Salam dears… “Alaaa kartun Mickey Mouse untuk budak budak kecil ja, kitorang dah besar lah Mama!”. Itu kata si kembar masa Mama bagitau nak bawa diorang ke “Media Preview Screening Mickey and the Roadster Racers” di Midvalley Megamall semalam. Tapi Mama bawa juga, sebab Mama tau…konpem diorang akan suka punyalah! Lagipun, Mama pun minat Mickey Mouse. Membesar tengok kartun kartun Disney kot, belajar Bahasa Inggeris pun dengan tonton kartun Mickey Mouse tau hehehe
Siri Kartun Terbaru Mickey and the Roadster Racers
Seperti yang dijangka, si kembar enjoy sangat sangat tengok cerita “Mickey and the Roadster Racers” ni semasa media preview semalam. Kitorang dapat tonton beberapa siri cerita ni yang super duper cute dan menarik! Si kembar dari awal sampai habis cerita memang kusyuk je layan. Pakat teruja bila Mickey, Minnie, Goofy, Donald, Daisy, Pluto dan kawan kawannya berlumba “Roadster Racing”. Gelak mengekek je masing masing hehe.

Teruja tengok Mickey and the Roadster Racers!
Pastu kan…bila ada aksi comel Minnie dan Daisy, si kembar ni tersenyum senyum je. Ada satu part tu bila Daisy buat macam manja manja kat Donald Duck, si kembar ni tersengih sengih sampai masuk sembunyi bawah kerusi hahaha. Gedik betul lah…ikut perangai siapa laa ni eh? hahahaha

Mickey Mouse dan Donald Duck sedia nak berlumba!

Comel je Daisy dan Minnie ni
Ohh yaa siri “Mickey and the Roadster Racers” ni akan keudara di Disney Junior (Astro Ch 613) dan Disney Channel (Astro Ch 637) mulai 24 Mac 2016, jadi jangan lupa tonton dengan anak anak korang ye.
Mickey and the Roadster Racers Carnival
Selepas media preview tu, kitorang terus ke Centre Court, Megamall Midvalley untuk tengok apa yang ada di “Mickey and the Roadster Racers Carnival”. Wahhh lagi sekali si kembar ni bergembira sakan kat situ. Ada aktiviti yang menarik termasuklah:
- aktiviti mewarna
- ‘arts & crafts’
- F1 simulator
- game terbaru Mickey Mouse
- buat lesen Roadster’s Racer
- dan anak anak boleh merasa naik kereta Roadsters

Meriah! Ramai gak, mak pak sama naik excited ngan anak anak hehe

Seronok si kembar dapat mewarna dan buat topi Mickey Mouse sendiri

Si kembar habiskan masa lama main game ni, suka ler tu

Ayah sakan main F1 simulator ni, ada dekat 10 kali kot dia ulang kat situ ja!

Nak buat lesen Roadster’s Racer?

Si kembar dah ada lesen! Tapi lesen si Fauzi dah hilang huhuhu

Comel je kereta Roadster ni

Seronok tengok budak budak teruja dapat pandu kereta sendiri hehehe
Serius comelll sangat tengok budak budak teruja naik kereta Roadster ni tau. Cuma si kembar ni tak dapat naik sebab diorang dah terlebih tinggi. Frust je muka dak tiga orang ni tak dapat memandu kereta tu.
Tapi…kecewa tu hilang sebaik saja dapat jumpa Mickey Mouse! Nasib baik kitorang ada kat situ masa sesi ‘Meet & Greet’ tu. Teruja sangat si kembar ni dapat peluk Mickey Mouse tau. Mama ngan Ayah pun tak lepaskan peluang join si kembar bergambar dengan Mickey Mouse ni, yayyy! hehehe

Boleh jumpa Mickey Mouse, tapi ikut sesi Meet & Greet ni lah

Kitorang diantara yang bertuah dapat jumpa Mickey Mouse, yayyy!

Comel tak kitorang? hehehe

Barangan Disney Junior pun ada dijual kat sini
Kalau anak anak korang atau korang sendiri minat Mickey Mouse, bawa laa anak anak ke “Mickey and the Roadster Racers Carnival” yang akan berlangsung sepanjang cuti sekolah ni. InsyaAllah anak anak suka. Mak pak pun InsyaAllah suka juga sebab aktiviti tu semua percuma! Dapat gembirakan anak anak, tanpa perlu bayar apa apa…aii like! hehehe
Maklumat lanjut:
Website: Disney Malaysia
Instagram: Disney Malaysia
Mickey and the Roadster Racers Carnival
Kuala Lumpur
Centre Court, Megamall Midvalley
15-26 Mac 2017
Meet & Greet: 18 & 19 Mac 2017
Pulau Pinang
Gurney Paragon
29 Mac – 4 Apr 2017
Meet & Greet: 1 – 2 Apr 2017
Kota Bharu
Aeon Mall
6 – 8 Apr 2017
Siri Mickey and the Roadster Racers
Disney Junior (Astro Ch 613) dan Disney Channel (Astro Ch 637)
Premier: Jumaat, 24 Mac 2017 jam 1:30 petang di Disney Junior, Disney Channel, dan Disney XD
Waktu siaran biasa: Setiap hari 2:30 petang di Disney Junior; jam 8:00 pagi di Disney Channel
1,059 total views, 3 views today
Wahh meriahnya… lisa peminat mickey.. lisa leh join gak ke hahaha tp dh tua
Lisa recently posted…Gangguan Network Data Celcom di Area Southern
Boleh je, tapi kerusi nak duduk melukis tu kecik la hehehe
dah besar si kembar bertiga ni….suka tengok depa.
ieda recently posted…CELOTEH JUMAAT
Alhamdulillah dah darjah 3 dah diorang
Bestnyaa..fariza tak reti memandu lagi..hahaha
Boleh laa bawak dia bagi merasa drive keta sendiri hahaha