas tu MUST MOVE ON, fokus masa depan and do what u have to untuk dapatkan anak. Mesti USAHA, TAWAKAL and lepas tu REDHA!”.
And I took his advise. Balik dari keja hari tu Mama pulun nangis puas puas, sampai bengkak lebam laa mata, rasa cam kering air mata nih hehehe. Lepas tu Mama terus plan apa usaha yang perlu dibuat. Ayah pun ikut support je everything, korang boleh baca kat sini.
The final turn around ialah bila Mama nampak orang peknen pun dah langsung tak terdetik rasa jeles ke ‘bila plak turn aku’ ke apa apa yang camtu dah. Instead automatik akan terdoa dalam hati semoga ibu & anak yg dikandung tu sihat and feel genuinely happy for them, even though they are total strangers. Agaknya itulah kot rasa redha yang betul betul redha 🙂
5,821 total views, 1 views today


13 sept hari tu sy terpaksa buat termination of pregnancy. sbb baby tak boleh survive. kandungan dah 5 bulan. so kene bersalin paksa.bersalin normal mcm biasa. anak first. baby girl plak tu.
Lepas baca blog akak, skang sy cuba blajar utk redha.. thanks!! =)
shasha: I'm sorry for your lost dear. InsyaAllah, akan ada hikmahnya nnt. Teruskan sabar & redha tempuhi dugaan ni ye. Mama ada sorang kawan yg alami perkara sama cam u, dia mengandung kembar sepasang tapi terpaksa bersalin masa babies 6 bln sbb air ketuban pecah, both babies tak dpt diselamatkan. Tapi Alhamdulillah, setelah 3 tahun perkara tu berlalu, now dia baru je melahirkan sorang anak lelaki yg sgt comel. Jadi u jgn putus asa ye pasni. Rehatlah dulu, kuatkan fizikal & mental ye shasha. Moga Allah akan makbulkan doa doa shasha pasni.
InsyaAllah. rasa berdosa sbb terpaksa buat termination of pregnancy. semoga Allah ampunkan dosa shasha,tp doctor ckp baby dah kritikal dlm kandungan. doakan shasha! dah sebulan lebih baby meninggal, tp masih lg rasa stress! mcm nk meroyan jek. *sigh* semoga Allah bg kekuatan kt shasha & suami..amin…
Salam, pada mama yg tulis blog ni saya turut happy dgn kembar tiga tu. Tapi nasib saya lain, tahun ni masuk 12 tahun perkahwinan saya tapi blm rezki menimang cahaya mata. Sayapun mengalami hal yg sama yaitu mengandung luar rahim(etopik) thn 2005 sekali dan 2009 sekali lagi ditempat yg sama. Sekarang tiub falopio saya tinggal 1 sebelah kiri. Dan saya dah buat IUI bln 10 thn 2011 tapi gagal dan sekarang 13 bln 3 2012 buat untuk kali yg kedua. Tapi tak tahulah rasa perut cam memulas mcm nak dtg bulan je. Kalau sedih tu jgn citelah, saya terlalu mengharap, kalau tak jadi memang hancur hati saya. Tapi saya ridho kerana ini mungkin dugaan yg Allah bagi. Harap2 saya dpt kembar mcm akak gak kalau pegnent. Mengingatkan umur dah meningkat jadi nak kejar masa.
Latifah: sabar & terus berusaha ye, InsyaAllah sampai masa ada laa rezeki tu. Kita cuma boleh usaha, tapi Allah yang tentukan segalanya. Mmg buat IUI tak semestinya akan terus berjaya ngandung. Ada org skali je dah lekat, ada org lain berkali kali blum tentu, semuanya bergantung pada rezeki masing masing kan.
My fren ada one couple ni, more than 10 yrs rasanya kawin. Recently ada rezeki dpt triplets lepas buat IVF. Dpt 2 girls & 1 boy. Just to share crita ni moga moga dpt bg semangat kat u 🙂
Nak cakap kat u jgn terlalu mengharap, mama paham mmg susah utk tidak mengharap bila itu laa benda yg kita paling nak. Dulu I felt the same sadness & despair tiap tiap bln bila period dtg, or bila period lambat tp buat test tgk -ve. But Mama blajar utk pujuk diri sendiri supaya jgn terlalu kecewa, cpt cpt kuatkan semangat & try again. And redha dgn apa saja yg Allah tentukan, coz Allah knows best, InsyaAllah. Itu laa cara terbaik untuk Mama pujuk diri sendiri…
All d best & good luck to u dear 🙂